CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Terkenal Dengan Suara Serak Basah, Netizen Terkejut Dengar Suara Feminin Ain Edruce

23-1-2020 11:09 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 11422| Komen: 49|Original author: Myeonir

Description: Sesiapa yang mengenali pengacara dan pelakon Ain Edruce, pasti akan teringatkan suara dia yang serak-serak basah itu kan? Karakteristik itu membuatkan Ain tampil unik berbanding dengan selebriti lain. ...
Sesiapa yang mengenali pengacara dan pelakon Ain Edruce, pasti akan teringatkan suara dia yang serak-serak basah itu kan? Karakteristik itu membuatkan Ain tampil unik berbanding dengan selebriti lain.


Tapi siapa sangka rupanya wanita yang baru sahaja berkahwin itu sebenarnya mempunyai suara yang lembut ayu sahaja semasa dia berusi awal 20-an. Kenyataan ini hanya diketahui netizen apabila satu video lamanya telah tular di laman Twitter baru-baru ini.


Dalam video tersebut, Ain kelihatan sedang mengacarakan satu rancangan yang bertajuk "Girls Only Show" di bawah saluran Youtube, "Inspirasi". Nampak feminin sangat Ain di dalam video tersebut sampaikan netizen ingatkan yang itu adalah Bella Astillah!


Netizen juga berkongsi yang Ain sebenarnya pernah menceritakan mengenai hal ini. Katanya selepas dia demam dan batu teruk, terus suaranya berubah. Daripada boleh menyanyi sampi terus dah tak boleh!


Mereka juga turut memuat naik video Ain menyanyi suatu ketika dahulu.


Salah seorang netizen juga mendedahkan bahawa selebriti Shalma Aina juga 'pecah suara' kerana sakan menjerit semasa di hari sukan sekolahnya.

Kredit foto: twitter
Disebabkan tular ke seluruh pelosok Twitter, Ain Edruce turut 'terserempak' dengan entri berkenaan. Dia ulang ciap video tersebut sambil meluahkan rasa rindu dengan suara asalnya.

Kredit foto: Twitter
Pun begitu, ramai peminat yang memuji suara serak basah Ain ini kerana keunikannya selain mahu memujuk selebriti itu kerana bersedih dengan kehilangan suara asalnya.

Kesiannya bertukar suara sebab sakit je! -CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 23-1-2020 11:28 AM
Lawanya Ain time tu. Kenapa ya suara dia serak2 sekarang ni.
Quote dua_chzy 23-1-2020 11:33 AM
Akak lagik suka Ain dengan suara sheol sekarang. Unik dan hada personality yang kuat.

Jantan mungkin prefer versi lama.
Quote VirusDetected 23-1-2020 11:38 AM
Sedap je suara serak2 basah dia...
kena ngan pangai gila2 dia
Quote auntyonion 23-1-2020 11:48 AM
Suara lama dia biasa2 je so better now {:smile
Quote Kurex 23-1-2020 12:00 PM
best ke dia berlakon?
Quote doubleA 23-1-2020 12:02 PM
Kurex replied at 23-1-2020 12:00 PM
best ke dia berlakon?

Ko kena tengok cte camelia tv3 pukul 10 malam sekarang, kat youtube pun ada. Pada aku ok la, tak kayu dan watak dia jahat sangat dalam drama tu
Quote shernazz 23-1-2020 12:02 PM
Iols layan dedolu dia punya show tu..
Hahahaha
Selambe je
Quote bondeh 23-1-2020 12:02 PM
macam kawan sekolah meolls dulu suara lembut naik senior dia jadi ketua platun kadet till now suara  macam berkahak ahaksss
Quote CiliPadiSedap 23-1-2020 12:06 PM
kotak suara rosak?petua nak jaga suara minum air asam jawa
Quote whadda 23-1-2020 12:08 PM
ok ape suara sekarang.. suara dulu biase je takde aura
Quote puanbintang 23-1-2020 12:28 PM
comelnya ain dulu2 tu..tapi suara dia sekarang best!
Quote Victorioussss 23-1-2020 12:32 PM
Innocentnya sheols time ni. Suke tgk

Tapi sekarang...hm
Quote cikperiukkera 23-1-2020 01:35 PM
Sekarang way much better kot...dulu2 mcm plain je xde karakter yg fun mcm skrg yg boleh org recognize sheols punya keunikan
Quote Sachacha 23-1-2020 01:39 PM
Ohh kisahnya..start tgk ain dlm cter dia dgn remy n intan tu..tapi sedap je suara dia sekarang
Quote belilies 23-1-2020 02:23 PM
dua_chzy: Akak lagik suka Ain dengan suara sheol sekarang. Unik dan hada personality yang kuat.Jantan mungkin prefer versi lama.


Yassss setuju! Sora ain arineh membentuk personaliti dia. Halus sangat sora dulu, tak menjadi personaliti kalu still sora lama. Vibe siti nurhaliza pun hada sora lama tu.
Quote cicicumel 23-1-2020 02:47 PM
ala2 DCT la dulu lembut skrg mcm suara mokkay
Quote RumiMenari 23-1-2020 06:16 PM
cicicumel replied at 23-1-2020 02:47 PM
ala2 DCT la dulu lembut skrg mcm suara mokkay

Zalimmmmmmmmmmmm hahaha
Quote RumiMenari 23-1-2020 06:18 PM
I tersedak tgk utube channel ain time dia unwrap hadiah kawen... Ya rabbiiiii bulu kaki laki dia penuh sampai peha, celah kangkang
Quote September14 23-1-2020 06:28 PM
doubleA replied at 23-1-2020 12:02 PM
Ko kena tengok cte camelia tv3 pukul 10 malam sekarang, kat youtube pun ada. Pada aku ok la, tak k ...

Yg dia gaduh dgn mak dia ke? Lpstu mak dia haramkn susu bagai tu? Iol tgk kt ig story mmbr jer so x pasti cter apa

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053896 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top