CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasa Terasing Dari Dunia, Remaja 15 Tahun Bunuh Diri Tak Tahan Kena Lockdown

8-4-2020 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4878| Komen: 34

Description: Remaja lelaki ditemui mati di rumahnya di Wales beberapa hari selepas perintah lockdown dilaksanakan.
Remaja lelaki ditemui mati di rumahnya di Wales beberapa hari selepas perintah lockdown dilaksanakan.

Kian Southway, 15, dipercayai mati akibat bunuh diri di rumahnya pada 31 Mac lalu.


Menurut Wales Online seperti dipetik Mirror, ibu bapa Kian mendakwa anak mereka itu berasa 'terasing dari dunia luar' berikutan pelaksanaan lockdown.




Kredit foto: Mirror/WALES NEWS SERVICE

Kata Jolene dan Julian, mangsa mula menunjukkan perubahan sikap hanya dalam masa beberapa hari saja.


Jolene dari Treorchy berkata, "Ia (kematian kian) sangat tidak dijangka. Kami sekeluarga masih dalam keadaan terkejut".

Tegasnya, Kian tidak mengalami gangguan kesihatan mental dan dia tidak kemurungan.

"Saya rasa, dia hanya rasa terasing dari dunia sejak penularan Covid-19.

"Kian seorang anak yang baik dan ceria. Boris Johnson (Perdana Menteri Britain) mengumumkan perintah lockdown pada Isnin dan dia (Kian) meninggal dunia pada Jumaat.

"Dia ada berkata, dia tidak sabar menunggu perintah itu berakhir dan mahukan masa berlalu dengan pantas," katanya.

Berikutan kematian Kian, ibu bapanya menggesa orang ramai supaya tidak memendam masalah dan menasihti ibu bapa supaya mengawasi anak mereka. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Supersirap


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 8-4-2020 04:21 PM
Sedihnya... Kenapa lah berpikiran sing kat mcmtu
Quote manehnya 8-4-2020 04:38 PM
Ermmm dok dlm kubur lg sunyi dik
Quote manehnya 8-4-2020 04:38 PM
Ermmm dok dlm kubur lg sunyi dik
Quote Artemesiaa 8-4-2020 04:41 PM
Remaja jiwa memberontak nak keluar keluarga pun kurang bagi perhatian sibuk dengan urusan lain jadi tak mustahil benda macam ni boleh terjadi
Quote Nham22 8-4-2020 04:49 PM
siannye... Ade sakit jua ni..
Quote Kurex 8-4-2020 04:51 PM
Manis         
Quote JunkMail 8-4-2020 04:53 PM
Aku ada kawan extrovert tengah depressed kena kurung skrg. Katanya nak human interaction. Nak peluk gf, nak peluk mak bapak, nak peluk kawan2. Tapi semua jauh beliau dah mental. Hari2 baca pasal coronavirus sampai depressed. Aku pulak yg risau.
Quote sambaldurian 8-4-2020 04:54 PM
alahai xde henset ke dik,  ak dr pagi ke petang tgk youtube je keje, drama korea le, lakorn thai le. sekali sekala je cuci baju.
Quote bloodyamuk 8-4-2020 06:44 PM
JunkMail: Aku ada kawan extrovert tengah depressed kena kurung skrg. Katanya nak human interaction. Nak peluk gf, nak peluk mak bapak, nak peluk kawan2. Tapi se ...


aiyakkk kesian ek kalo camtu...

yang introvert rasa heaven je...

macam aku la...bila fikir pkp nak habis rasa janggal plak nak kena bersosial kehidupan asal
Quote noor2 8-4-2020 06:59 PM
Salah mak bapakla kenapa biarkan anaknya sendirian patut beraktiviti dlm rumah cth dancing. .menyanyi bersama 1 keluarga atau buat workout ibu bapa dan anak. .ni mak pak budak ni mesti sendiri2
Quote Suchi 8-4-2020 07:01 PM
Ramai yg terbiasa hidup camni yela dah 2020 kan biasa tgk dlm filem tak sangka kena laluinya plak.
Agaknya cemana la yg duk dlm umah sempit2 beramai2 tu, mau lagi teruk stress
Quote Xim 8-4-2020 07:03 PM
Harap2 blastoff x gini la pengakhirannye
Quote Nahnukutu 8-4-2020 07:10 PM
JunkMail replied at 8-4-2020 04:53 PM
Aku ada kawan extrovert tengah depressed kena kurung skrg. Katanya nak human interaction. Nak peluk  ...

tetiber teringat kawan2 aku yang jenis gini

apa khabar agaknya mereka...


Quote misserami 8-4-2020 07:11 PM
Kubur lagi seksa dik.kalaulah kau tahu
Quote naina 8-4-2020 07:15 PM
sambaldurian replied at 8-4-2020 04:54 PM
alahai xde henset ke dik,  ak dr pagi ke petang tgk youtube je keje, drama korea le, lakorn thai le. ...

uols tak sakit mata ke? iols spjg tempoh ni kerap mata pedih sakit kepala bila ngadap hp lama2. aku rasa tahap rabun aku makin tinggi. nk cek mata kedai tutup
Quote sambaldurian 8-4-2020 07:47 PM
naina replied at 8-4-2020 07:15 PM
uols tak sakit mata ke? iols spjg tempoh ni kerap mata pedih sakit kepala bila ngadap hp lama2. ak ...

sbnr nye pening gak, lama sgt baring. tp tu la bila dh lama lama sgt lepak atas  katil, jd pemalas pulak dh.
Quote Supersirap 8-4-2020 09:41 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote TravellingBear 8-4-2020 09:50 PM
JunkMail replied at 8-4-2020 04:53 PM
Aku ada kawan extrovert tengah depressed kena kurung skrg. Katanya nak human interaction. Nak peluk  ...

Kalau dia sempat kawen dgn gf .. boleh peluk sampai lebam skrg
Quote misc 8-4-2020 10:29 PM
Budak extrovert ni. Kesian. Kawan aku sorang extrovert pun tgh meroyan kat socmed sebab stress takleh jimba2 mcm biasa.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.222862 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top