CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Chernobyl? Ketahui Rahsia Kepulauan Marshall Dengan Tahap Radiasi Tertinggi Di Dunia

10-3-2020 12:13 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 4487| Komen: 13|Original author: PDOT777

Description: Artikel ini menceritakan sejarah bagaimana Kepulauan Marshall menjadi kawasan yang paling tinggi tahap radiasi di dunia ketika ini.

KREDIT : Inilah Kepulauan Marshall, Negara Indah yang Terpapar Radiasi Nuklir, indozone.id

Kepulauan Marshall ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di barat Lautan Pasifik. Sebahagian besar wilayahnya adalah kawasan perairan, dan terletak antara Hawaii dan Australia. Memetik sumber Wikipedia Indonesia, kepulauan ini terdiri daripada 29 atoll atau pulau kecil dan 5 pulau terpencil.  Atoll Majuro ialah ibu kota di kepulauan ini.

Rata-rata ketinggian pulau di Kepulauan Marshall ialah tujuh kaki. Menurut data yang diambil pada tahun 2019, seramai 75,000 orang mendiami kepulauan ini. 

Kepulauan Marshall yang didiami oleh penduduk
KREDIT : Inilah Kepulauan Marshall, Negara Indah yang Terpapar Radiasi Nuklir, indozone.id

Cantik kan? Tak ramai yang tahu bahawa pulau ini juga sangat berbahaya. 

Dikhabarkan, Kepulauan Marshall mencatatkan tahap radiasi yang tertinggi di dunia buat masa ini, malah lebih tinggi daripada rekod yang dicatatkan di Chernobyl dan juga Fukushima. 

Antara kawasan di Chernobyl yang terbiar akibat daripada letupan nuklear
KREDIT : GHOST TOWN Eerie Chernobyl drone footage shows abandoned apartment blocks and funfairs in city crippled by nuclear plant explosion, thesun.co.uk

Tsunami di Fukushima
KREDIT : Japan earthquake and tsunami of 2011, britannica.com

Hal ini kerana tentera Amerika Syarikat pernah menjadikan Kepulauan Marshall sebagai kawasan uji kaji senjata nuklear. Dari tahun 1946 sehingga 1958, sebanyak 67 kali uji kaji nuklear dijalankan oleh Amerika Syarikat. Difahamkan, tentera Amerika Syarikat menguji nuklear di sini untuk Perang Dingin.

Seluruh penduduk kepulauan itu telah dipindahkan, tetapi kesan daripada letupan nuklear ini masih terasa apabila ramai juga yang terkorban akibat kanser hasil terkena radiasi nuklear itu.

Sehingga kini, dilaporkan oleh pihak pemerhati dari Universiti Colombia, terdapat beberapa atoll di sana yang masih mempunyai paras radiasi yang sangat tinggi, kira-kira 1000 kali lebih tinggi berbanding tahap yang tercatat ketika ledakan reaktor di Chernobyl pada tahun 1986, dan juga ketika gempa bumi dan tsunami di Fukushima pada tahun 2011.

Hasil analisis sampel tanah di 11 pulau di empat atoll daerah utara Kepulauan Marshall menemui bahan kimia Americium-241, Cesium-137, Plutonium-238, dan Plutonium-239.240. 

Beberapa atoll dan pulau hanya didiami oleh beberapa ratus orang sahaja. Enewtak Atoll dan Bikini Atoll dikenali sebagai ground zero untuk uji kaji nuklear oleh tentera. Bikini Atoll juga ialah tempat yang pernah menyaksikan ledakan bom hidrogen terkuat milik Amerika Syarikat, dan dikenali sebagai Castle Bravo.

Letupan di Bikini Atoll
KREDIT : Atom Bomb, Bikini Atoll, nationalgeographic.com

Penduduk di Bikini Atoll dipindahkan secara paksa pada tahun 1946, dan kembali semula ke pulau pada akhir 1960-an. Mereka keluar semula kerana paras radiasi yang sangat tinggi.

Amerika Syarikat memiliki pulau-pulau ini semasa Perang Dunia Kedua sehingga hujung 1970-an. Kini, Kepulauan Marshall ialah negara yang merdeka tetapi memiliki Compact of Free Association dengan Amerika Syarikat. - CARI 

8

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • LostStar


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 10-3-2020 01:16 PM
Takde pulak mutant turtle bukan ninja
Quote Artemesiaa 10-3-2020 01:20 PM
Menarik infonya
Quote Atikahmaarof 10-3-2020 01:22 PM
nice info. radiasi ni boleh hapuskan virus covid-19 tak eh?
Quote husna_amal 10-3-2020 04:02 PM
lama jugak kesan radiasi tu walaupun dah berpuluh tahun berlalu.
Quote PDOT777 10-3-2020 04:29 PM
Atikahmaarof replied at 10-3-2020 05:22 AM
nice info. radiasi ni boleh hapuskan virus covid-19 tak eh?

lebih teruk daripada itu bos. hapuskan virus tu tak sure, tapi untuk membawa ke mati tu konfem dah tak mustahil
Quote cik_kuntum36 10-3-2020 04:40 PM
tengok gmbr pulau mmg lawa tp upenya tahap radiasi tertinggi... kesian sgt penduduk2 kat situ... AS ni pun buat penggujian tmpt yg ada penduduk... buat la kat ngr sndr...
Quote putput 10-3-2020 05:02 PM
tak pernah tsunami kah. sapu habis kalu kena
Quote gorjeous 11-3-2020 12:00 AM
Info yg menarik… Pulau yg tak sesuai utk dilawati.
Quote PDOT777 11-3-2020 07:33 AM
gorjeous replied at 10-3-2020 04:00 PM
Info yg menarik… Pulau yg tak sesuai utk dilawati.

thanks boss ....betul tu tak sesuai dgn tahap radiasi mcm tu
Quote eyansss 11-3-2020 11:19 AM
pernah tengok travelog mamat ni, memang jenis travel ke island2 yang tak/ jarang didengari...  dia ada buat satu travelog on this island...  temuramah orang2 yang dah dipindahkan...  sebak je diorang kata diorang rindu sangat2 kampung halaman diorang pastu nak sangat balik sebab nak lawat kubur nenekmoyang diorang...
Quote PDOT777 11-3-2020 12:49 PM
eyansss replied at 11-3-2020 03:19 AM
pernah tengok travelog mamat ni, memang jenis travel ke island2 yang tak/ jarang didengari...  dia a ...

ada kt youtube tak boss?
Quote eyansss 11-3-2020 01:46 PM
PDOT777 replied at 11-3-2020 12:49 PM
ada kt youtube tak boss?

tak sure sebab aku tengok kat tv unify tu...  dia travel by boat...  dia explore memacam kepulauan... dari tadi cuba ingat nama travelog dia tapi gagal...

Quote PDOT777 11-3-2020 10:06 PM
eyansss replied at 11-3-2020 05:46 AM
tak sure sebab aku tengok kat tv unify tu...  dia travel by boat...  dia explore memacam kepulauan ...

haha takpa boss...take your time

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048934 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top