CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakcik Kena Kelentong di KL, Balik Ke Kelantan Berjalan Kaki

15-1-2020 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6484| Komen: 27

Description: Gara-gara ditipu dengan janji manis mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur, seorang lelaki warga emas terpaksa pulang ke Kelantan dengan berjalan kaki.Seakan tidak percaya, namun itulah yang terjadi kepad ...
Gara-gara ditipu dengan janji manis mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur, seorang lelaki warga emas terpaksa pulang ke Kelantan dengan berjalan kaki. 

Seakan tidak percaya, namun itulah yang terjadi kepada lelaki ini apabila dia sanggup berjalan kaki pulang ke kampung halamannya selepas ditipu rakannya. 

Kredit foto: Twitter

“Sesiapa yang jumpa pakcik ni, tolonglah tumpangkan dia lepas tol Bentong, jalan kaki dari Subang nak Kelantan.

“Katanya datang Kuala Lumpur nak kerja tukang cuci, dah sampai kawan dia cakap tak ada kerja. Jadi sebab tak ada duit dia nak balik jalan kaki. Saya nak belikan tiket bas, dia kata tak mahu sebab mabuk teruk kalau naik bas," tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu hantaran. 



Katanya lagi,dia bercadang menumpangkan lelaki tersebut hingga ke Paka, namun ditolak dan diminta untuk diturunkan di Karak sahaja. 

Tidak sampai hati melihat keadaan pakcik itu, lelaki ini sempat memberikan sedikit wang dan air mineral kepadanya. 

Ramai di kalangan warganet yang menyatakan rasa simpati dengan keadaan tersebut dan berharap si penipu bakal mendapat hukumannya nanti. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 15-1-2020 06:08 PM
Kenapa pakcik tu taknak orang hantar sampai ke paka?
Quote bakingsoda 15-1-2020 06:47 PM
beli ubat tidur bagi pakcik ni makan, bangun2 haa dah sampai kelate
Quote Iema5008 15-1-2020 06:57 PM
Pakcik ni sama mcm aku. Tak leh naik bas express. Mabuk teruj {:laugh
Quote Kurex 15-1-2020 06:59 PM
selalu la kena macam ni..  aku nak cerita nanti, adalah forumer bagi motivation konon aku hidup dengan pendapat orang lain..
Quote matchstick 15-1-2020 07:07 PM
masa dtg KL naik apa..tumpang org ke. pelik jgk dia xnk tumpang smpi paka, tp smpi karak je. kalau dia nk shortcut lalu ikut bentong laluan org kelantan balik beraya tu, buat apa tumpang org tu smpi ke karak kalau dh smpi karak tu maksudnya dia nk ikut LPT2 je
Quote giyomi 15-1-2020 07:57 PM
akak pon tanya benda sama, masa dtg naik apa, masa blik napa lak bnyk pantang nya...apa2pon semoga selamat sampai
Quote izzah_ok 15-1-2020 08:41 PM
alahai..siapa la yg menipu pasal keje cleaner tu..sian pakcik
Quote RatuDunia94 15-1-2020 08:43 PM
Pakcik ni lbh sanggup jalan kaki dr mabuk naik bas.. hahaa
Quote jazaa100 15-1-2020 09:10 PM
bakingsoda replied at 15-1-2020 06:47 PM
beli ubat tidur bagi pakcik ni makan, bangun2 haa dah sampai kelate

Ha..ha...tergelak aku soda....

Pandai & bagus idea kau....
Quote LadyCarefree 15-1-2020 10:20 PM
Hasanah.
Yawn
Quote dua_chzy 15-1-2020 11:06 PM
Choosing beggars yach. Orang dah baik hati nak tolong beli tiket bas, ko pula menolak dengan alasan ntah hapa2. Bajet nak naik keta la tuh. Ni la akak nyampah dengan ummah meskin ni. Biasanya banyak songeh pemilih ya hamat. Cei. Tak kesian.
Quote ffbeauties 15-1-2020 11:25 PM
Bau ikan. Hanyir
Quote jajanpedas 15-1-2020 11:52 PM
mungkin frust la kot..sbb kena dgn kwn snd kan..percaya sgt2, harapan tu dah menggunung tibe2 ape pun xdpat..duit dah burn..hati tu sedih,perit, mcm2 bcampur baur..kite xtau ape yg dia dah pertaruhkan..kalau x,mesti xsmpai tahap rela jln kaki sejauh tu..
Quote buapakperut 16-1-2020 05:57 AM
mengade2 pulak orang nak tolong tak mau pulak,pelik. abis masa datang tu naik gajah ke naik anaconda ke ape? sorry iols musykil sedikit. kalau jalan kaki takke pening ngan panas,penat semua? apa bedanya dengan mabuk
Quote buapakperut 16-1-2020 05:57 AM
dua_chzy replied at 15-1-2020 03:06 PM
Choosing beggars yach. Orang dah baik hati nak tolong beli tiket bas, ko pula menolak dengan alasan  ...

minta kena hulur duit kot kak
Quote cloud_jade 16-1-2020 09:50 AM
makin pelik org miskin sekarang ni ye..takde duit tp nak masuk sekolah mahal2. takde duit tp nak naik kete je. apoo???
Quote puanbintang 16-1-2020 10:46 AM
macam - macam hal lah sekarang ni ye..
Quote gideoncross 16-1-2020 12:31 PM
Dunia zmn skrg, mkin lama mkin pelik.
Quote Artemesiaa 16-1-2020 12:37 PM
Fishy je citernya ni apa pun moga selamat sampai ke destinasi dituju

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050603 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top