CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Fynn Jamal Sekali Lagi Buat Hal, Kali Ni Jawab Kasar Pada DM Remaja Bermasalah

10-2-2020 11:15 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 20932| Komen: 137

Description: Antara trending minggu ini ialah kisah Fynn Jamal yang memberi nasihat sarkastik kepada mesej seorang remaja di Instagramnya. Remaja tersebut bertanya mengenai masalah dirinya yang dikongkong oleh ibu ...





Antara trending minggu ini ialah kisah Fynn Jamal yang memberi nasihat sarkastik kepada mesej seorang remaja di Instagramnya.

Remaja tersebut bertanya mengenai masalah dirinya yang dikongkong oleh ibu bapanya hingga membuatkan dia terpaksa menipu mereka. Bagaimanapun cara jawapan Fynn kepada remaja itu tidak dipersetujui oleh empunya badan hingga dia disekat di media sosial. Lalu Fynn memuat naik mengenai perbualan tersebut dengan jawapan yang juga padu.

Ig




Bagi Fynn Jamal, pengalamannya mengendalikan kes juvana, remaja hamil luar nikah dan sebagainya sudah menjelaskan yang remaja terlanjur adalah berpunca daripada perasaan menipu ibu bapa tidak apa. Bermula dengan sikit-sikit, lama kelamaan penipuan menjadi masalah yang lebih membebankan mereka. Itu menyebabkan Fynn marah dengan masalah sebegini. Namun, ada segelintir warganet merasakan cara Fynn terlalu keras, betul ke?



Kredit foto: IG

Bagi yang merasakan teguran Fynn itu tidak beradab, ianya adalah kerana remaja itu hanya mencari pendapat dan mungkin dia merasakan dengan bertanya kepada 'role model'nya ia mampu meredakan tekanannnya. Namun dengan jawapan seperti itu, ia langsung tidak menyelesaikan masalah kerana sindiran tidak berkesan pada semua orang.


IG

Bagaimanapun, ada juga yang bersetuju dengan jawapan dari Fynn yang merasakan betapa tidak perlunya soalan tersebut. Menipu ibu bapa hanya kerana ingin keluar bersama rakan-rakan adalah satu bentuk 'kejahatan' yang akan berakar-akar nanti.



IG

Wah! Memang macam-macam pendapat yang dilontarkan oleh warganet sama ada bersetuju atau tidak, masing-masing mempunyai hujah sendiri. Fynn Jamal memang sentiasa menjadi rujukan remaja dan laman instagramnya juga sentiasa menjadi tempat pertanyaan. Mengenali Fynn yang popular di forum dengan sesuatu yang berbeza di zaman mudanya, jadi anda ada pendapat yang lain mengenai isu terbaharu ini? - CARI
1

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 10-2-2020 11:26 AM
aku follow dia ni.. mmg kadang2 jwpn dia mcm rude..
maybe tu cara dia.. tp ntah lah..
dia mcm boleh jd cikgu utk org2 yg mmg ade "iman"
kalau budak2 baru nak berjinak2, susah sikit.. cara dia keras.. pd aku la..

dia ni mcm ade perangai, apa yg dia buat je betul/baik..
tp aku follow je sbb ask dia best2.. haha
Quote bondeh 10-2-2020 11:29 AM
kokspin dgn dr. amalina aku prefer dr. amalina. itu jahhhh...tiberrrrr
Quote didinfriends 10-2-2020 11:31 AM
Relevant lagi ke dia ni? Yang pergi tanya kat dia macam2 tu sape suruh. Patut bolayan je makhluk bongkak camni.
Quote MadameOnion 10-2-2020 11:43 AM
sapa dia ni? apa kelayakan dia nak nasihat orang?
Quote biozipstar 10-2-2020 11:43 AM
yg aku pelik kenapa budak tu tanya kokspin. ramai lagi yg boleh ditanya. hehe.... tapi myb ayat agak ganas utk org yg x kenal.... tapi mendapatlah budak tu sontap ha... haha
Quote meow_tompok 10-2-2020 11:46 AM
bondeh replied at 10-2-2020 11:29 AM
kokspin dgn dr. amalina aku prefer dr. amalina. itu jahhhh...tiberrrrr

yep setuju, aku pun follow ig dr. amalina, at least dia share benda2 yg berfaedah nak dibaca kat ig live dia.
Quote sarah82 10-2-2020 11:47 AM
Aku rasa sebaiknya budak tu tanya Ustaz Ebit..
Quote irapie 10-2-2020 11:47 AM
dah tanya.. dapat jawapan marah plokk..ermm x faham
Quote salmon-suki 10-2-2020 11:51 AM
Xde kaunselor ke budak tu nak tny?p tny retis y suka buat hukum hakam sendiri watpe..lagi satu,elok je budak tu berbhasa..perlu ke kokspin ni jawab acah2 garang gitu?

Dia lupe ke berdakwah secara berhikmah?pengalaman hidup??ptuihhhhhhh~kalau pengalaman hidup,dorg xkan ckp kutuk,hina,sindir2 gitu,dia akn explained clearly isu tu..ni x,acah2 good jah..acah2 care..thumbs down,kokspin!
Quote lasagna 10-2-2020 11:52 AM
aku dr mula kemunculan dia tak prnh gemar dgn dia ni, manjang dia jer btul. koserr lah.
Quote Ladybird910 10-2-2020 11:53 AM
Die peot..pastu anak meragam..laki lak xserbis.tu semua serba serbi xkena..dia kan sahaja yang betul..yang poyo..yang bagussssss...

Quote kakaro940 10-2-2020 12:03 PM
da lama tak dgr gosip psl c fyn ni anak angkat dia tu apa citer skrg?? besar da budak tu
Quote dewimalam78 10-2-2020 12:04 PM
Budak2 skrg tak boleh dikongkong sgt. Sekali dia terlepas, culture shock dibuatnya.

Quote chicozinn 10-2-2020 12:23 PM
kokspin ni masih relevan dlam forum cari ke???
Quote husna_amal 10-2-2020 12:53 PM
Kenapa orang suka refer kat dia ni ya...padahal boleh refer kat pihak yang lebih berkenaan sepatutnya.
Quote ouch! 10-2-2020 12:55 PM
sian budak tu... ( yelah tapi sapa suruh gi tanya FJ Tu punnnn x layak kot)

bdk tu pun ckp dia gi buat assgnment je pun.bkn tipu mak gi clubbing ( like u did,FJ)

cakap jelah elok2....
kalau x xyah reply terus.
ni siap pgl budak tu tak cerdik...degil...

bkn bdk tu suruh di belai bobok pun.
kn block tau lak kecoh pd hal dia tu mana bole kena tegur mmg dia la ratu block org.
Quote tembamgirl09 10-2-2020 12:57 PM
meow_tompok replied at 10-2-2020 11:46 AM
yep setuju, aku pun follow ig dr. amalina, at least dia share benda2 yg berfaedah nak dibaca kat i ...

tu la bezanya org yg ada edukesen dgn yg ala2 ada ni hakhakhak
Quote Kurex 10-2-2020 12:59 PM
dia ni pakar motivation ke
Quote shaiy 10-2-2020 01:00 PM
aku tak pernah lansung nk minat dia ni even tkda la kenal mana pun.

whorayuss la jugak?tp byk dgr pasal dia ni sume yg tak best bla bla.

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.059900 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top