CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kerana Lafaz Itu, Dah 4 Tahun Kami Belum Ada Anak,"-Shah Iskandar

14-1-2020 12:58 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 15723| Komen: 53|Original author: Oleh: Saiful

Description: Dah empat tahun berkahwin tapi Shah Iskandar,37 masih belum dikurniakan rezeki anak.
Dah empat tahun berkahwin tapi Shah Iskandar,37 masih belum dikurniakan rezeki anak.

Namun pelakon ini tak tertekan sebaliknya sentiasa berusaha secara normal dan sabar.



"Tak ada tekanan. Mungkin silap saya dulu pernah cakap nak rancang dan kerana lafaz itu hingga kini kami belum dapat anak.

"Jadi sesiapa yang nak kahwin tu jangan lafaz mengenai plan anak, terima sahaja kalau ada rezeki," katanya kepada mStar Online.


Tambahnya dia bersyukur kerana baru empat tahun, ada pasangan yang lagi lama dah berkahwin pun belum ada rezeki anak.

"Saya kira ini masa untuk saya dan isteri, Siti Sarah Mohd Noor untuk lebih memahami dan rapat."


Sekarang ini Shah menumpukan perhatian kepada perniagaan produk penjagaan untuk ibu bersalin.

Katanya sekarang dia baru sedar kerana tidak menyediakan simpanan yang cukup semasa usia masih muda. 

Foto: IG
"Kepada artis baru, selagi stesen televisyen dan produksi mahukan bakat anda, buatlah simpanan kewangan.

"Banyak dah contoh artis veteran yang mengalami masalah kewangan. Bila sakit, duit pula tak cukup. Simpanan itu penting," tambahnya.

Semoga Shah dan isteri dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Sama-sama kita doakan. -CARI
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 14-1-2020 01:03 PM
so kau ada simpanan ke tak... try lah buat IUI kan.. kawan aku ramai yg berjaya. insha Allah kalau itu yg kau mahukan doa bebanyak. tapi ada anak pun banyak tanggungjawab. yg itu yg penting jugak kau kena fikir
Quote tupaiterbang 14-1-2020 01:07 PM

suka hati hampa laaaa.....hampa yg tanggung makan minum berak cangkung anak2 hampa kalau beranak ramai2 nanti.....



Quote Kurex 14-1-2020 01:18 PM
alaaaa sian......
bazir gitu je benih
Quote whadda 14-1-2020 01:19 PM
tajuk mengundang betol.. ingat kot salahkan lafaz nikah sebab tak dapat anak.. duit banyak buat la IVF
Quote esbok 14-1-2020 01:19 PM
Bagus nya dia reflect diri dia. Tak ramai yang perasan kadang2 ada related sesuatu yang kita buat. Sebab tu ada ayat org putih kata

Careful what you wish for
Quote cikperiukkera 14-1-2020 01:28 PM
Br 4 thn kot...rileks la. Ex heols dh beranak pinak siap ada twin dh...
Quote Tukul.Besi 14-1-2020 01:33 PM
cikperiukkera replied at 14-1-2020 01:28 PM
Br 4 thn kot...rileks la. Ex heols dh beranak pinak siap ada twin dh...

Siapa ex dia
Quote msdummy.2018 14-1-2020 01:38 PM
cikperiukkera replied at 14-1-2020 01:28 PM
Br 4 thn kot...rileks la. Ex heols dh beranak pinak siap ada twin dh...

Datin paduka ka?
Quote EvieWanKenobi 14-1-2020 01:54 PM

kaka Anzalna nama Diana..
Quote EvieWanKenobi 14-1-2020 01:55 PM

Diana Nasir..
Quote cikatilia 14-1-2020 02:09 PM
kiranya kesuburan both suami isteri  ini terletak pada kata2 nya lah kan

kalau lafaz i nak anak 3 kontena.. makanya tiap2 kali bersentuhan pasti pregnant? siap kembar 4 5 6?
Quote fliphair8 14-1-2020 02:23 PM
takpe sejenis refleksi diri, plus 4 tahun kira ok la...keje jek kuat2 carik makan niatkan untuk membesarkan anak2 ...

anyway hakak sukak dak ni berlakon....
Quote famri7 14-1-2020 02:26 PM
Sembah berhala jah sis....banyak dkt batu cave.
Quote nolya 14-1-2020 02:37 PM
Betullah kata orang kan.  Bila bujang atau solo, orang tanya bila nak kawen.  Bila dah kawen, bila nak dapat anak.  Dpt anak satu tanya lagi bila nak dpt anak kedua.  Jodoh dn rezeki (anak) semuanya ketentutan Ilahi.  Manalah ada orang kawen tak mau anak, ttpi kekadang Allah menguji dn mencabar pasangan untuk berusaha lebih jika maukan zuriat.  Hari ini banyak cara boleh ikhtiar dgn IVF atau berurut,  jgn lupa berdoa.  Kalau sama2 suami-isteri okey, bererti Allah belum nak beri.  Ada sesetengah orang ambil anak angkat dulu, ttpi terpulanglah kpd cara masing2.  
Quote belilies 14-1-2020 02:53 PM
Duit dah abis belanja masa majlis tunang rituh. Mereputlah si kemut tunggu nak kawen. Hahahah
Quote lasagna 14-1-2020 02:53 PM
biozipstar replied at 14-1-2020 01:03 PM
so kau ada simpanan ke tak... try lah buat IUI kan.. kawan aku ramai yg berjaya. insha Allah kalau i ...

apa beza IUI dgn IVF? camne ek dia org buat...
Quote Laceyx 14-1-2020 03:00 PM
Yeke. I pernah ckp mcm ni jgk tp tak sampai setahun pregnant. Tuhan tahu apa yg terbaik utk kita.
Quote tupperwarepink 14-1-2020 03:34 PM
Laceyx replied at 14-1-2020 03:00 PM
Yeke. I pernah ckp mcm ni jgk tp tak sampai setahun pregnant. Tuhan tahu apa yg terbaik utk kita.

eh samalah, x sempat nak honeymoon jauh2 . konon nak plan sebab nak berjalan sana sini, tapi perancangan Allah lebih baik
Quote sarukhan 14-1-2020 03:56 PM
tupperwarepink replied at 14-1-2020 03:34 PM
eh samalah, x sempat nak honeymoon jauh2 . konon nak plan sebab nak berjalan sana sini, tapi per ...

Uols plan camna? Makan pil ke cucuk ke?

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064302 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top