CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun Kudung Dua Tangan Lepas Main Paku Di Rumah

22-1-2020 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7346| Komen: 21

Description: Seorang kanak-kanak hilang kedua-dua tangannya selepas terkena renjatan elektrik ketika bermain di rumahnya.
Seorang kanak-kanak hilang kedua-dua tangannya selepas terkena renjatan elektrik ketika bermain di rumahnya.

Lapor Sin Chew Daily seperti dipetik Asia One, kejadian berlaku pada 13 Januari di wilayah Liaoning, China.


Pada hari kejadian, Jun Jun, 2, dilihat bermain dengan sebatang paku panjang.

Ibunya bagaimanapun mendakwa beliau sudah mengambil dan menyimpan objek berkenaan jauh dari jangkauan mangsa.


Namun, tidak lama kemudian wanita itu ada terbau seperti sesuatu terbakar di bilik sebelah sebelum bergegas memeriksanya.

Ibu mangsa terkejut apabila mendapati anaknya sudah terbarin di atas lantai dalam keadaan kedua-dua tangannya berwarna hitam dan bibirnya membengkak.


Dakwa wanita berkenaan, dia melihat paku yang sudah disimpannya sebelum itu terbenam di dalam soket elektrik.

Jun Jun dikejarkan ke hospital, di mana doktor terpaksa memotong tangan kanan dan jari telunjuk tangan kirinya untuk menyelamatkan nyawanya.

Selain itu, doktor mengesahkan kanak-kanak berkenaan mengalami luka bakar, malah jantung serta otaknya mungkin mengalami kerosakan kekal akibat renjatan elektrik. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-1-2020 01:32 PM
kesiannya....

tapi nak bagitahu lah kan... socket dekat china ni tak macam dekat malaysia yang ada suis off...
Socket sana memang terbuka dan anytime boleh cucuk tanpa on\off... dan satu lagi dia punya socket rendah jadi budak-budak boleh main.... kalau dekat malaysia ni kalau boleh contractor tu nak bubuh plug dekat syiling terus... punya la tinggi...
Quote Kampungpeoplesz 22-1-2020 01:33 PM
Ya Allah dikkkkkk
Quote missbigrockstar 22-1-2020 01:42 PM
Alahai kesian kau dik. Kecik2 dah alami kecederaan begini. Harap parents adik tak abaikan adik lepas ni.
Quote umie 22-1-2020 01:45 PM
Ya allah kesiannya
Quote dudaberhias 22-1-2020 01:46 PM
[youtube]G4lpuV1YeeY[/youtube]

Kesian tengok.... mak dia pun menangis... dah simpan paku entah macam mana boleh anak dia ambil balik paku....
dah agak maybe soket jenis terbuka macamni... memang bahaya...
Quote CatMiow 22-1-2020 02:07 PM
Sedihnya..  Patut mak kena ada inisiatig beli penutup soket.  Patut la banyak produk penutup soket kat pasaran.
Quote Cassieopeia 22-1-2020 02:08 PM
kesiannya...masa kene tu mesti tak tertahan
Quote sue_liah 22-1-2020 02:26 PM
adoi la kesian nya ko dik, comel2 tgn dh tk ada

mesti maknya menyesal sedih sgt, bertabah la
Quote TuntungReturn 22-1-2020 02:28 PM
karen dia sama ka dgn karen malaysia?
Quote BoongaKertas 22-1-2020 02:30 PM
sedih plak iols tgk mak dia nangis sedu sedan mcm tu sekali
Quote dudaberhias 22-1-2020 02:32 PM
TuntungReturn replied at 22-1-2020 02:28 PM
karen dia sama ka dgn karen malaysia?

rendah sikit.... 220v
kita lagi tinggi 250v

takuttttttt walaupun ada safety bagai
Quote mrsav 22-1-2020 02:37 PM
kesiannya adik
Quote awanearisu 22-1-2020 02:43 PM
Lebih kurang anak kita juga ni. Ambil pensil cucuk lubang soket. Dulu rajin juga beli penutup soket. Nak cari baliklah
Quote Artemesiaa 22-1-2020 02:43 PM
Budak seusia ni kena selalu perhatikan tak boleh dibiar bermain sendiri tak tahu apa yang akan dibuatnya
Quote uda 22-1-2020 02:52 PM
dudaberhias replied at 22-1-2020 02:32 PM
rendah sikit.... 220v
kita lagi tinggi 250v

220V dan 250 V tu voltage.
Current adalah I.
Power, watts = V x I
Quote chicozinn 22-1-2020 03:28 PM
Ya Allah, aku yg dewasa ni pun xdpat bayangkan cmne budak tu sakit..adoii..
Quote Carcosa 22-1-2020 04:43 PM
Hamponlahhh... Kesiann plk tgk mak dia meratap hiba kat pintu mcm tu
Sabarlah ye dik.... Sbb tu lah meols melekat je dgn anak meols ni.. Pantau apa dia buat. Umur lebih kurang ni... Biarlah meols tak masak, asalkan anak ada dpn mata.
Quote Austronesian 22-1-2020 08:07 PM
dudaberhias replied at 22-1-2020 01:32 PM
kesiannya....

tapi nak bagitahu lah kan... socket dekat china ni tak macam dekat malaysia yang a ...

Soket mcm kat US. Nak tutup kena cabut plug.
Quote rukia2 22-1-2020 08:21 PM
Pergh seriau baca..even soket kt msia ada on/off n letak tinggi.. Tp kalo yg extension bagai,  mesti terletak je kt lantai... Serammmm

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.068367 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top