CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketika Netizen Perlekeh Usaha KKM, Doktor Dari AS Puji Usaha Malaysia Tangani Covid-19

25-3-2020 10:38 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 3932| Komen: 18|Original author: Oleh: Straya

Description: Wabak Covid-19 di Malaysia semakin meruncing. Hari demi hari, jumlah pesakit positif dan angka kematian bertambah tinggi. Ketika pihak Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) berhempas-pulas melawan wabak ...

Kredit foto: Al-jazeera

Wabak Covid-19 di Malaysia semakin meruncing. Hari demi hari, jumlah pesakit positif dan angka kematian bertambah tinggi. Ketika pihak Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) berhempas-pulas melawan wabak ini, masih ada netizen mempertikaikan usaha mereka. 

Ada yang mengkritik usaha Malaysia dan membandingkan dengan negara barat lain dalam usaha mengawal Covid-19.


Kredit foto: Twitter

Ketika netizen kita mengkritik negara sendiri, seorang doktor pakar, Jason Hassenstab dari Amerika Syarikat beranggapan sebaliknya. 


Dia memuji usaha negara kita dalam melawan wabak ini dan menulis panjang lebar di laman Twitternya tentang pengalaman bercuti di Malaysia, baru-baru ini.


Kredit foto: Twitter neuroplebeian

Kredit foto: Twitter neuroplebeian

Beliau sangat kagum kerana di merata-rata tempat di Malaysia, langkah membendung Covid-19 begitu giat dijalankan. Misalnya, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dapat dilihat pegawai keselamatan kita menekankan kepentingan jarak sosial (social distancing) dan melekatkan pita pelekat di selang setiap satu kerusi agar orang awam boleh menjaga jarak masing-masing ketika duduk. 

Jason Hassenstab mengatakan, semua pekerja lapangan terbang turut memakai topeng muka dan cecair pembasmi kuman sentiasa ada di setiap kaunter dan mesin tunai. 


Kredit foto: Twitter neuroplebeian

Jason Hassenstab sempat membandingkan situasi berkenaan dengan sebuah pusat penerbangan paling sibuk di dunia di Atlanta. Berbeza dengan Lapangan Terbang di Malaysia, mereka tidak menekankan aspek penggunaan sanitiser tangan apalagi melaksanakan jarak sosial di antara satu sama lain. Cecair pembasmi kuman cuma boleh didapati di tandas. 

Malah, lebanyakan kedai masih lagi dibuka seperti biasa dan orang ramai berkelakuan seperti dunia tidak berdepan ancaman pandemik.

"Kami terbang dari Tokyo. Ada penumpang yang menunjukkan simptom demam dan muntah tapi dia cuma memakai topeng muka selepas meminta pertolongan daripada petugas kesihatan. Penumpang lain yang baru turun daripada penerbangan ini, 99 peratus diberi pelepasan tanpa sebarang pemeriksaan terperinci kecuali kami kerana baru pulang dari Malaysia," tulisnya.


Kredit foto: Twitter neuroplebeian

Jason mengakhiri penulisan beliau dengan mengatakan bahawa perkara ini adalah sangat serius dan ramai orang akan mati kecuali langkah berkesan diambil untuk membendungnya. 

Belia menggesa kerajaan negaranya yang patut menjadikan usaha keras Malaysia sebagai contoh dalam menghadapi Covid-19. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • asma87


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 25-3-2020 10:52 AM
Baca sini baru tahu betapa besarnya pengorbanan dan risiko mereka ambil. Jangan ckap sebab kerja sbab duit ya sbb mereka boleh je quit mcam dr say tu.


https://www.facebook.com/groups/2668640266595053/


Jangan lak masuk situ bash2 ya....
Quote LautBiru52 25-3-2020 11:21 AM
LadyCarefree replied at 25-3-2020 10:52 AM
Baca sini baru tahu betapa besarnya pengorbanan dan risiko mereka ambil. Jangan ckap sebab kerja sba ...

Ye kaka. Netizen tau komplen je. Serba tak kena
Quote fliphair8 25-3-2020 11:36 AM
LautBiru52 replied at 25-3-2020 11:21 AM
Ye kaka. Netizen tau komplen je. Serba tak kena

Netizen tu sah2 ler penganut komunis, liberal or bebudak twitter yg acah bijak walhal phone pun mak pak belikan....ni sume species yg asal bole kondem sajork
Quote evlinne 25-3-2020 11:48 AM
LadyCarefree replied at 25-3-2020 10:52 AM
Baca sini baru tahu betapa besarnya pengorbanan dan risiko mereka ambil. Jangan ckap sebab kerja sba ...

Sedihnya masuk group ni
Nmpk dorang sume penat dah dlm battle ni

Kalaulah kerajaan negeri bleh print rintihan2 frontliners kkm ni jadikan banner, letak kat skrin hiway ke letak dlm pasaraya
Baru ada akal puak2 bangang yg degil x nak stay at home ni
Quote nazzse 25-3-2020 11:56 AM
Netizen yg tahu complaint je sangatlah bongok & bangang. Tak sekolah mungkin.

Harini tgok IGP bercakap pasal RMO kesian sangat rasa. Polis yg frontliners ni sendiri tak cukup mask, PPE, but still kena btigas. iGP sampai minta anggota bersabar & faham, keutamaan untuk KKM skrg. Kesian dengar, sampai mcm tu sekali keaadaan frontliners kita, tambah nak layan rakyat tak reti bahasa lagi.

Susah nak bendung wabak ni, tolong la jaga family masing2. Minggu ni, kawan2 I yg keja private & IPT dipanggil utk tolong lab KKM, while pakcik plak dekat ICU dah 12 hari sbb covid ni
Quote LautBiru52 25-3-2020 12:07 PM
nazzse replied at 25-3-2020 11:56 AM
Netizen yg tahu complaint je sangatlah bongok & bangang. Tak sekolah mungkin.

Harini tgok IGP be ...

Ye betul tu. Sampai tahap diorang beli mask sendiri. Semoga pakcik awak lekas sihat ye
Quote LautBiru52 25-3-2020 12:08 PM
fliphair8 replied at 25-3-2020 11:36 AM
Netizen tu sah2 ler penganut komunis, liberal or bebudak twitter yg acah bijak walhal phone pun ma ...

Ni mesti spesis yg polis dok halau sebab tak faham bahasa kena duduk rumah tu kan.
Quote Straya 25-3-2020 12:08 PM
Edited by Straya at 25-3-2020 12:27 PM

Betul.Kita ni orang luar aje la yang terbaik.Msia semua buruk.Diaorang tak tau beban kerja doktor2 kita.SIL aku waktu dia MO,kena on call sampai 48 jam walau tengah sarat mengandung.Dia tidur 2 jam aje dalam 2 hari tu bayangkan.Sudahnya,anak saudara aku lahir premature.

Sepupu dia,lulusan medic Australia.Balik Msia menangis hari-hari.Kat Aust doc paling ramai jumpa 12 patient sehari.Di Msia,dia kena jumpa 100 patient sehari.2 tahun lepas dia tengah ambik exam untuk jadi specialist.Kena stroke dan meninggal umur 31 tahun sebab beban kerja & stress.Ni cerita betul.Tolong la hargai doktor2 kita ni.

Quote miraclehopes 25-3-2020 01:55 PM
Nape ngan dr say chuuols  quit jadi doctor ke camne tu?
Quote manjalara_01 25-3-2020 02:32 PM
Pelik la, i rs yg sibuk duk puji US & UK ni bc fake news kot??

Kalau follow latest news covid 19 uk & us ni x make sense langsung nk puji..
Quote LadyCarefree 25-3-2020 05:19 PM
evlinne replied at 25-3-2020 10:48 AM
Sedihnya masuk group ni
Nmpk dorang sume penat dah dlm battle ni


Kan?

Korang baca so Dayangku Intan buat post pastu fans dia bash kkm doktor dan nurse. Apa dia ingat dia siapa?!

Share lah group FB tu biar ramai baca semoga bukak mata sikit.
Quote nur123 25-3-2020 05:47 PM
miraclehopes: Nape ngan dr say chuuols  quit jadi doctor ke camne tu?



Dr say quit Dari hospital kerajaan je
Quote Gincubiru 25-3-2020 06:58 PM
nur123 replied at 25-3-2020 05:47 PM
Dr say quit Dari hospital kerajaan je

Dr gile glamer ni kalau takde pun takpe ...
Quote Artemesiaa 25-3-2020 07:11 PM
Benar apa yang beliau katakan kalau selalu tonton berita dari sana ramai yang suarakan yang mereka juga hadapi masaalah yang sama macam kita disini sukar nak dapatkan bekalan face mask dan sanitizer.  Hanya dalam beberapa hari ni barulah nampak usaha gigih mereka untuk melawan wabak.
Jadi sekadar pendapat dari peminpin mereka tak perlulah nak terasa sangat.
Quote rosli_nurizzati 26-3-2020 02:24 PM
nazzse replied at 25-3-2020 11:56 AM
Netizen yg tahu complaint je sangatlah bongok & bangang. Tak sekolah mungkin.

Harini tgok IGP be ...

how is your uncle now? ada improvement tak? semoga baik2 semua
Quote nazzse 26-3-2020 02:29 PM
rosli_nurizzati replied at 26-3-2020 06:24 AM
how is your uncle now? ada improvement tak? semoga baik2 semua

Semalam dah boleh bernafas sendiri & keluar drp icu, lepas 13 hari..alhamdulillah.
Quote aderaderker 26-3-2020 06:32 PM
The grass is always looks greener on the other side.
Till you get to the other side.

Quote rosli_nurizzati 26-3-2020 07:19 PM
nazzse replied at 26-3-2020 02:29 PM
Semalam dah boleh bernafas sendiri & keluar drp icu, lepas 13 hari..alhamdulillah.

Alhamdulillah... sbb dgr ICU terus jadi takut.. semoga dipermudahkan urusan dan boleh discharge...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070763 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top