CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemandu Bas Cityliner Mogok, Sistem Pengangkutan Awam Seremban Lumpuh

3-3-2020 01:02 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7263| Komen: 45|Original author: Tukang Tulis

Description: Tuntut majikan bayar tunggakan gaji dan elaun lebih masa.
Kredit foto: Facebook Seremban Page

Sistem pengangkutan awam di Seremban, Negeri Sembilan hampir lumpuh pada 3 Mac akibat mogok yang dilancarkan oleh pemandu-pemandu bas Cityliner.

Memetik laman Facebook Seremban Page, kira-kira 80 pemandu terbabit mengambil tindakan itu bagi menuntut gaji dan elaun kerja masa yang tertunggak.


Difahamkan kali terakhir mereka menerima gaji adalah pada Disember 2019 dan jumlah yang dibayar adalah RM500 sahaja.

Kredit foto: Facebook Seremban Page
Itu bermakna pihak majikan masih belum menunaikan gaji mereka kira-kira 1.5 bulan.

Manakala, elaun lebih masa pula dikatakan kini tertunggak selama tiga bulan.

"Slip gaji kami menunjukkan KWSP dan SOCSO telah dipotong tetapi tidak dicarum oleh pihak majikan selama setahun lebih" kata seorang pemandu bas.

Mereka berkumpul di pekarangan depo Cityliner di Seremban 2 mulai pukul 9 pagi dan tiada bas yang beroperasi.

Kredit foto: Facebook Seremban Page
Keadaan tegang diredakan dengan kehadiran pegawai-pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia.

Pemandu-pemandu bas yang mogok diberi penerangan tentang hak-hak mereka dalam proses tuntutan gaji melalui saluran yang betul dan lebih terurus.

Tidak dimaklumkan sama ada mogok berakhir namun diharapkan kemelut ini diselesaikan segera demi kepentingan orang ramai di Seremban. - CARI
4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 3-3-2020 01:19 PM
Kesian.. Faham sangat perasaan mereka ketika orang lain sibuk cucuk duit gaji kat mesin ATM diaorang bersusah-payah paksa majikan bayar gaji mereka..

Quote Bell 3-3-2020 01:31 PM
Bas henti2 Rapid kena ambik alih. Dah tak sustainable. Penang, Kuantan dah lama ada Rapid.
Quote Kurex 3-3-2020 01:32 PM
salah satu ciri syarikat bakalan bungkus..
- bayar gaji makin lambat
Quote Ina8895 3-3-2020 01:41 PM
Dulu masa tok mat, kerajaan negeri bantu jugak. Sekarang bawah ph terus bungkus.
Quote julia5094 3-3-2020 01:43 PM
Kurex replied at 3-3-2020 01:32 PM
salah satu ciri syarikat bakalan bungkus..
- bayar gaji makin lambat

Omg..company iols pun dah start bayar gaji lambat ni..
Quote buapakperut 3-3-2020 01:59 PM
kesiannya, apalah nasib keje ot bagai ..nak makan apa takde gaji
Quote meow_tompok 3-3-2020 02:12 PM
dulu ex-company aku mcm ni jugak, bayar gaji separuh je , nasib baik lepas report kat pej. buruh even lepas dah resign masih dpt lagik balance gaji yg company hutang. Tapi ada je yg masih bertunggu tangga kat company tu. kesian aku tgk

Quote Kiah.comei 3-3-2020 02:16 PM
Kesiannya dah 2 bulan xde gaji.
KWSP potong tapi tak carum. Hanat sungguh boss mcm ni.
Quote lostfaith 3-3-2020 02:21 PM
ni kan baru ktb jugak. sama com ngan transnasional... parent com tak bantu ke...
Quote katak hijau 3-3-2020 02:23 PM
Sama la mcm company tempat kerja adik aku. Masuk 3 bln xde gaji. Bank asyik call nak byr kereta. Nasib baik single lagi n duduk kat rumah parents. Ada la parents bantu sikit2. Adik beradik bantu sikit2. Epf pun potong tp x buat caruman.
Quote aHoi83 3-3-2020 02:23 PM
Setaun tak bayar kwsp??? Tak kene ape2 tindakan? Staff report?
Quote AbukRokok 3-3-2020 02:41 PM
naikkan tambang bas
Quote yuki812 3-3-2020 02:42 PM
biasa gitu..lambat bayar gaji..epf pon tak carum..hah..mmg jap lagi bungkus..
standby sapa yg tgh alami situasi gini.
Quote Supersirap 3-3-2020 02:43 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote husna_amal 3-3-2020 02:49 PM
naiya orang majikan buat macam tu
Quote mariss 3-3-2020 02:50 PM
kalau dah minta gaji byk kali xdpt gak...
report je kat pejabat buruh...

kepada yg dibuang keje...
pastikan EIS dipotong dan dibayar...
at least bila kna buang boleh dpt pampasan EIS...
krg2 3 bln pertama dpt arr pampasan drp perkeso...
Quote ctcheery 3-3-2020 02:50 PM
Kesian... I feel them
Quote turtlemutiara 3-3-2020 02:51 PM
Kerajaan baru tak tahu bikin kerja ke?
Quote slavehunter 3-3-2020 02:51 PM
Kesiannye....tak suka dengar company suka2 tak bayar gaji.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.062040 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top