CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Elaun Kritikal Doktor Ditarik, Ramai Yang Marah. Warganet Persoal, "Kenapa Gaji 4 Ribu Tak Cukup Ke?"

27-12-2019 11:20 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14831| Komen: 74

Description: Gara-gara pengumuman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menamatkan elaun kritikal pengamal perubatan, ramai doktor yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap polisi terbaru itu. Ianya disamb ...


Gara-gara pengumuman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menamatkan elaun kritikal pengamal perubatan, ramai doktor yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap polisi terbaru itu. Ianya disambut dengan sokongan warganet lain. 

Namun, ada segelintir yang bertanyakan bahawa gaji 4K masih tidak cukupkah untuk houseman (HO-bahasa lain doktor praktikal) ini? 

Twitter

Lain pula jadinya apabila ramai doktor MO dan HO mempertikaikan kenyataan tersebut. 

Maka, pelbagai jawapan yang diberikan mengenai betapa beratnya beban mereka bekerja hampir 24jam sehari, berhadapan dengan kerenah pesakit yang ramai dan pelbagai lagi. 




Jadi, elaun kritikal yang ditarik itu hanya akan membuatkan golongan profesional ini tidak mahu lagi berkhidmat dengan kerajaan satu hari nanti. 

Google


Ianya menjadi sangat serius hinggakan berlaku perdebatan dan perli memerli antara kedua-dua pihak. 

Tanpa menidakkan sumbangan doktor dan jururawat dalam pembangunan negara, empunya status sekadar bertanya tentang gaji yang diterima dan bukannya mahu merendahkan jasa golongan ini. 


Ianya seolah-olah menyatakan hanya doktor sahaja bekerja kuat dan belajar teruk, jadi elaun mereka tidak wajar ditarik. Bagaimana pula dengan elaun nelayan, petani, peneroka Felda yang juga telah ditarik awal tahun lagi tetapi tidak sekecoh ini. Ianya mungkin kerana golongan ini tidak mempunyai media sosial, jadi suara mereka tidak didengari untuk didebatkan. 

Blog

Jika gaji doktor praktikal RM4,000 masih tidak mencukupi, bagaimana dengan nasib pekerja swasta seperti jurutera, akauntan dan pekerjaan lain yang gajinya bawah RM2,000?

D

Bagaimanapun, ada yang mengatakan pelbagai elaun doktor lagi yang terpaksa dipotong tetapi tidak dinyatakan.

Jadi, kesimpulannya, setiap pekerja di Malaysia sebenarnya berada di bawah paras gaji dunia yang sebenar. Siapa yang paling kaya sebenarnya? - CARI 

4

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayriff 27-12-2019 11:29 AM
Edited by rayriff at 27-12-2019 08:48 PM

hurm ni hati kurang bersih je. kalau dia nak perjuangkan hak dia extra gaji ke extra elaun ke biarla orang tu. kalau ko dah underpaid dan ko x buat sesuatu untuk diri ko, jangan nak suruh orang berdiam diri ikut perangai cam ko.

aku pernah kerja dulu kat company swasta. ditakdirkan ada budak baru nak masuk, dia mintak gaji sekian2. dimana lebih rm1k dari aku. jadi bila forward ke hr, kitorang(aku ngan senior) cakap kat hr, ni la gaji patut dapat untuk orang2 berkualiti dan rezeki dia dapat job tu ngan gaji besar. kitorang buat ni sebab nak set standard yang kalau nak masuk dept ni, gaji kena up. so aku pon dah resign dan aku harap dept tu semua gaji tinggi dan takde yang underpaid dah.

Quote adila39 27-12-2019 11:42 AM
amboi netizen ni... hang belajar la sungguh and pandai so gaji besarla

I tak rasa gaji doctor perlu rendah. Doctor is a doctor sampai mati akan pegang title tu. Personality and sikap adalah dua benda berbeza dgn recognition yg perlu ada. To me u nak doctor yg qualified and happy dgn kerja beliau.. kenalah beri yg setimpal.

Doctor yg mewah doctor yg keje hosp pakar, rajin buat locum. Yg terkesan ni golongan doctor muda yang masih membuat houseman, on call, on shift etc.. bila kurang tido segala apa jd x kenalah..

And, hak doctorla nak bantah... dah dia yg me dapat gaji tu.. netizen x payah sibuk

Quote cikpah27 27-12-2019 11:54 AM
I tak rasa patut di kurangkan pun gaji orang bahagian kesihatan ni.. Nanti doktor semua pakat masuk swasta lagi naya.. Depa berkhidmat untuk masyrakat, doktor hepi pesakit hepi.. tapi malaysia ni banyak ke doktor & pakar2 perubatan ni?

Kalau pasal underpaid.. Kat malaysia ni semua orang underpaid okay.. Kos sara hidup makin meningkat, gaji swasta dok tara tu, gaji kerajaan dok kena potong..
Quote creep_bite 27-12-2019 12:01 PM
Dr ni belajar susah...kerja pun susah...ptt dikekalkan elaun tu... Klu gred N19 tu lain laa...
Quote meteorspeed 27-12-2019 12:02 PM
Kalu cikgu yg kena potong.. Ada kome biaing mcm nie.. Mesti kome tarapp kan
Quote vee_zara 27-12-2019 12:20 PM
Bodohnye si rambut kinting muka nerd acah hipster nih. Gaji tu tak setimpal sebenarnye dgn kerja dr yg stress, tak cukup tidur, masa dengan family. Ada risiko mcm2 sewaktu berkerja. Tak mcm hg yg keyboar warrior.
Quote awanysss 27-12-2019 12:35 PM
tp aku rasa tak patut potong elaun doktor2 ni.. sbb mmg kesian sgt tgk dorang bekerja..
bukan masalah amount tu, masalah workload.. dorang considered underpaid kalau dibandingkan dengan workload dorang.. dorang bukan duduk depan computer jd receptionist ke ape..
dorang guna tenaga dan otak utk kerja.. kerja doktor ni mmg penat esp gomen..
Quote misssakura 27-12-2019 01:14 PM
netizen ni kalo x kena atas batang hidung sendiri mmg gini la. selfish. cuba gaji dia yg kena kurang kan...
Quote CiliPadiSedap 27-12-2019 01:15 PM
Kerja paling susah di dunia ialah jadi moderator cariforum. Underpaid. #SisVokuruHantuKopek
Quote AbukRokok 27-12-2019 01:19 PM
bodo betul lgbt and frends
Quote talapia 27-12-2019 01:29 PM
fuhh.. adik aku tengah buat HO sekarang ni.. wow besar gak eh gaji dia for fresh grade. Good.. tapi.. dia takde masa weh nak guna duit gaji dia. keje 48 hrs without rest.. gile. dah la keje kritikal cam tu.. u cannot make any mistake. it is between life and death oo...

asal balik keje je.. tido mcm orang pengsan. kejut tak bangun2.. kegilaan apakah ini? gaji tu besar dah.. tapi nak banding ngan workload.. jangan kurangkan weh..
Quote harisbee 27-12-2019 01:31 PM
Belajar bodoh..sahkan jd doktor..jd kerani pun x layak..merempan sebokkan value dan gaji org.....dia ingat doktor keje mcm dia..hasil ponteng sekolah


Quote abangbikerz 27-12-2019 01:47 PM
rayriff replied at 27-12-2019 11:29 AM
hurm ni hati kurang bersih je. kalau dia nak perjuangkan hak dia extra gaji ke extra elaun ke biarla ...

Ko kena belajar menulis cerita dalam bahasa melayu
Quote jahcomel 27-12-2019 01:59 PM
Elaun doktor n misi dresar patut dkekalkn, tngok aje lh kt kcemasan diaorg keje camane, kesian oooo
Quote jahcomel 27-12-2019 02:01 PM
harisbee replied at 27-12-2019 01:31 PM
Belajar bodoh..sahkan jd doktor..jd kerani pun x layak..merempan sebokkan value dan gaji org.....dia ...

Doktor cucuk sdri xperlu ijajah...hahahaaa
Quote legal_jue11 27-12-2019 02:20 PM
Gaji dr memang tinggi berbaloi dengan penatnya tapi kerja2 lain pun penat juga tapi gaji bawah 2k lagi haa..sesungguhnya para dr n non dr janganlah nak banding2 mana penat kerja mana tak penat..sampai kiamat tak habis
Quote tungkai 27-12-2019 02:29 PM
Budak2 Twitter....
Quote kemaruk 27-12-2019 02:32 PM
Zaman dulu, pemikiran bengap camni dipendam je dalam hati si bangang sebab tak tau nak luah camna..

Di zaman sekarang, media sosial jadi medium untuk si bangang meluahkan kebodohan mereka dengan yakin
Quote JohnnySins 27-12-2019 02:33 PM
penduboq lgbtoot tunjuk pandai...wakakakakakakakakakakkakakakakakaka

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.051914 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top