CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPM, SVM, STAM Ditunda Ke 2021

15-4-2020 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3343| Komen: 27

Description: Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, hanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diberi keutamaan hadir ke sekolah selepas tempoh Pe ...
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, hanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diberi keutamaan hadir ke sekolah selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Beliau menjelaskan bahawa pelajar bagaimanapun perlu mematuhi garis panduan ditetapkan iaitu  mengutamakan penjarakan sosial.


Kredit foto: IG

“Bila sekolah dibuka, (kemasukan) terhad kepada Tingkatan Lima dan Enam Atas saja," katanya pada sidang media, hari ini.

Sementara itu, tarikh SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan.

Manakala, peperiksaan Semester 2 ditunda pada Ogos ini dan peperiksaan Semester 3 pada suku pertama tahun depan.

Selain itu, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan pada suku pertama tahun depan.


“Menyedari penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menangguhkan tarikh kemasukan baru ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kenabertaubat 15-4-2020 05:18 PM
Uish, i baru bincang dengan orang dalam rumah i.. Apa jadi dengan exam spm tahun ni? I confident je jawab.. Mesti la diteruskan, sebab biasanya exam besar tetap berjalan. Lagi pulak melibatkan banyak pihak kalau extend. Sangkaan i salah rupanya.. Hahahahaha
Quote aijinmisaki 15-4-2020 05:38 PM
Habis la budak yang amik spm tahun nI amik spm lambat masuk U pun lambat
Quote dua_chzy 15-4-2020 05:40 PM
Lega mak pak khan.
Quote nazzse 15-4-2020 05:46 PM
Almost setahun jgk rugi, tapi nak buat macam mana kan, this is the best solution for now kot.
Quote nefnefnef 15-4-2020 06:09 PM
Alhamdulillah... Official announcement dah keluar. At least mak ayah tak tertanya tanya lagi
Quote jetrofa 15-4-2020 06:15 PM
Anggap je la tahun 2020 tak ujud langsung...
Quote Ladybird910 15-4-2020 06:22 PM
Dulu penah ade system bdk kelas lompat..

So klu now bdk tu br spm,so kira dia mcm put back at his place semula la.. Hehe
Quote krustykrab 15-4-2020 06:34 PM
So caner yg dah pasang imipan nk masuk sbp, mrsm taun depan...
Quote CiliPadiSedap 15-4-2020 06:49 PM
Why not kita buat lompat spm mcm darjah 3 namanya penilaian tahap sesuatu..
Quote munchkin 15-4-2020 07:45 PM
Kesian adik adik ku ni
Quote GigaMom 15-4-2020 07:56 PM
jetrofa replied at 15-4-2020 06:15 PM
Anggap je la tahun 2020 tak ujud langsung...


Betul juga
Sesia je kita dibrain wash dgn wawasan 2020 dari zamam kanak2 d sekolah.
Cehhh sgt
Quote namr 15-4-2020 08:08 PM
Kita cancel je la tahun 2020 ni boleh tak
Quote namr 15-4-2020 08:08 PM
Kita cancel je la tahun 2020 ni boleh tak
Quote TaJwId 15-4-2020 08:09 PM
Edited by TaJwId at 15-4-2020 08:16 PM

-edited-
sebab dah ada jawapan, PT3 n UPSR batal
Quote Serimolek 15-4-2020 08:13 PM
Boleh la i main2 lagi kt cari smtra settel sem 3 stpm
Quote scorpionkiki 15-4-2020 08:20 PM
aijinmisaki replied at 15-4-2020 05:38 PM
Habis la budak yang amik spm tahun nI amik spm lambat masuk U pun lambat

Ka depa masuk sekali dgn yg spm 2019
Quote HannahMontana 15-4-2020 08:28 PM
wawasan 2020 menyaksikan hidup yang tertangguh.
Quote aijinmisaki 15-4-2020 08:41 PM
scorpionkiki replied at 15-4-2020 08:20 PM
Ka depa masuk sekali dgn yg spm 2019

Spm 2019 intake tahun ni pun tak amik? Kalau macam tu makna nya masuk sekali dengan spm 2019 la.
Quote akies 15-4-2020 08:41 PM
Dugaan untuk semua.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.068297 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top