CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Doktor Cakap Tak Ada Ubat," Mawar Rashid Hidap Cyst, Takut Kena Bedah

26-12-2019 04:35 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 17714| Komen: 77|Original author: Oleh: Saiful

Description: Kesian pula tengok Mawar Rashid. Pelakon ini sekarang sedang bimbang sekiranya perlu menjalani pembedahan untuk membuang cyst.
Kesian pula tengok Mawar Rashid. Pelakon ini sekarang sedang bimbang sekiranya perlu menjalani pembedahan untuk membuang cyst.

Lagi menambahkan beban fikiran bila dia memberitahu tiada penawar untuk merawatnya.



Di Instagram, Mawar ada memuat naik gambarnya sedang menjalani prosedur imbasan MRI. 

"Sesiapa pernah ada cyst, boleh tak cerita pengalaman anda. 

"Doktor cakap cyst ni tak ada ubat. Tapi saya tak nak bedah untuk buang cyst," tulisnya di kapsyen.



Isteri kepada Raf Yaakob ini ada memohon pandangan dan petua dari pengikutnya untuk membantu buang cyst tanpa bedah.

Di ruangan komen, ramai juga memberikan pandangan dan cadangan.

Antaranya adalah dengan minum peria katak dan minyak kepala dara.

Foto: IG
Tak terkecuali juga ada yang mencadangkan Mawar untuk minum air butterfly tea, kurangkan makanan laut, lebihkan sayur dan minum banyak air.

Sama-samalah kita doakan kesembuhan Mawar Rashid. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • jijan

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote applecomel 26-12-2019 05:08 PM
Kau mawarku....haha
Quote rukia2 26-12-2019 05:29 PM
Buang je lah...tu paling meyakinkan rasanya setakat ni
Quote cikatilia 26-12-2019 05:34 PM
elok lah tu
mintak petua makan daun entah hapa2
dari kecik cyst tu terus jadi sebeso2 alam
siap ada adik badik dia yg lain plak

kalau kecil bole aje tebok2
cyst bukan penyakit kronik mawar
unless kot la ada sel kanser disana

Quote munchkin 26-12-2019 05:35 PM
Semoga lekas sembuh mawar. Ntah kenapa i suka mawar ni. Setakat ni org hamput doa pun dia bukan jenis melenting. Elok je dia balas
Quote Nt-ViruS 26-12-2019 05:47 PM
eww airport.
Quote GigaMom 26-12-2019 06:05 PM
Ai punya syg kat anak
Smpai dia umur 3 thn sekali je masuk mall
Tu pun usung stroller dah serupa kelambu.
Skg dh 8 thn sorang tu la..
Sepjg 2019 ulang2 nak adik
Katanya makan banyak2 supaya perut cepat besar
Cepat dapat adik,
My point is, yg baru anak 1 tu, jaga la elok2, entah2 1 tu la rezeki penghibur hati kita. Xperlu nak heret ke luar negara bagi dia hepi masa dia baby2 ni,
Jika x boleh bawa dia sekali,kita lah yg kena berkorban. Sama2 mereput dalam rumah dengan gembira.
Quote amyza 26-12-2019 06:19 PM
Operate jer lah. Kena bius,bukan sedar pun. Bangun semua dah settle.

Pengalaman i yg takut ni, google baca sana-sini  siap ada blog ni cakap tak buang boleh jadi cancer. Lemah rasa. Kuatkan diri jumpa doc. Bila dengar explain siap tunjuk gambar rajah. Baru lah lega. Esoknye terus operate. Insurans cover.
Member pegi hospital gomen,kena balik pastu dtg hari appointment. Sian.
Quote epal21 26-12-2019 06:22 PM
Cyst kalau kecik, dia hilang sendiri. Biasanya sebab hormon jd terbentuknya cyst. Iols pun pernah ada cyst masa pregnant tapi doktor suruh tunggu tak yah buat apa. Bila scan next month dah hilang cyst nya.
Quote CatMiow 26-12-2019 06:23 PM
Dr kata apa bila tak nak buang. ?

Sepatutnya kena dengar nasihat dr,  kakau tak besar, guna tebuk2 je,  tak la sakit sangat.
Quote pitera 26-12-2019 07:22 PM
Biasanya i dengar, kalo cyst ni time kita bersalin tu cyst mengecut/keluar sekali. Tu yg i dgr dr org ckp la, pengalaman peribadi takde

Tp betul la ape yg forumer atas ckp, baik la ikut nasihat doktor. Duk makan daun tah pape nanti jd membesar pulak cyst tu
Quote salmon-suki 26-12-2019 07:43 PM
amyza: Operate jer lah. Kena bius,bukan sedar pun. Bangun semua dah settle. Pengalaman i yg takut ni, google baca sana-sini  siap ada blog ni cakap tak buang ...


ape?cyst kalau buang jd cancer?mmg lawak ler..blogger mana y budushhhh sgt tu?setahu sy,unless benda tu mmg cancerous,still akn kena kanser..kalau biasa2 je,maybe x ler..my kezen pn penah op buang cyst..Alhamdulillah..ok je..sehat je dia skrg..

Y xleh tu berubat cara tradisional y tak pasti..suruh telan benda tu,benda ni,kang bnde2 tu y bt jd teruk,naya je..apa2 pun,tny doc y pakar dlu..bkn main ikut ckp manusia y tak bertauliah..
Quote amyza 26-12-2019 07:55 PM
salmon-suki replied at 26-12-2019 07:43 PM
ape?cyst kalau buang jd cancer?mmg lawak ler..blogger mana y budushhhh sgt tu?setahu sy,unless b ...

Tulah.baca blog penjual shaklee. Cyst terjadi sebab tak jaga kebersihan...kalau tak buang boleh jadi cancer. Terus kemurungan baca. Salah fakta.
Quote mai-shi 26-12-2019 07:59 PM
Aku kena right ovarian cyst sebelum kahwin. Waktu tu 2017. Doktor sedut keluar air buat laparoscopic. Mengandung haritu kena semula right ovarian cyst membesar dgn baby. Tp doktor tak czer. Doktor kata boleh bersalin normal. Lepas je bersalin normal esoknya aku rasa sakit kat perut rupanya cyst aku dah twisted kesan daripada rahim mengecut terlalu cepat. Tengah malam gi semula emergency pukul5 pagi tu terus operate buang ovari kanan sebab dah 2 kali naik cyst besar. Layer ovari aku dah terlalu nipis lagipun waktu twisted tu darah dah tak mengalir lagi.

Akhirnya berpantang lah aku luka bersalin normal dan luka operate. Alhamdulillah anak sihat walafiat.
Quote salmon-suki 26-12-2019 08:07 PM
amyza replied at 26-12-2019 07:55 PM
Tulah.baca blog penjual shaklee. Cyst terjadi sebab tak jaga kebersihan...kalau tak buang boleh ja ...

Shaklee tu mcm penipu jah..supplement dorg claimed boleh cegah kanser laa..pernah ada sorg doc muda ni,dia suh ai amek shaklee..ai was like....duhhhhhh~

Tp ai suka  doc pakar sorg lg ni,y lelaki..dia suh stop any supplement utk tgk perkembangn tu..
Quote Guccibamboo 26-12-2019 08:11 PM
X semua cyst pun kene bedah
Quote umbut 26-12-2019 08:24 PM
amyza replied at 26-12-2019 07:55 PM
Tulah.baca blog penjual shaklee. Cyst terjadi sebab tak jaga kebersihan...kalau tak buang boleh ja ...

Benci aku.. kalau search kat google apa2.. end up bawah jumpa soh mkn shaklee... agent shaklee ni ala2 doktor ayat copy paste... yg penting komisen
Quote hotmak 26-12-2019 08:29 PM
biasa ada cyst ni susah nak pregnant, rezeki dia lah kan

mmglah takde ubat, operation pun kemungkinan untuk ada balik tu tinggi, sebaiknya ikutlah ckp doc tu
Quote diss69 26-12-2019 08:29 PM
Yg pnting dngr laa ckp doc pakar.. Deorang lebih tau keadaan cyst tu mcm mana, perlu operate or x.. Ikut penjual produk, mkn produk deorang, seme boleh settle...
Quote aechae 26-12-2019 09:18 PM
Xnk operate biar jelah membesar dlm tu...nk gtu?

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.058808 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top