CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Subsidi Kos Haji Kali Pertama Mungkin Dimansuhkan Mulai 2021?

12-2-2020 10:42 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 10281| Komen: 113|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Subsidi untuk bakal jemaah Malaysia yang kali pertama menunaikan haji mungkin dimansuhkan mulai tahun depan kecuali untuk golongan berpendapatan rendah dalam kategori B40.
Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google


Subsidi untuk bakal jemaah Malaysia yang kali pertama menunaikan haji mungkin dimansuhkan mulai tahun depan kecuali untuk golongan berpendapatan rendah dalam kategori B40.

Memetik laporan The Edge Markets, sumber menyatakan Lembaga Tabung Haji pada mulanya merancang untuk memansuhkan subsidi tersebut tahun ini.

Namun, rancangan itu terpaksa ditangguhkan kerana perlu mendapatkan 'lampu hijau' daripada pihak atasan terlebih dahulu.

"Mereka (Tabung Haji) sedang melakukan persediaan untuk mengurangkan kesan pemansuhan subsidi kepada orang ramai.

"Tidak pasti bila pengumuman akan dibuat, tetapi ada desas-desus mengatakan ia mungkin dilaksanakan tahun depan," jelasnya.



Surat tawaran menunaikan haji musim 2020 yang dihantar kepada bakal jemaah.
Kredit foto: Facebook

Tabung Haji dilaporkan telah membelanjakan lebih RM1 bilion untuk subsidi jemaah haji kali pertama sejak 10 tahun lalu.

Kos subsidi haji tahun lalu dianggarkan mencecah RM400 juta.

Dalam surat yang dihantar kepada bakal jemaah haji tahun ini, mereka diberi pilihan sama ada untuk menerima subsidi tersebut atau sebaliknya.

Tabung Haji wajar membuat pengumuman awal tentang cadangan pemansuhan subsidi supaya umat Islam di negara ini lebih bersedia dari segi kewangan sekiranya mereka dipilih untuk menunaikan haji tahun depan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Kruncuh

  • Marah

    Anonymity

  • mcfazo

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote baghal_bortuqal 12-2-2020 10:51 AM
tahiniah.



tahi-niahhhhhh sesangat.
Quote tobby 12-2-2020 10:53 AM
dulu mahacai kata fitnah...  sekarang amacam?
Quote AbukRokok 12-2-2020 10:54 AM
dah boleh dah stop melabur kt tabung haji
tabung haji utk urusan gi haji je bukan tempat nak melabur  
Quote baghal_bortuqal 12-2-2020 10:55 AM
tobby replied at 12-2-2020 10:53 AM
dulu mahacai kata fitnah...  sekarang amacam?

Kita tunggu apa komen Pn Rozilawati ttg hal ini
Quote ifanonline 12-2-2020 10:57 AM
org ramai akan mula tarik keluar deposit dr tabung haji sekiranya subsidi di mansuh
Quote LostStar 12-2-2020 11:04 AM
ni mungkin saja test2.. nak tgk org melayu meroyan ka melompat..
Quote husna_amal 12-2-2020 11:04 AM
nasib lah dapat kerajaan baru macam ni. kalau macam ni sepenggal je lah.
Quote cmf_premierleag 12-2-2020 11:08 AM
AbukRokok replied at 12-2-2020 10:54 AM
dah boleh dah stop melabur kt tabung haji
tabung haji utk urusan gi haji je bukan tempat nak melabu ...

nak tanya, disebabkan rules baru TH yg babi ni, adakah iols perlu  :1) withdraw semua duit kat TH dan tinggalkan baki min as kos daftar haji je?

ATAU
2) withdraw semua duit DAN takde baki langsung even kos daftar haji

mana satu ek? mohon pencerahan uols semua
Quote Ina8895 12-2-2020 11:11 AM
Cilaka punya dapig
Quote mofisa 12-2-2020 11:12 AM
Baru la hak sama rata kata depa
Quote tobby 12-2-2020 11:22 AM
ifanonline replied at 12-2-2020 10:57 AM
org ramai akan mula tarik keluar deposit dr tabung haji sekiranya subsidi di mansuh

benarkan rakyat buat Haji DIY.   tak perlu dah tabung haji bagai zaman Pee H durjana ni
Quote tobby 12-2-2020 11:24 AM
husna_amal replied at 12-2-2020 11:04 AM
nasib lah dapat kerajaan baru macam ni. kalau macam ni sepenggal je lah.

mmg sepenggal pun.  kerajaan lama penat bina aset,  kerajaan SIJIL FAKE  ni hanya pandai jual aset.  dan masih x berhenti menjual.  
Quote ctaz 12-2-2020 11:24 AM
ini fitnah ni....mana PH buat mende2 mcm ni....hanya BN jer yg buat...ini fitnah ni...
FIIITTTNAAAHHHHH.......
Quote tobby 12-2-2020 11:26 AM
cmf_premierleag replied at 12-2-2020 11:08 AM
nak tanya, disebabkan rules baru TH yg babi ni, adakah iols perlu  :1) withdraw semua duit kat TH  ...

tinggalkan baki minima 1300.  sbb skrg ni TH masih monopoli kuota haji
Quote cmf_premierleag 12-2-2020 11:28 AM
tobby replied at 12-2-2020 11:26 AM
tinggalkan baki minima 1300.  sbb skrg ni TH masih monopoli kuota haji

wokehs...so iols akan tinggalkan baki minimum jah
Quote Meiizu 12-2-2020 11:29 AM
amboiii lemaknya B40
Quote edoraixora 12-2-2020 11:35 AM
sekarang ni kerajaan PH kacau semua orang melayu islam punye pelaburan
tabung haji, asnb, pasni apa lagi
dah kalau kita keluarkan duit dari TH, kita nak labur kat mana lagi
Quote matamata 12-2-2020 11:43 AM
Kenapa pakai term subsidi? Penggenapan kepada jumlah sebenar belanja haji dari hasil pelaburan pendeposit la.... Benda tu mana blh masuk kategori subsidi... Term subsidi tu tak tepat..
Tp tu lah,  byk harta TH dah kena jual... Mana nak datang hasil lagi?
Quote CoolSurfer 12-2-2020 11:47 AM
edoraixora replied at 12-2-2020 11:35 AM
sekarang ni kerajaan PH kacau semua orang melayu islam punye pelaburan
tabung haji, asnb, pasni apa ...

Mereka buat purposely so that duit peaburan ni semua akan ke private.
You taula golongan mana yang banyak control all those private investment arms macam Public Mutual tu.

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.205428 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top