CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

'The World Of The Married', K-Drama Ini Boleh Buat Rasa Tak Nak Kahwin!

24-4-2020 10:53 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 1989| Komen: 0|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Description: Siapa kaki K-Drama di sini? Tipulah kalau tak pernah layan drama Korea kan. Dengan barisan pelakon yang cantik dan kacak, ditambah pula dengan OST yang best, drama Korea kini bukanlah sesuatu yang asi ...

Sumber: Soompi

Siapa kaki K-Drama di sini? Tipulah kalau tak pernah layan drama Korea kan. Dengan barisan pelakon yang cantik dan kacak, ditambah pula dengan OST yang best, drama Korea kini bukanlah sesuatu yang asing buat rakyat Malaysia.

Pada 27 Mac lepas, drama The World of the Married telah memulakan siaran di saluran JTBC. Yang menariknya, drama ini telah memecahkan rekod JTBC dengan mendapat rating tertinggi untuk episod pertama!


Sumber: Soompi

Malah, sehingga ke episod 6, The World of the Married telah mendapat rating sebanyak 18.8 peratus di seluruh dunia dan 21.4 peratus di Seoul, lapor Soompi. 




Rekod ini sekali gus meletakkan drama ini di atas Itaewon Class yang sebelum ini di tangga kedua dalam rating tertinggi JTBC. The World of the Married kini di tangga kedua, di bawah Sky Castle yang memegang rating tertinggi dalam sejarah drama Korea Selatan.

Review The World Of The Married

Drama ini menceritakan tentang pasangan suami isteri yang hidup bahagia dan sempurna, sehinggalah pada suatu hari si isteri tahu perangai sebenar suaminya yang curang. 

Rasa dikhianati oleh suami sendiri dan rakan-rakannya, si isteri nekad untuk membalas dendam!


Sumber: Soompi

Sebenarnya, drama ini masih dalam tayangan dan tak banyak yang boleh diulas. Lagipun, kalau kami review setiap episod, jadi spoiler pula kan? Apa kata anda tonton sendiri drama ini? 

The World of the Married boleh ditonton di mana-mana portal drama seperti Dramacool atau KissAsian.

Selamat menonton! - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • SecretLuv

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.029358 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top