CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berkecai Telefon Kena Hempas, Gara - Gara Main Tiktok Dan Selfie Ketika Waktu Bekerja

4-3-2020 11:22 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 15349| Komen: 94|Original author: intan

Description: Aplikasi seperti TikTok dilihat semakin popular dalam kalangan pengguna di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.Tidka kira tua atau muda, pelbagai ragam dan aksi dipertontonkan bahkan ada yang menjadi ...
Aplikasi seperti TikTok dilihat semakin popular dalam kalangan pengguna di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.

Tidka kira tua atau muda, pelbagai ragam dan aksi dipertontonkan bahkan ada yang menjadi tular di media sosial. Malah, ada yang mengaut keuntungan ribuan ringgit melalui aplikasi hiburan ini.


Kredit foto: Carian Google
Namun, lain pula untuk seorang wanita yang dikatakan 'kantoi' dengan majikan kerana sibuk bermain TikTok dan 'selfie' ketika dalam waktu bekerja.

Majikan wanita tersebut dilihat telah 'naik angin' dengan pekerjanya itu.


Video yang berdurasi 44 saat itu telah tular di laman twitter memaparkan majikan tersebut memarahi seorang gadis sambil menghempas dan menghentak meja.

"Saya dah berada di sini hampir 15 minit depan kamu tau.. kamu tahu ke tidak?"

"Patutlah staf lain mengadu dekat saya kamu asyik berselfie, berTikTok..Tok..Tok..Macam-macam lagi dengan telefon."

Majikan tersebut ternyata berang dengan perbuatan wanita tersebut dan mengatakan bahawa perbuatan itu tidak patut dilakukan ketika waktu bekerja.

Dalam video itu juga, majikan tersebut meminta pekerjanya itu untuk menyerahkan telefon bimbitnya.

Wanita tersebut walaupun kelihatan berat hati untuk menyerahkan telefon bimbit miliknya, akhirnya menyerahkan juga. Tidak lama kemudian, majikannya bertindak mencampak telefon bimbit wanita berkenaan sehingga jatuh berkecai.

Wanita tersebut terkejut sebelum bertindak mengutip kembali telefonnya di lantai.

Video tersebut telah mendapat hampir 300,000 tontonan di platform media sosial itu.

Rata-rata netizen memberi pendapat masing-masing dan menyifatkan perbuatan majikan wanita tersebut itu agak keterlaluan. Manakala wanita tersebut tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu ketika berada dalam waktu bekerja.

Setakat ini, lokasi kejadian serta identiti yang terlibat masih tidak diketahui.

Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami. - CARI 
1

Bagus
7

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 4-3-2020 11:38 AM
Kesian plk tgk dia merangkak kutip HP..
Quote RumiMenari 4-3-2020 11:40 AM
Kl lepas hempas hp br ada akai i restu je... Drpd makan duit gaji buta bg keluarga..  pastu keluarkan surat tindakan disiplin, DI, buang & bayar gaji terakhir termasuk ganti rugi hp.. tak berbaloi ada pemalas mcm ni
Quote RatuDunia94 4-3-2020 11:45 AM
Ayooo.. time kerja tu kerja je lah.. kalau rasa masih x puas nk memBBNU g la cari kerja yg boleh main phone suka hati..
Quote noor2 4-3-2020 11:45 AM
Yg berforum ni pun jgn leka. ....bos bayar gaji bukan untuk berforum. .hehe

Quote haryatie 4-3-2020 11:51 AM
mendpat la
mesti da selalu sgt mcm tu, tu yg bos panas hati
Quote e.gurl 4-3-2020 11:52 AM
video asal.

[fbv]242844516737272[/fbv]
Quote kakyungpilah85 4-3-2020 12:05 PM
Kalau kyung jadi majikan tu kyung pon marah.. Time keje ko nak bertiktok macam org sewel.. Dah tau cctv atas kepala ko kan tak boleh nak sabar sikit ke kok iye pon.. Etika keje kena la patuhi..
Quote Skuau 4-3-2020 12:05 PM
majikan marah ada hak,majikan buang kerja ada hak,majikan rosakkan/baling/pecahkan hp dia tak ada hak.
Quote Meiizu 4-3-2020 12:06 PM
mak aiiii malunya..tak memasal jaaaa.
ada kawan kpd kawan kpd kawan cerita..diorang laki bini begaduh sebab laki duk main fon jaaa..anak sorang tak silap..dua2 keje..sekali bini melettopppp rampas phone balik ke dinding , berkecai rosak  yeee,bukan takat terbukak casing battery..haaa  amik , baru laki ada akaiii
Quote kaoru44 4-3-2020 12:06 PM
e.gurl replied at 4-3-2020 11:52 AM
video asal.

Padan la marah bos tu..nmpk dpn mata tgedik2 bertiktok
Quote whadda 4-3-2020 12:09 PM
dah tau ade cctv lagi nak menari nari depan tu.. keje banyak pending la tu
Quote MissLana 4-3-2020 12:11 PM
noor2 replied at 4-3-2020 11:45 AM
Yg berforum ni pun jgn leka. ....bos bayar gaji bukan untuk berforum. .hehe

alamakkkk kaka, iols tercydukkk
Quote Kurex 4-3-2020 12:14 PM
iols memang pegang hp masa kerja.. sebb kerja iols dah siap awal.. yg mengadu pasal iols pulak jenis selalu buat kerja last minute.. dorang mengadu dekat boss, aku jawab sebab kerja dah siap. lagipun yg selalu biat kerja last minute ni tetap cari saya utk cover kerja dia.. sampai sekarang boss ok je kalau aku pegang phone masa kerja, sebab dia sendiri tau aku punya hasil kerja berbanding orang2 yg mengadu.

kak, nak main phone boleh, tapi biar kerja siap dan boss benarkan.. ok???
Quote bondeh 4-3-2020 12:16 PM
selayaknyahhhh padan muka aku hangin betul dgn org cam gini dah ada kerja tuh, kerja lah elok2 kesian kepada penganggur yg gegeh g interview tapi dapat kat lahanat cam gini...

kalau aku rakan sekerja pun bengang, pernah dpt bdk meja sebelah asyik selfie, ig masatu belum tiktok bodoh nih, semua data semua kelaut, bos campak file depan dia, dia leh gelak2... now kawan tuh dah kerja O&G kat overseas....
Quote noor2 4-3-2020 12:17 PM
MissLana replied at 4-3-2020 12:11 PM
alamakkkk kaka, iols tercydukkk

Hehe..asal kerja jalan X pe. ....
Quote ~boolean 4-3-2020 12:23 PM
faham perasaan bos tu...
aku benarkan staf pegang hp kalau2 lah ada kecemasan,
tapi dia boleh merayap tepi dinding ambil selfie...
pandai pula pilih tempat yang tak dicover cctv..
solusinya..minta dia resign...
Quote fliphair8 4-3-2020 12:25 PM
Hadoi laaaa....hakak harap budak ni species bbnu laaa...kalo acik2 bini org buat lagu ni mmg hakak carutkan je le dek oiiii.....cash tu namanya....
Quote manjalara_01 4-3-2020 12:26 PM
Boomibulat replied at 4-3-2020 11:38 AM
Kesian plk tgk dia merangkak kutip HP..

I rs kalau u yg bg gaji die mungkin u x kesian kot? Hehe
Quote bungamelurindah 4-3-2020 12:29 PM
buat la time rehat ke ape, aduhai mek nie punggggg, cover line la sikit, dah mendapat

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.062272 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top