CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Remaja Langgar PKP Diheret Ke Mahkamah

25-3-2020 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4272| Komen: 39

Description: Dua remaja bawah umur antara tiga remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini berhubung kegagalan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dua remaja bawah umur antara tiga remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini berhubung kegagalan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BH Online melaporkan, remaja berusia 15 tahun menghalang penjawat awam menjalankan tugas sewaktu penguatkuasaan PKP dilaksanakan.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa  mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK).

Malah, dia juga didakwa kerana memandu tanpa lesen selain cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya.


Kredit foto:


Sementara itu, Lim Chun Hoe, 19, dan seorang remaja berusia 16 tahun didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh pada 22 Mac lalu menaiki kereta dipandu remaja berusia 15 tahun terbabit menuju ke Jalan Air Kuning dari Taman Sungai Mas jam 3 pagi.


Chun Hoe berdepan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Majistret Adibah Abdul Kadir menetapkan 4 Mei depan sebagai tarikh  sebutan semula kes terhadap Chun Hoe dengan kehadiran jurubahasa berdialek Hokkien memandangkan tertuduh tidak begitu memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bloodyamuk 25-3-2020 04:21 PM
apolah duduk malaysia tapi tak paham cakap melayu...

kes pertama budak2 remaja degil takmau duduk rumah
Quote CinnamonR 25-3-2020 04:24 PM
Hmm..rakyat malaysia tak paham bahasa malaydia..apooo
Quote Peterpan17 25-3-2020 04:25 PM
mak pak budak tak kena hukum ke? elok hukum sekali sebab gagal kawal anak
Quote slavehunter 25-3-2020 04:29 PM
Pi balik Wuhan la kalau tak paham Bahasa Melayu!
Quote Catpaw 25-3-2020 04:32 PM
Dialek hokkien, mandarin pun tak fasihlah budak2  ni
Quote Rogue98 25-3-2020 04:52 PM
Balik lah China... semak tul lah... duk Malaysia tp x faham ckp BM. Apa skrg ni tak wajib lulus BM ke masa SPM. X faham aku diaorang ni...tutup jer lah Sjkc...
Quote Kurex 25-3-2020 04:54 PM
Parasittttt
Quote Nes3in1 25-3-2020 04:57 PM
Selayaknyalah...
Quote sukacactus 25-3-2020 04:58 PM
Aptb betul budaknya
Dah la langgar MCO, bw kete xde lesen, angkut kwn2 plak tu
Nak kata xreti bahasa, dah mmg pun
Quote LautBiru52 25-3-2020 05:14 PM
Tak malu ke jadi warganegara tapi tak reti cakap melayu?
Quote kasibiman 25-3-2020 05:18 PM
Bawah umur kan?

Mohon mahkamah jatuhkan hukuman lempang mak Bapak depa sekali
Quote underground 25-3-2020 05:22 PM
kasibiman replied at 25-3-2020 05:18 PM
Bawah umur kan?

Mohon mahkamah jatuhkan hukuman lempang mak Bapak depa sekali

Takde lesen mmg mak bapak pun kena la tu
Quote wunan88 25-3-2020 05:24 PM
sebab nie la sekolah jenis kebangsaan patut dihapuskan

dah besar panjang pon x reti bahasa melayu lagi..x layak jadi rakyat malaysia
Quote Supersirap 25-3-2020 05:35 PM
Kan sudah mendapat, diharap kejadian ini dapat dijadikan iktibar buat semua pihak
Quote Aai2 25-3-2020 05:38 PM
Tangkap je semua yg degil..ingat main2 ke..
Quote jas7512 25-3-2020 05:49 PM
I dont know lah tapi mmg bengang btl dgn gen z skrg ni...rasa nak luku2 kepala mrk ni....dahlah x blh nak bersusah ckit...
Quote shernazz 25-3-2020 05:57 PM
Mcmana dia buat ujian lisan ni kat sekolah?
I kenot brain la.budak bawah umur.mcm.ni tak reti bahasa malaysia
Quote Modngengade 25-3-2020 06:13 PM
Sepet ke sis..?
Quote najib888 25-3-2020 06:31 PM
Berita yang tak akan di highlight kan oleh Ayam.PH.. tu mesti dok kalut cari berita penafian kes budak ni.. ayam le katakan..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.059688 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top