CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myvi Buat Hal Lagi, Rempuh Balai Pula

7-4-2020 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7292| Komen: 74

Description: Myvi dipandu wanita terbabas hingga merempuh Balai Polis Ketereh, Kota Bharu, semalam.
Myvi dipandu wanita terbabas hingga merempuh Balai Polis Ketereh, Kota Bharu, semalam.

Sinar Harian melaporkan, kejadian 10.15 pagi itu menyebabkan seorang pesara tentera, Anuar Ismail, 49, yang sedang berurusan di situ cedera di muka dan patah hidung.



Foto: Sinar

Difahamkan, pemandu Perodua MyVi berusia 55 tahun itu memandu dari arah Jalan Serendah menghala ke Kok Lanas sebelum tertekan pedal minyak ketika membelok di lampu isyarat.

"Wanita itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Ketereh berhadapan Balai Polis Ketereh. Ketika lampu bertukar hijau dia meneruskan perjalanan untuk membelok kanan dan dipercayai tertekan pedal minyak hingga melanggar sebuah kereta di hadapan.

“Pelanggaran itu menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh Balai Polis Ketereh serta mangsa yang berada di balai itu,” kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud.




Foto: Sinar

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Insiden itu menyebabkan kerosakan pada pintu utama balai, garaj, kaunter pertanyaan, peralatan pejabat termasuk komputer, meja dan kerusi.


Foto: Sinar

“Laporan polis dibuat dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote InVendeTTa 6-4-2020 03:29 PM
Kalo kes camni kompom lady driver
Seriously aku hairan kalo dah tertekan kenape tekan lagi
Quote sharlenetexas 6-4-2020 03:33 PM
Edited by sharlenetexas at 6-4-2020 03:44 PM

Balai polis tepi jalan dekat dgn lampu isyarat. Langgar kereta lain dulu. Rempuh pagar dulu ke pastu rempuh balai polis kat dalam. Ke tersilap tekan terus rempuh masuk balai polis?
Quote bloodyamuk 6-4-2020 03:39 PM
semoga semua tak da cedera teruk...

acik driver tu terus sambung buat report la...huhu
Quote Artemesiaa 6-4-2020 03:43 PM
Hadoi ler kak satu hal nak kena menjawab dengan abam polis siap pakej terlangar orang sama
Quote umbut 6-4-2020 03:59 PM
Camna bawa kereta ni... kau tekan minyak sampai habis ke kat simpang.... harus disaman...
Quote spenderterselit 6-4-2020 04:07 PM
Kwn i ada sorang pakai myvi dan btol la bwk kete pon mcm babi nk beranak habis dirempuh semua
Quote adelea 6-4-2020 04:09 PM
main fon kat trafic light ke apa makcik tu
kete autoo la tu
Quote sue_0684 6-4-2020 04:21 PM
adui.. acik ni kena amik lesen skali lagi ni.
Quote orgsepang 6-4-2020 04:22 PM
Macam manalah dah langgar kereta lain terus juga tekan minyak. Mimpi ngeri ni.
Quote Sazida 6-4-2020 04:23 PM
Aku takleh brain cemana makcik ni langgar balai tu. Balai tu sebelah kiri selepas trafik light kalau dia dari kota bharu, mesti makcik tu lps langgar dia tekan lagi pedal minyak sambil pusing stereng sbb tu sampai dlm balai dia pegi.
Quote Tinot7 6-4-2020 04:24 PM
Harap2 sumer ok
Quote pyropura 6-4-2020 04:51 PM
Kalau selet yg langgau berbakul lah kena tuduh mabok
Quote BomBoLoniS 6-4-2020 04:54 PM
Yang kesian laki kat kaunter balai.. Tak pasal kena langgar..
Quote nuryakmal 6-4-2020 04:56 PM
Mak ai punya la jauh tekan pedal minyak. Dari tiang lampu masuk balai terus ke lobi
Quote insulin 6-4-2020 04:59 PM
pyropura replied at 6-4-2020 04:51 PM
Kalau selet yg langgau berbakul lah kena tuduh mabok

Sudah tentu. Perubatan tu dah sebati dengan mereka, kan?
Quote Pink_Purple 6-4-2020 05:00 PM
terhinggap penyakit mybi..

bawa kete tekan minyak mcm F1 di simpang traffic light..
Quote mejaputih 6-4-2020 05:12 PM
terlebih panik acik ni...terus tatau mana satu pedal minyak, mana satu pedal break.
Quote insulin 6-4-2020 05:12 PM
mejaputih replied at 6-4-2020 05:12 PM
terlebih panik acik ni...terus tatau mana satu pedal minyak, mana satu pedal break.

Minda dah blank dek kerana kelam-kabut.
Quote chandrahusin 6-4-2020 05:15 PM
why Myvi?
aku mmg bagi jalan je klu selisih dgn Myvi
kebanyakan diorg pya drive lain mcm

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.056632 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top