CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kahwin Lagi? Tak Semudah Itu!"- Vanidah Imran Enggan Tutup Pintu Hati Tapi Tak Cari Pengganti

4-1-2020 09:30 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 20168| Komen: 70|Original author: Vanilla Thunder

Description: Menerusi paparan oleh Mstar , pelakon jelita dan berbakat besar Vanidah Imran atau lebih mesra disapa sebagai Vee menyatakan dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki selepas berpi ...


Menerusi paparan oleh Mstar, pelakon jelita dan  berbakat besar Vanidah Imran atau lebih mesra disapa sebagai Vee menyatakan dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki selepas berpisah dengan bekas suaminya yang juga aktor popular, Rashidi Ishak pada 9 Ogos 2018  lalu.

Vanidah Imran  di ASK 2019 Foto: Instagram vanidahimran


Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik sekaligus mengakhiri rumah tangga mereka yang telah dibina selama 17 tahun atas sebab yang tidak didedahkan. 


Vanidah Imran dan Rashidi Ishak bersama dua anak mereka Foto: beautifulnara


Apabila ditanya mengenai pengganti pasangan hidupnya, aktres berusa 47 tahun itu berkata kepada Mstar.

"Nak kata tutup pintu hati tu tidaklah, namun tak pula saya mencari. Banyak faktor yang saya perlu ambil kira sebelum mencari pengganti antaranya kedua-dua anak kami. Mereka terlalu rapat dengan saya malah anak kedua iaitu Mariyam Rashika masih tidur bersama dengan saya."

Vee turut menegaskan pengganti pasangan hidupnya kelak haruslah bijak mengambil hati dua orang anak di bawah jagaannya Mikhail Imran dan Mariyam Rashika serta mampu menjaga mereka sekeluarga.

 
Menjengah ke Instagram Vanidah imran, rupa-rupanya aktres itu kini giat mempromosi dan menyertai kontinjen Silat Cekak Pusaka Hanafi sehingga mewakili negara ke kejohanan silat di Korea Selatan selain turut aktif melibatkan diri dalam kejohanan marathon. Tidak hairanlah Vee kekal sihat dan dan bertenaga!




Walaupun telah berpisah,  Vee dan Shidi   cukup professional sehingga  masih boleh bekerjasama sebagai pelakon dalam filem terbaru mereka bergenre political thriller berjudul Daulat yang akan ditayangkan pertengahan tahun ini.

Foto:koolfm.my


Filem Daulat  arahan pengarah drama bersiri  Jibril, Imran Sheik ini dibintangi oleh Vanidah Imran, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak.
Berikut adalah teaser trailer filem Daulat. Nampak mengujakan, bukan?




Dalam filem ini, Vanidah Imran bakal memegang watak sebagai seorang ahli politik bernama Suri, manakala Tony memegang watak bernama Hasan.


Menurut Vee, dia dan bekas suami Rashidi menjalani sesi ujibakat seperti pelakon lain sebelum mendapatkan watak yang mereka jayakan dalam filem itu.


Selain itu, filem filem Daulat turut dibintangi Cristina Suzanne sebagai Nadiya Hassan,  Jasmine Suraya sebagai Jasmin Cho dan Zul Zamir sebagai Ali Fahim.

Foto:koolfm.my

Foto:koolfm.my

Foto:koolfm.my


Filem yang nampak 'promising' ini pasti menarik untuk ditonton apatah lagi dibarisi para pelakon yang bukan calang-calang. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suatumasa 4-1-2020 09:38 AM
Moga ada jodoh mereka semula...bertaut kembali....
Quote RatuDunia94 4-1-2020 09:50 AM
Mcm menarik je filem daulat tu..
Quote umbut 4-1-2020 10:28 AM
Semoga cinta bertaut kembali cam mona dan razif
Quote kucingitam 4-1-2020 10:43 AM
semoga cinta mereka bertaut kembali.
Quote imanjannah 4-1-2020 10:45 AM
masyaAllah cantiknya Vee
Quote fadz84 4-1-2020 11:07 AM
Edited by fadz84 at 4-1-2020 11:12 AM

Vee ni former ratu cantik Malaysia kn? Cantik sgt dia ni.. muka lembut je..

Update: I dh check google, vee ni 1st RU Miss Malaysia World tahun 1993.
Quote lonso 4-1-2020 11:08 AM
Vee ni mmg cantik...klasik je nampk..diakan yg berlakon perempuan melayu terakhir tu
Quote doubleA 4-1-2020 11:09 AM
Curlast pelakon2
Quote Boomibulat 4-1-2020 11:15 AM
umbut replied at 4-1-2020 10:28 AM
Semoga cinta bertaut kembali cam mona dan razif

Absolutely correction..
Quote i_is_kennot 4-1-2020 11:16 AM
Wow.. 47 tahun dah , awet muda sheols
Quote KIM.K 4-1-2020 11:23 AM
Harap ex sheols tak terlibat dengan dadah
Vee tengah buat PhD sekarang
Quote RumiMenari 4-1-2020 11:24 AM
Setiap episod i tgk kampong pipol terutamanya episod hujung2 yg menyentuh perasaan ni, i asek ckp dgn suami, rashidi nmpk sgt husband material & daddy2 sgt in real life.. tapi mcm mn dia boleh bcerai dgn vee..  i doa semoga mereka kembali bahagia bersama..

#donedoauntukartis
Quote Cicisweets 4-1-2020 11:40 AM
Lebih tertarik cerita daulat mcm best.
Quote meow_tompok 4-1-2020 11:49 AM
wow, bila nak tayang filem daulat ni. teruja nak gi tengok
Quote annadonna 4-1-2020 11:59 AM
KIM.K replied at 4-1-2020 11:23 AM
Harap ex sheols tak terlibat dengan dadah
Vee tengah buat PhD sekarang

Bukan phd. Dia buat Masters kat UM
Quote KIM.K 4-1-2020 12:00 PM
annadonna replied at 4-1-2020 11:59 AM
Bukan phd. Dia buat Masters kat UM

Oo haritu baca ig dia macam phd sis
Macam dah lama dia keluar paper cerita buat master
Quote nazzse 4-1-2020 12:08 PM
Harap cinta mereka bertaut balik macam hattan & wife... they look good together, dah cerai tgok awkward sorang2.
Quote sachi 4-1-2020 12:26 PM
Tertarik pula nak tgok sbb vee n shidi blakon dlm ni..mmbygkan pula cmnala dorg time blakon sama2 time ni..kot2 tjalin.smula ikatan..Aaminn
Quote sleepandream 4-1-2020 12:28 PM
political thriller? ada macam peaky fokin blinders tak?

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.069894 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top