CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Panjang Nyawa Leher Ditusuk Todak

23-1-2020 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7866| Komen: 36

Description: Remaja lelaki panjang umur apabila lehernya tertusuk ikan todak di Sulawesi, Indonesia pada Sabtu lalu.
Remaja lelaki panjang umur apabila lehernya tertusuk ikan todak di Sulawesi, Indonesia pada Sabtu lalu.

Memetik The Sun, Muhammad Idul, 16, sedang memancing di atas bot bersama ibu bapanya apabila ikan itu tiba-tiba terbang dan menusuk lehernya.



Kredit foto: The Sun

Idul yang mengalami kecederaan agak parah itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dan doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan muncung ikan berkenaan dari lehernya. 

Lapor media tempatan, Idul terjatuh dari bot berkenaan selepas ditusuk salah satu todak yang terbang.

Bagaimanapun, dia masih mampu berenang ke permukaan sebelum berjalan pulang ke rumah dalam keadaan muncung ikan itu tertancap di lehernya.


Kredit foto: The Sun


Idul dibawa ke hospital berdekatan di bandar Baubau, tetapi staf di situ enggan mengeluarkan muncung berkenaan kerana kekurangan peralatan.

Dia kemudian dipindahkan ke hospital di Makassar, di mana doktor mengambil masa sejam untuk mengeluarkan muncung ikan itu.


Kredit foto: The Sun

Keadaan remaja itu dikatakan stabil dan dibenarkan keluar hospital selepas empat hari dalam pemantauan doktor. - CARI

Bagus

Marah
4

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-1-2020 12:17 PM
ngiluuu.......
Quote Artemesiaa 23-1-2020 12:20 PM
Euwww mengerikan nasib masih panjang umurnya
Quote Kampungpeoplesz 23-1-2020 12:22 PM
Ngeri!!!!
Quote insulin 23-1-2020 12:22 PM
Ini memang betul2 menggerikan...
Quote husna_amal 23-1-2020 12:23 PM
Sulawesi dilanda todak
Quote minguk 23-1-2020 12:26 PM
ngerinya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote fliphair8 23-1-2020 12:36 PM
terus hakak pegang tengkuk hakak......
Quote Catpaw 23-1-2020 12:42 PM
Baca je dah agak indon.

Memang betullah ye todak ni boleh cucuk kita sampai tembus
Quote mrsav 23-1-2020 12:51 PM
ngeri wei. aku pulak rasa sakit tgk gambar tu
Quote sensa 23-1-2020 12:56 PM
juga ngeri todak dipotong kepala
Quote VirusDetected 23-1-2020 01:05 PM
ngerinyaaaa.....
Quote KIM.K 23-1-2020 01:18 PM
Catpaw replied at 23-1-2020 12:42 PM
Baca je dah agak indon.

Memang betullah ye todak ni boleh cucuk kita sampai tembus

Ada banyak news nelayan kena rodok sis. Semalam google lepas baca berita ni. Mat saleh pun ada
Quote pakatanhancing 23-1-2020 01:19 PM
tiba2 teringat singaporn dilanggar todak
Quote Madel 23-1-2020 01:22 PM
Hang Nadim sgt., tertusuk todak eh
Quote kawaiichicken 23-1-2020 01:26 PM
ciss..i dapat voice ngan gambar katanya berlaku kat mersing..rupanya kat indon..lol
Quote paz 23-1-2020 01:43 PM
Uiii ngerinya.
Quote ais_kosong 23-1-2020 01:44 PM
seramnya...
Quote baghal_bortuqal 23-1-2020 01:47 PM
ya ampun..... huntong sgt kau dek.
Quote Catpaw 23-1-2020 01:52 PM
KIM.K replied at 23-1-2020 01:18 PM
Ada banyak news nelayan kena rodok sis. Semalam google lepas baca berita ni. Mat saleh pun ada

Bahaya ye, mesti padu lompatan dan terjahan ikan ni huhu. Kena tau dia banyak kat mana nak elak kena jurus ikan todak

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.056763 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top