CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Najib Razak Bakal Muncul Di Netflix - Netizen Teruja, Marina Mahathir Pula Dikecam Teruk

29-2-2020 09:02 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3972| Komen: 5

Description: Malu Apa Bossku! Najib Razak Bakal Muncul Dalam Siri Dokumentari Dirty Money Di Netflix, Netizen Teruja, Marina Mahathir Pula Dikecam Teruk


Siri terbaru, dokumentari Dirty Money yang kini telah masuk musim kedua yang dipaparkan menerusi platform penstriman Netflix kali ini bakal menampilkan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Ia merupakan rancangan dokumentari yang memaparkan kisah yang tidak pernah diceritakan mengenai skandal, jenayah kewangan dan rasuah dalam dunia perniagaan yang berlaku di seluruh dunia.

Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah muncul dalam trailer musim kedua rancangan itu. Najib akan mucul di episod bertajuk Man At The Top yang diarahkan oleh Zach Heinzerling. Episod ini akan menceritakan tentang isu 1MDB dan menyelitkan temuramah bersama Najib Razak.


Selain itu, ia akan turut menceritakan mengenai empayar hartanah Jared Kushner dan skandal perbankan Wells Fargo.

Ia akan disiarkan secara eksklusif di Netflix bermula dari 11 Mac 2020.

Najib Razak kini sedang menjalani perbicaraan bagi tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan wang daripada dana pelaburan negara, Malaysia Development Bhd (1MDB). Manakala isterinya Rosmah Mansur berhadapan tuduhan kes rasuah berhubung projek tenaga solar di Sarawak.

Selepas  lebih 12 jam dimuat naik ke YouTube, trailer tersebut sudah mendapat hampir 40,000 tontonan dan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen juga mengatakan mereka menyedari kehadiran Najib Razak dalam siri tersebut.

Kredit foto: Saluran Youtube Netflix

Walau bagaimanapun perkongsian Datin Paduka Marina Mahathir mengenai siri ini mengundang rasa tidak puas hati sebilangan pengguna media sosial.

Loading FB Post...

Marina bukan sahaja dikritik kerana berbuat demikian malah, turut dikecam berhubung tindakan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menjadi punca berlaku ketidakstabilan politik negara.

Macam mana dengan ayah kamu? Dokumentari mengenai cara musnahkan politik Malaysia? Berhentilah bersikap sombong (high horse) dan fikir untuk rakyat,” kata pengguna Facebook.

Hal sama turut dikongsi warga maya lain yang menyelar tindakan pemimpin politik itu sehingga 'tumbang' kerajaan sebelum ini.

“Siapa penyebab masalah yang berlaku sekarang? Najib? Kalau Najib bintang TV, maka perdana menteri ketujuh adalah ‘megastar’. Bakal pemenang anugerah Oscar atas lakonan cemerlangnya,” katanya.

Apapun pendapat anda, jika ingin melihat bagaimana skandal-skandal kewangan terbesar dunia ini dirungkai, silalah langgan Netflix nanti.
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 29-2-2020 10:04 AM
Cash utk marina kepam oily
Quote damian_lee 29-2-2020 03:04 PM
Bijan ke
Madet ke

Sama je dik oiiii?
Antara kantoi ngan tak?

Koserrrrrrrrrrrr
Quote Nyahh 1-3-2020 03:47 PM
Wahhh menarik ini
Quote MarryPottet 1-3-2020 09:50 PM
Ni bukan tahap bintang, tapi tahi bintang
Bikin malu rakyat dan negara saja. Puiiiiii
Quote husna_amal 2-3-2020 10:29 AM
Harap cepat2 lah setel kes najib dan rosmah ni.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060800 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top