CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ada Racun Berjadual, Minuman Kurus Pelakon Terkenal Diharamkan Di Singapura?

12-3-2020 10:09 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 18565| Komen: 103|Original author: Oleh: rikuren

Description: Mengandungi Racun Berjadual, Produk Minuman Kurus Pelakon Terkenal Diharamkan Di Singapura?

Kredit Foto - Mediacorp

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Singapura memaklumkan pihaknya telah mengharamkan salah satu produk kurus dari Malaysia milik pelakon Shaheizy Sam.

Produk Freaky Fitz membuat "dakwaan berlebih-lebihan" bahawa ia dapat membantu para pengguna mengurangkan berat badan "dalam masa beberapa hari".



Freaky Fitz dipromosikan sebagai minuman pelangsing mengandungi bahan-bahan asli yang didakwa dapat memberikan "hasil pelangsingan cepat" dan membakar lemak tanpa perlu diet atau bersenam.

Produk minuman berperisa Teh Limau Markisa ini didakwa diperkaya dengan serbuk Guarana serta Hoodia Gordoni bagi membantu menjaga pemakanan dan memberi tenaga sepanjang hari.



HSA mendapati produk itu mengandungi bahan sibutramin, ubat preskripsi yang dilarang di Singapura sejak 2010 kerana menyebabkan risiko mendapat serangan jantung dan angin ahmar.

Produk itu diiklankan sebagai "selamat untuk dimakan" dan mempunyai tanda piawai pensijilan palsu dan dijual menerusi platform e-dagang tempatan seperti Shopee, Carousell, Lazada dan Qoo10.


Memetik laporan Mediacorp, HSA juga menasihatkan para pengguna supaya berhenti mengambil produk Freaky Fitz dengan serta-merta dan memberi amaran kepada mereka supaya jangan mengambil produk yang menjanjikan hasil cepat dan menakjubkan melalui iklan mereka.

Dalam pada itu, pihak Freaky Fitz menerusi Instagram mereka menafikan perkara tersebut.



"Pihak HQ memohon maaf di atas kekeliruan isu yang sedang berlaku . KAMI SEKERAS-KERASNYA MENAFIKAN PENGGUNAAN BAHAN TERLARANG (SIBUTRAMIN) di dalam product FREAKYFITZ. Segala maklumat lanjut sila hubungi pihak HQ , Master stokis dan stokis berhampiran anda.

NOTA: Sila hentikan segera sebarang pembelian melalui shoppe, corousell , lazada dan lain-lain. Pihak HQ TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas sebarang pembelian di platfom-platfom tersebut.

Sebenarnya, tiada jalan singkat untuk kurus dan sihat. Makanlah makanan seimbang serta jalani gaya hidup aktif untuk kekal langsing dan bertenaga. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • icha11


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 12-3-2020 10:12 AM
shaheizy sam laki bini punya kan? patut la kemain gemok dulu, pastu tetiba fit balik.. nak jual ubat preskripsi rupanya.. gigih nak bagi tau produk yang kantoi tu fake..
Quote virgo19 12-3-2020 10:14 AM
Bertimpa2 masalah laki bini ni, dari kes adik dgn tmj, sampai ke produk kurus
Quote Nana_Man 12-3-2020 10:21 AM
Kwn i org spore amik benda ni. Memang kurang 10kg gitu.
Quote mejaputih 12-3-2020 10:22 AM
iols tgk kat FB KKM dah ada pasal ni..
Quote bottombikini 12-3-2020 10:23 AM
Nana_Man replied at 12-3-2020 10:21 AM
Kwn i org spore amik benda ni. Memang kurang 10kg gitu.

yelah..berani kwn uols makan racun
sbb tu la kurus

Quote bakingsoda 12-3-2020 10:24 AM
padahal yg jual kat shopee semua tu stokis jgk kan?? dan2 nak salahkan produk tiruan lettew mcm tak biasa dgn ponder timbang kati bg alasan mcm ni..top brand biasa la ada produk tiruan murah lain mcm harga tapi setakat produk sendu sape nak tiru
Quote Nana_Man 12-3-2020 10:27 AM
bottombikini replied at 12-3-2020 10:23 AM
yelah..berani kwn uols makan racun
sbb tu la kurus

Dah tu dia ckp beli kat kedai in Jb is safe. I pun tak faham.... tau lah dia nk kurus. But not like tis lah
Quote Nana_Man 12-3-2020 10:28 AM
bakingsoda replied at 12-3-2020 10:24 AM
padahal yg jual kat shopee semua tu stokis jgk kan?? dan2 nak salahkan produk tiruan lettew mcm tak  ...

Dah agak kn.. mesti nk blame konon2 product tiruan
Quote prettyuglybabe 12-3-2020 10:52 AM
cepatnya cash??
Quote bottombikini 12-3-2020 10:53 AM
Edited by bottombikini at 12-3-2020 10:54 AM
Nana_Man replied at 12-3-2020 10:27 AM
Dah tu dia ckp beli kat kedai in Jb is safe. I pun tak faham.... tau lah dia nk kurus. But not lik ...

aigooo..better safe than sorry
produk2 kilo ni slow death kaedahnye

tapi yelah si founder (founder la sangat ) pun kata nak tolong orang ...
padahal nak kayakan diri sendiri


Quote cmf_premierleag 12-3-2020 10:54 AM
padan muka Samtilla
Quote Bergosip 12-3-2020 11:04 AM
Pihak HQ mesti keluar statement kata barang tu fake. Why why why.

Produk tempatan bukannnya popular pon untuk third party produce kan fake item. Tak setaraf Huda Beuty, Mac, Dior, Victoria Secret
Quote mizruncing 12-3-2020 11:36 AM
nak gelak tak sanggup tapi hidup ni jangan mendongak tinggi sangat. lenkali bahasa tu elok sikit. jgn suka nk kecam orang. kan dah kena batang hidung sendiri
Quote mizruncing 12-3-2020 11:36 AM

td keluar kt feed ig dia buat tutorial mekap. alahhhhh huduhnyaa buat mimik muka gitu
Quote tipah89 12-3-2020 11:44 AM
Founder pon gegeh diet n pegi gym workout, kat product claim xperlu berlapar yada2.. Jadilah pembeli yg bijak.
Quote EvieWanKenobi 12-3-2020 11:46 AM
produk yang lagi low class dari PPR..
padan muka!
Quote edoraixora 12-3-2020 11:48 AM
sam ni sejak kawen tilla, makin busuk nampaknya
saham jatuh menjunam
padehal dedulu, aktor pujaan & tersohor
Quote kibodwatriuh 12-3-2020 11:48 AM
Padan muka beli lagi produk kuwus, produk kecantikan retis dan selebetriti nak cepat kaya. PADAN MUKA.
Quote maharani_gebu 12-3-2020 11:49 AM
Themilo replied at 12-3-2020 10:12 AM
shaheizy sam laki bini punya kan? patut la kemain gemok dulu, pastu tetiba fit balik.. nak jual ubat ...

err, jap... yang avatar yu ni dah kenape??? adehhhh

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.096308 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top