CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hanya Orang Susah Yang Faham Waktu Getir Ini - Rider Dipuji Bantu 'Frontliner'

31-3-2020 12:21 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3639| Komen: 11

Description: Benarlah kata-kata orang lama bahawa hanya orang yang pernah susah memahami mereka yang sedang mengalami kesusahan. Itu lah yang dibuktikan oleh segerombolan pemuda yang bekerja sebagai penghantar mak ...


Dalam kemelut artis dan golongan T20 yang tidak berpuas hati dengan bantuan kerajaan kepada golongan B40, masih ada sikap prihatin dalam kalangan B40 untuk membantu mereka yang menjaga negara. Itulah yang dibuktikan oleh segerombolan pemuda yang bekerja sebagai penghantar makanan dari Food Panda (FP) ini.

Biarpun ibarat kais pagi makan pagi mereka sepakat untuk menghulurkan makanan kepada barisan hadapan Covid-19 ini seperti anggota polis dan kakitangan hospital. Terasa sayu di hati tatkala melihat video yang direkodkan ini kerana ternyata tanda pagar #KitaJagaKita untuk kita yang memahami sesama kita.


Dengan berpakat bersama team FP daerah-daerah lain sekitar Selangor, bantuan disumbangkan dalam bentuk makanan siap untuk memudahkan para petugas.

Twitter

Twitter

Hal ini meruntun hati warganet. Di sebalik pekerjaan yang dilabelkan sebagai tiada masa depan serta waktu getir ini, masih ada yang mampu menyumbang setakat yang termampu.

Twitter

Malahan ada juga yang membandingkan kebaikan team FP ini dengan sikap artis kaya yang suka meminta-minta.
Twitter
Terima kasih atas budi baik FP semua. Jadi, benarlah kata-kata orang lama bahawa hanya orang yang pernah susah memahami mereka yang sedang mengalami kesusahan. Oleh itu, anda tahu siapa yang telah menunjukkan 'true colour' di saat-saat getir ini kan? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellez 31-3-2020 12:31 PM
Syukurlah itu rezeki kepada para frontliners dan petugas2 hadapan..
Cuma terfikir nasib mereka2 yg benar2 perlukan bantuan..org yg betul2 susah(bkn spesis susah yg sengaja dicari) mcmmna nasib mereka..semoga ada yg terbuka hati bagi bantuan..yg mna kita terlepas pandang..
Quote zulka 31-3-2020 12:39 PM
ellez replied at 31-3-2020 12:31 PM
Syukurlah itu rezeki kepada para frontliners dan petugas2 hadapan..
Cuma terfikir nasib mereka2 yg  ...

betul, ada ramai org diluar sana yg betul2 terkesan dgn PKP ni, org yg meniaga kecil2an, yg pendapatan bergantung penuh pada hasil kerja harian, gaji tunai harian..memang kesian sgt  
Quote ellez 31-3-2020 12:54 PM
zulka replied at 31-3-2020 12:39 PM
betul, ada ramai org diluar sana yg betul2 terkesan dgn PKP ni, org yg meniaga kecil2an, yg pendap ...

Abang masih bercuti atau kerja ya..
Ya..iols berharap.sekiranya lah tempoh pkp ni dipanjangkan,semoga golongan2 diatas mendapat bantuan sewajarnya dari pihak kerajaan ataupun persendirian..jangan ada penerima yg tercicir dari senarai..iols maksudkan bantuan makanan asasi tu yg paling.penting didahulukan..
Quote zulka 31-3-2020 12:57 PM
ellez replied at 31-3-2020 12:54 PM
Abang masih bercuti atau kerja ya..
Ya..iols berharap.sekiranya lah tempoh pkp ni dipanjangkan,se ...

sy sepatutnya WFH, tapi dua hari ni wifi kat rumah buat hal..so arini dtg ofis setle apa yg patut
Quote Boomibulat 31-3-2020 12:58 PM
Ramainya berkumpul..
Quote matchstick 31-3-2020 12:58 PM
ellez replied at 31-3-2020 12:31 PM
Syukurlah itu rezeki kepada para frontliners dan petugas2 hadapan..
Cuma terfikir nasib mereka2 yg  ...

Kalau diorg ni tampil bgtahu x cukup makan, ada je yg sudi bantu. Patut penghulu kampung or wakil penduduk kena alert kalau ada yg susah mcm ni kt kwsn masing2.
Quote ellez 31-3-2020 01:19 PM
matchstick replied at 31-3-2020 12:58 PM
Kalau diorg ni tampil bgtahu x cukup makan, ada je yg sudi bantu. Patut penghulu kampung or wakil  ...

Iols setuju..ketua kg/penghulu patut memainkan peranan memastikan semua penduduk kawasannya yg dikategorikan layak,menerima sumbangan..jgn ada pihak tamak yg ambik kesempatan..
Biarlah bantuan terus ke sasaran..
Quote LadyCarefree 31-3-2020 01:49 PM
Frontliner ni sebenarnya orang ramai. Power untuk bendung, putus rantaian, kawal virus ialah orang ramai
Quote Artemesiaa 31-3-2020 02:08 PM
LadyCarefree replied at 31-3-2020 01:49 PM
Frontliner ni sebenarnya orang ramai. Power untuk bendung, putus rantaian, kawal virus ialah orang r ...

Betul tu kalau sama2 main peranan ikuti arahan pihak kesihatan pasti akan berjaya
Quote LadyCarefree 31-3-2020 02:09 PM
Artemesiaa replied at 31-3-2020 01:08 PM
Betul tu kalau sama2 main peranan ikuti arahan pihak kesihatan pasti akan berjaya

Paling penting kalau orangramai ikut arahan, taklah habis banyak duit dan tenaga kt sepital2 nun.
Quote Cari-Azza 1-4-2020 07:51 AM
LadyCarefree replied at 31-3-2020 01:49 PM
Frontliner ni sebenarnya orang ramai. Power untuk bendung, putus rantaian, kawal virus ialah orang r ...

Itu lah. Frontliner yang putuskan rantaian pun tak duk diam

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.157979 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top