CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Payah Sindir Kata Untungnya Kerja Kerajaan Masa PKP, Ingat Senang Ke?"

15-4-2020 12:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17049| Komen: 64

Description: FB


"Jadi dalam musim PKP ni, tak payah sindir-sindir. Sedap la kerja kerajaan, tak kerja boleh duit. Eh eh.. nak dapat yang sedap nih, seksa, susah, penat macam-macam dah rasa nak dapat kerja nih."

Di kala ramai pekerja swasta yang dipotong gaji serta golongan peniaga yang tiada pendapatan mengeluh akibat PKP ini, mereka yang bekerja di sektor kerajaan masih mendapat gaji bulanan yang selesa. Ini menyebabkan ramai yang berasa iri lalu mula mengeluarkan ayat-ayat seperti "untungnya orang gomen" dan sebagainya.

Hal ini membuatkan seorang pengguna Facebook tampil membela geng pekerja gomen ini. Baginya  golongan yang bekerja di sektor kerajaan ini gajinya tidaklah sebanyak mana pun. Lagi-lagi yang berpangkat bukan pegawai, maka lebih rendah gajinya berbanding mereka yang bergelar usahawan.

Jadi, janganlah menyindir-nyindir dengan ayat yang menyakitkan hati kerana hakikatnya, hanya mereka sahaja tahu.


FB
Bagi Wawa, kelebihan sebagai pekerja kerajaan adalah jaminan kerja sahaja tetapi bukanlah hingga mengumpul kekayaan. Jika nampak mewah sekalipun, ianya mungkin kerana hutang atau pun memang berasal dari keluarga yang berada. Jadi, janganlah menilai dari luaran semata-mata. Malahan, jika ada yang berasa susah saat ini, akan ada pekerja kerajaan yang boleh membantu.

"Kalau rasa seksa sangat, siapa yang tiada beras, lauk nak bagi makan anak kat rumah, jangan malu segan nak minta bantuan rakan kerja kerajaan yang Kita kenal. Semua orang sedia membantu."

Google

Ianya disokong oleh kaki tangan kerajaan yang lain dengan mengatakan, bersyukurlah dengan rezeki yang ada.




Bagaimanapun, ada juga warganet yang tidak berpuas hati apabila Wawa membandingkan dengan golongan peniaga yang kononnya hidup mewah.


Antara kerja kerajaan dengan kerja swasta, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Terpulang kepada kita untuk mencorakannya.

Apa pun, lebih elok kita menolong antara satu sama lain berbanding menunding jari ke arah orang lain. Bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Jadi, jom membantu mereka dalam kesusahan. - CARI 
5

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Elanarose

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • wafeloren


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-4-2020 12:34 PM
Senang dapat pinjaman.. btw rezeki masing2.. ada member iols kerja kerajaan, tapi banyak hutang.. ada kerja swasta tapi takde hutang.. ada sebaliknya.. iols tengah kumpul duit nak beli rumah
Quote shernazz 15-4-2020 12:47 PM
Ada pros and cons nya
Ayah iols keje kerajaan...mmg sokmo la.bank rakyat.datang opis nak.memujuk buat loan..
Pantanggggg dh nak.habis..ada aje.la.sesi pujuk...
Anak anak buah dia suka beli kete dasat..honda la..toyota la...ayah iols nasihat beli rumah...depa kata ada kuarters ..
Malas nak habaq lagi..hahahaha

Paling best kalau ada ejen jual.rumah
Skang umah yang mak iols duduk..keliling jiran mostly kawan ayah iols..hahahahahah
Quote little_sis 15-4-2020 12:47 PM
kwn aku.. gomen gak.. mcm2 biz dia buat.. mmg cekap la dia.. dr biz je dia boleh dpt puluh2 k sebulan.. tp dr segi keje pun dia x abaikan.. kira org kepercayaan jugak.. salute aku kat dia...
Quote LemangGoreng 15-4-2020 12:51 PM
tp keje kerajaan paling2 pn xsilap setaon kenaikan RM80 kan. kalo keje kilang kenaikn RM1 pon ade. kilang aku ade dpt RM1
Quote noor2 15-4-2020 12:57 PM
Bila masa orang swasta menyindir. ..ni mereka terasa susah tiada income ...apa salahnya dijawab..alhamdulillah syukur kamu masih ada kerja dan income
Quote Ladybird910 15-4-2020 01:16 PM
Malas tgk this kind of rant.. Baik from govt or private sect..

Hal ini kici pon nk post. Bluerghhhh
Quote opie5662 15-4-2020 01:23 PM
Alaaa...kdg2 bkn saje nk menyindir. Tp ade yg keje gomen ni memanjang merentan boring la, stress la dok umah, penat la layan anak2 bagai etc. At least ko boring2 pon bergaji...ade org tak kerja takde gaji, tp redha je tak merentan bosan 24 jam kat socmed. Bersyukur la sket
Quote azimodin 15-4-2020 01:25 PM
Gaji Swasta lebih tinggi dari gomen tapi bila company rugi increment pon xde. bila boss ko x suka selamba be dia psiko ko dengan bagi rating teruk beberapa sampai ko rasa xde  mood nak kerja or transfer ko ke tempat yg mmg x perfom. hujung2 ko terpaksa undur diri demi menjaga maruah diri & kestabilan otak. ko nak report hr? sialp2 HR punya boss pon sekapal dengan boss ko.
Quote shida81 15-4-2020 01:35 PM
Private x de pencen.. Duit bonus tu pun simpan skit2 tuk ari tua... klu dpt simpan.. . Epf bp Sgt... Pendek kata pencen pun duit sendiri... Bukan smua private dpt 3 4 bln bonus... Bukan dengki ngn gomen... Tp org2 gomen suka update status life style dowang kt socmed... Hujung2 kata gj kicik byk hutang jgn dengki..
Quote CiliPadiSedap 15-4-2020 01:38 PM
cikgu akak kerja gov, masuk kelas sembang kari, cerita benda tak de kaitan dengan subjek. alhamdulillah dah kaka dah graduate  sekolah.
Quote delia3003 15-4-2020 01:54 PM
Edited by delia3003 at 15-4-2020 01:55 PM

Ada pros & cons keje swasta ke gomen ke. Bersyukur ler dgn rezeki masing2. Keje swasta pun tak semestinye bonus lebat, berapa kerat je yg dapat bonus 3-4 bulan setahun, bergantung kepada sektor dan company
Quote adelea 15-4-2020 02:04 PM
shernazz replied at 15-4-2020 12:47 PM
Ada pros and cons nya
Ayah iols keje kerajaan...mmg sokmo la.bank rakyat.datang opis nak.memujuk bu ...

yg ni ios setuju ada pro and cons
terpulang masing2 nak keje kerajaan or swasta , terpulang
Quote nefnefnef 15-4-2020 02:10 PM
Ujung-ujung, the conclusion is rezeki memasing. Gaduh pasal lain plak la pasni
Quote tipuware 15-4-2020 02:17 PM
keje la di badan berkanun. dapat hybrid beneftis swasta+gomen
Quote rospinki 15-4-2020 02:22 PM
Ladybird910 replied at 15-4-2020 01:16 PM
Malas tgk this kind of rant.. Baik from govt or private sect..

Hal ini kici pon nk post. Bluergh ...

entah..takde masa lah nak jeles sesapa. org yg sebok dgn urusan takde masa nak jeles. rezeki kau kau punya..razeki aku aku punya. masing masing ada bhgian dia.

Quote gedget81 15-4-2020 02:32 PM
masing2 ada rezeki masing2.. cuma pandai tak pandai nak manage je..
Quote MadameOnion 15-4-2020 02:38 PM
aku dgn kawan aku grad sama2, course sama..dia keja private, aku masuk gomen..gaji dia dah 5 angka..aku masih tersekat kat m40..tapi rezeki masing2 la..aku bersyukur je apa yg ada..mcm kawan aku tu tetiap tahun mesti travel overseas satu family..kami ni nak pegi korea pun jenuh buat bajet..last2 tak jadi pasai corona ni
Quote DatinAxia 15-4-2020 02:58 PM
Edited by DatinAxia at 15-4-2020 02:59 PM

keje gomen ni tak mungkin jadi KAYA... tp senang laa hidup, cukup makan pakai, masa depan terjamin... keje kuat cemane pun, bukan dapat merit apa2...

opss.. iols bukan keje gomen ya... but i faham laa perasaan diorang meluahkann rasa down bila kena kutuk... and diorang mmg tak kaya pun.. biasa2 saje... hidup serba humble...
Quote LautBiru52 15-4-2020 03:05 PM
Ala tak abis2 la cite pasal gomen vs swasta ni. Cuba la berlapang dada sikit. Bab suke menunjuk suke mengeluh ni sikap manusia tu sendiri. Same je swasta ke gomen. Semua org tau kebaikan keje gomen. Keje yg terjamin. Itu kita tak boleh nafikan. Tambah2 lg time mcm skrg ni lagi la kita nampak kebaikan tu semua.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.139643 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top