CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapan Hari Di Wad, Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Amalan Sampai Sembuh

31-3-2020 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3191| Komen: 7

Description: Kisah bekas pesakit Covid-19, Adnan Faisal mendapat perhatian di kalangan netizen.Ini kerana dia bukan sahaja sudah sembuh dan discaj dari hospital, malah kisahnya selama lapan hari berada di wad Hosp ...
Kisah bekas pesakit Covid-19, Adnan Faisal mendapat perhatian di kalangan netizen.

Ini kerana dia bukan sahaja sudah sembuh dan discaj dari hospital, malah kisahnya selama lapan hari berada di wad Hospital Kuala Lumpur begitu memberi kesan yang tersendiri.


Memetik laporan Sinar Harian, Adnan berkata sepanjang berada dalam wad, banyak perkara positif yang dipelajari.

Antaranya apabila dia ditempatkan bersama pesakit dari kluster tabligh.

Kredit foto: Harian Metro


"Walaupun dalam keadaan sakit, kami masih dapat bersolat jemaah bersama dalam jarak dibenarkan.

"Saya jadi rindu dengan keadaan di wad pada masa itu di mana masing-masing mengharapkan ALLAH untuk sembuh..Rasa lebih dekat," katanya.


Orang ramai juga ingin tahu apakah amalan yang dilakukan oleh Adnan sehingga disahkan sihat dan bebas dari virus berkenaan. 

"Selain berdoa dan solat, saya juga mengamalkan penjagaan kesihatan untuk terus kekal sihat dan positif dengan bersenam, makan vitamin C serta minum air lemon yang disediakan keluarga sepanjang berada di wad," ujarnya.

Bercakap tentang gejala yang dialaminya, Adnan mendapat semua simptom seperti demam panas, pening kepala, sakit perit dan sesak nafas ketika kuarantin di rumah lagi.

"Jadi bila masuk hospital keadaan semakin baik dan doktor pun tidak berikan ubat kerana saya tiada simptom...Hanya pemeriksaan rutin cek suhu badan dan tekanan darah selain menunggu keputusan laporan kesihatan saya negatif.

Foto: Sinar Harian

"Disebabkan itu, fikiran saya lebih tenang dan positif, cuma lebih bimbangkan keadaan ibu yang turut ditahan wad kerana positif Covid-19 serta isteri yang sedang hamil lima bulan.

"Saya sedih juga tak dapat jumpa ibu. Hanya boleh bercakap melalui telefon. tapi tak boleh lihat keadaannya. Begitu juga dengan isteri tak dapat jumpa tapi syukur dia negatif Covid-19," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gummiebear 31-3-2020 06:18 PM
Alhamdulillah..
Quote Lengkong 31-3-2020 07:00 PM
Alhamdulillah..semoga terus sihat seperti biasa


Quote makneng 31-3-2020 07:29 PM
Apa jd dgn budak lelaki yg mangsa ke 136 tu? Sembuh dah?
Quote LautBiru52 31-3-2020 10:31 PM
Alhamdulillah. Muda lg. Antibodi masih kuat kan.
Quote Mz1271 31-3-2020 11:50 PM
alhamdulillah...
seram juga kalau satu family yg kena
masing2 kena positif utk kekal sihat
moga Allah permudahkn urusan mereka2 yg masih dalam kuarantin di hospital...
Quote rospinki 1-4-2020 02:27 PM
hari pertama pkp anak tiba tiba demam panas yg kuat sehari sebelum tu. risau betul aku..mujur bagi dia para 500mg 4x shri then esoknya ke klinik check.. dokto tnya aku bagi apa kat anak demam kebah..ckp paracetamol 500mg separuh dihancur dan campo ubat batuk sikit sbab budak kan susah nak telan pil..kalau tak makin teruk. syukur demam ok lepas 3 hari kalau tak kena pi amik darah. aku bkan risau apa..bila badan lemah maka senang virus tu atack.
Quote biozipstar 2-4-2020 01:45 PM
aku nak tau apa jadi dgn mak dia nanti... harap2 mak nye sembuh!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.151009 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top