CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Instafamous Mengaku Bercuti Di Bali, Rupanya Gambar Di Ikea Je

20-2-2020 06:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9557| Komen: 34

Description: Pelbagai cara dilakukan oleh Instafamous bagi mengisi content atau isi kandungan media sosial mereka bagi tatapan para pengikut.Yang pasti, tak boleh kalah lagaknya. Begitulah yang dilakukan oleh seor ...
Pelbagai cara dilakukan oleh Instafamous bagi mengisi content atau isi kandungan media sosial mereka bagi tatapan para pengikut. 

Yang pasti, tak boleh kalah lagaknya. Begitulah yang dilakukan oleh seorang Instafamous dari Amerika Syarikat, Natalia Taylor apabila dia berkongsi gambar kononnya sedang berada di percutian glamor di Bali, Indonesia.


Sedangkan, sebenarnya dia langsung tidak menjejakkan kaki ke pulau tersebut. Apa yang dilakukan ialah bergambar di sebuah gedung Ikea tidak jauh dari rumahnya. 

Kredit foto: daily star
Memetik laporan Daily Star, wanita ini melakukan dengan begitu detail untuk meyakinkan kira-kira 300,000 pengikutnya. 

Namun, meskipun terdapat tanda harga di beberapa barangan dalam gambar tersebut, hanya beberapa orang sahaja menyedari hal tersebut. 


Akhirnya, wanita ini tampil dengan sebuah video dan membuat pengakuan terhadap perkara sebenar. 

"Ramai Instafamous yang kantoi dalam gambar mereka. 

"Melalui suntingan, mereka dapat kelihatan di sebuah tempat yang langsung mereka tidak pergi. 

"Saya mahu menguji pengikut saya sama ada mereka sedar saya pun berlakon berada di tempat lain."

Kredit foto: Daily star

"Tujuan video ini adalah bagi menjelaskan kepada orang ramai betapa mudahnya memperdaya orang lain supaya berfikir tentang siapa kita walaupun itu sebenarnya bukan diri kita."

Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 20-2-2020 06:50 PM
Awat aku x nampak price tag?
Quote BoLapciOus 20-2-2020 07:04 PM
Pathetic...
Quote any42 20-2-2020 07:23 PM
ye ke tah2 sbb kantoi sbb tu bg alasan cmtu. {:thief
Quote epal21 20-2-2020 08:19 PM
Bali apanya rupa macam tu? Pokok pun tak nampak tropical nampak artificial.
Quote 234126 20-2-2020 08:22 PM
Itu ke gambornya? Walau mata iol tak tajam nak nampak price tag, pokok plastik tu sangat dead giveaway girllllllllll. Dengan water plant punya bekas tu.
Quote diggerr 20-2-2020 08:53 PM
{:smile{:smile
Quote MadameOnion 20-2-2020 10:21 PM
Pondan ke dia ni?
Quote b_n_c 20-2-2020 11:18 PM
siapa yg pndai sgt terpedaya tu..hahahahah
Quote kucingTomey 20-2-2020 11:34 PM
bali kosong skang ni..mana ada org...lepas2 kes corona virus ni
Quote chicozinn 21-2-2020 12:10 AM
Muka dia kejap nmpak cm taylor swift, kjap nmpak cm faiz roslan
Quote RatuDunia94 21-2-2020 01:10 AM
sarah82: Awat aku x nampak price tag?


Ada.. sheols post multiple photos. Salah satu gambar tu mmg nampak tag harga ikea dr pantulan cermin..
Quote LH76 21-2-2020 01:32 AM
Make up dia
Quote MsKathryn 21-2-2020 01:48 AM
Bali apa.... pokok pn nmpk palsu
Quote i_is_kennot 21-2-2020 05:26 AM
Fefelingg jah sheols...
Quote Mfzg89 21-2-2020 08:00 AM
aku buka tingkap je nampak eiffel tower..x  kecoh pn..  
Quote RinIna 21-2-2020 09:24 AM
Dah kantoi hahahaha...
Quote husna_amal 21-2-2020 10:26 AM
buat macam ni bagi nak puaskan hati followers ke apa.
Quote nozanoor 21-2-2020 11:27 AM
macam-macam perangai dok ada
Quote grizz 21-2-2020 11:30 AM
eleh..propa btol..xmampu wt jela care xmampu..apo la..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.065832 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top