CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zul Yahya Belanja Orang Ramai Kari Ayam Percuma Semasa PKP

3-4-2020 11:35 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 12472| Komen: 92|Original author: Tukang Tulis

Description: Turut menyampaikan bantuan makanan kepada golongan kurang berkemampuan semasa PKP.
Zul Yahya dan kari ayam percuma yang diagihkan di restorannya. Kredit foto: Facebook

Ketika artis dan selebriti tanah air yang masih top 'bertekak' dengan netizen tentang isu bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19, lain pula halnya dengan orang lama seperti Zul Yahya.

Beliau yang kini bergiat dalam gerakan tabligh dan mengusahakan restoran memilih untuk berbakti kepada masyarakat yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)dikuatkuasakan.

Usaha murni Zul Yahya itu dapat dilihat melalui rakaman video dan gambar-gambar yang dikongsi melalui laman Facebook miliknya.

Zul Yahya sedang memasak kari ayam. Kredit foto: Facebook

Salah satu aktiviti kebajikan yang dilakukannya adalah memberi kari ayam secara percuma kepada orang ramai di Zul Yahya Steamboat & BBQ di Ipoh, Perak.

"Siapa yang nakkan kari ayam, insya Allah, kari ayam, boleh datang ambil dekat Zul Yahya Steamboat.

"Kita ada panas-panas lagi ni, boleh makan dengan roti jala, boleh makan dengan nasi, boleh makan dengan roti.

"Insya Allah kita kongsi rezeki, kongsi nikmat," katanya melalui video yang disiarkan dalam Facebook.


Difahamkan, kari ayam tersebut diagihkan melalui kaedah pandu lalu atau ambil sendiri yang siap dibungkus justeru tidak timbul isu orang ramai makan di restoran semasa PKP.

Selain belanja orang ramai dengan kari ayam, Zul Yahya turut menyampaikan bantuan makanan seperti beras, telur, tepung dan minyak masak kepada golongan kurang berkemampuan.

Zul Yahya turut menyampaikan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan. Kredit foto: Facebook
Semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala dan rezeki yang luas terhadap kebaikan yang dilakukan oleh Zul Yahya. - CARI
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ibu_haritz 3-4-2020 11:38 AM
Semoga Allah murah dan melimpahkan lagi  rezeki Zul Yahya  dan keluarga..
Quote Rogue98 3-4-2020 11:41 AM
Artis mcm ni lah kita support. Time susah dia yg bantu orang. Bukan merengek2 sendiri mintak bantuan and hina pulak netizens
Quote epuepy 3-4-2020 11:53 AM
Mcm ni baru betul.. Tlg org2 susah. Dlm kite mkn mewah2, ada org yg cma mkn ala kadar utk alas perut.

Terima kasih zul. Semoga Allah membalas jasa anda
Quote sarah82 3-4-2020 11:53 AM
Dia mmg rajin sedekah.. Aku tgk gambar makanan kat restoran dia pun byk jenis x berkira bab jual
Quote ctcheery 3-4-2020 11:53 AM
Terbaik...moga dimurahkan rezeki
Quote fishcracker 3-4-2020 12:10 PM
Contoh yang baik...dapat makan daging tak dengki dengan yang makan ikan kering,malahan kongsi daging bersama
Quote rrgal 3-4-2020 12:11 PM
Alhamdulilah, semoga rezki beliau pn diluaskan dan trus melakukn kebaikan
Quote Boomibulat 3-4-2020 12:12 PM
sarah82 replied at 3-4-2020 11:53 AM
Dia mmg rajin sedekah.. Aku tgk gambar makanan kat restoran dia pun byk jenis x berkira bab jual

kat mana restoran beliau..tanya je bkn nak ambk kari..
Quote ais_kosong 3-4-2020 12:13 PM
moga dimurahkan rezeki dan dapat bantu orang..
Quote Lengkong 3-4-2020 12:13 PM
Alhamdulillah..semoga rezeki Zul Yahaya sekeluarga bertambah banyak


Quote dua_chzy 3-4-2020 12:14 PM
Antara retis yang memang reti masak. Sebab itu bisnes makan dah lebih 10 tahun bertahan.
Quote sarah82 3-4-2020 12:15 PM
Boomibulat replied at 3-4-2020 04:12 PM
kat mana restoran beliau..tanya je bkn nak ambk kari..

Kat perak tak salah... Nampak kat ig dia.. Bersih
Quote dua_chzy 3-4-2020 12:16 PM
sarah82 replied at 3-4-2020 11:53 AM
Dia mmg rajin sedekah.. Aku tgk gambar makanan kat restoran dia pun byk jenis x berkira bab jual

Dia ni kalau bagi resepi kat majalah pon, legit resepinya. Takda sembunyik hidden resopi sana sini situ siti. Macam Cepone jugak. Segala2 dibagitau. Hada chef, bila bagi resepi kat majalah, main tapuk2 (sembunyik) some ingredients.
Quote sarah82 3-4-2020 12:19 PM
dua_chzy replied at 3-4-2020 04:16 PM
Dia ni kalau bagi resepi kat majalah pon, legit resepinya. Takda sembunyik hidden resopi sana sini ...

Hihi.. Nanti nak cari la resepi dia.. Tapi tengok gambar makanan kedai dia.. Mmg sedap.. Ramai org.
Quote akuchenta 3-4-2020 12:22 PM
Rezeki dikongsi bersama..
Semoga zul yahya dimurahkan rezeki..
Quote dua_chzy 3-4-2020 12:22 PM
sarah82 replied at 3-4-2020 12:19 PM
Hihi.. Nanti nak cari la resepi dia.. Tapi tengok gambar makanan kedai dia.. Mmg sedap.. Ramai org ...

Doluuuuu zaman stoden, ai suka beli majalah RASA. Sana la baca resepi Zul.

Dia ni dolu hada gak kontolbesi, tapi dia pun manusia macam kita. Makin kertu seperti hidup makin baik Zul ni walaupun dah tak berlakon. Ye la, nak berlakon buat hapa, bisnes hokeh jah takda melingkup macam retis lain sebab dia memang passionate pasal makan kot - bukan macam seleb lain yang hangit2 taik ayam pikir nak untung ja tapi kualiti tak jaga bila masuk bisnes FnB.
Quote Mz1271 3-4-2020 12:30 PM
Moga murah rezeki abg zul...
Quote sarah82 3-4-2020 12:33 PM
dua_chzy replied at 3-4-2020 04:22 PM
Doluuuuu zaman stoden, ai suka beli majalah RASA. Sana la baca resepi Zul.

Dia ni dolu hada gak ...

Betul.. Tapi dia x kacau org.. Dan sangat ketara perubahan dia ke arah yg lebih baik..
Quote bintangct 3-4-2020 12:55 PM
Boomibulat replied at 3-4-2020 12:12 PM
kat mana restoran beliau..tanya je bkn nak ambk kari..

dekat ipoh.. dekat dgn mydin meru.. kat situ mmg byk kedai mkn yg sedap2.. kedai makan pun cantik2 sb masing ada sebuah bangunan gitu.. yg style pondok pun ado.. kalo dtg ipoh try la singgah sini sb dkt je exit highwy ipoh..  dulu ada maps skg dh tutup  Kalau nk stay bole try Casuarina Meru hotel atau homestay casa kayangan.. condo baru.. byk homestay avail..

sekian  terbyk plak promote hehe

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.099717 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top