CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Ampa Nak Meniaga Habaq La Inspirasi Faezah Elai, Dah Semua Rasa Tertipu"

25-6-2020 07:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16856| Komen: 95|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Janganlah ampa boh Tudung Faezah Elai, sebab cheq tak keluaq tudung pon. Kesian orang yang kena tipu."




"Kalau ampa nak buat tudung macam cheq pakai pon, habaq lah Tudung inspiration Faezah Elai ka, Tudung ala2 Faezah Elai ka..
Janganlah ampa boh Tudung Faezah Elai, sebab cheq tak keluaq tudung pon. Kesian orang yang kena tipu."

Fenomena tudung labuh gaya Faezah Elai mendapat perhatian wanita berhijab sehinggakan ramai yang mahu berpenampilan sepertinya. 

Tidak hairanlah muncul pelbagai jenama yang mengeluarkan tudung seperti yang dikenakan isteri pengarah Heykal Hanifah ini.


Kredit foto: IG

Ini semua tidak menjadi isu kepadanya kerana gembira semakin ramai yang sedar tentang kepentingan memakai tudung menutup dada.

Bagaimanapun, Faezah akhirnya bersuara apabila banyak mesej diterima di laman  Instagram yang bertanyakan mengenai tudung jenama Faezah Elai. 

Bukan sahaja bertanyakan kepada dirinya, malah ahli keluarga lain turut diajukan soalan sama hingga ada yang mahu menjadi stokis dan Ejen tudung 'keluarannya'.


Kredit foto: IG

Faezah menegaskan yang dia tidak mempunyai sebarang bisnes tudung kerana niatnya hanyalah mahu melihat lebih ramai wanita istiqamah berpenampilan sesuai dengan syariat Islam. 

Jadi, peminat yang kononnya berasa tertipu 'terbeli' tudung tiruan, janganlah bimbang.

"Tak kisahlah tudung jenama apapun ampa nak pakai, tapi kalau dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh, Alhamdulillah kita menang. Sama-sama istiqomah. Cheq memang pakai tudung labuh ni sebab cheq nak pakai, bukan sebab cheq jual."


Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Akhir sekali, Faezah turut berpesan kepada peniaga supaya meletakkan nama bersesuaian pada tudung tersebut seperti diinspirasi Faezah Elai atau tudung ala-ala Faezah Elai supaya pembeli tidak berasa tertipu


Kredit foto: IG

Baguslah begitu, tidak mengambil keuntungan daripada populariti tudung labuh ini. Jadi, setiap wanita yang ingin bergaya seperti Faezah Elai, jangan risau dengan produk tiruan ya sebab semuanya diinspirasikan sahaja. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender85 25-6-2020 07:15 AM
mmg cantik sebenarnya pakai tudung labuh.
Quote barfi 25-6-2020 07:17 AM
Edited by barfi at 25-6-2020 07:18 AM

Walau iols rengsa dengan faezah ni yg asyik puji diri sendiri macam jessica alba, tapi post dia pasal tudung ni 100% betul dan iols setuju.

Patut penjual tulis tudung ala2 faezah elai..
Quote koko2 25-6-2020 07:27 AM
aku da lana pajai tudung ni long way b4 faezah elai lg...begitu juak acik2..ahkak2 no bodi teda dikenali lama dh berpesen cenggini...tapi teda juak ngikutin

Quote bedahmenjuyah 25-6-2020 07:39 AM
Tudung je labuh. Baju tetap sendat melekat
Quote mieymiey 25-6-2020 07:55 AM
bedahmenjuyah replied at 25-6-2020 07:39 AM
Tudung je labuh. Baju tetap sendat melekat

Ha'ah, tudung sheols labuh tapi baju seluar kekadang tu fit. Tapi iols puji jugak la, sebab tak ramai 'retis' yang nak bertudung labuh. Semua nak pakai tudung jerut leher.
Quote NazRysha 25-6-2020 07:58 AM
Tudung yang FE jadi duta ni brand proper hijab
Tapi stress kain dia susah nak pakai walaupun dah spray pengeras
Quote redz85 25-6-2020 07:59 AM
pose asik sama.. tengok lantai..
Quote haruslah 25-6-2020 08:00 AM
Comel pakai tudung camtu
Baguslah berubah sket2
Pesan utk diri sendri gak

Ni idok, tahu nak kecammmmm jer
Quote meah_kelabu 25-6-2020 08:16 AM
tudung ni sbnrnye mcm tudung sekolah je
iols beli shoppe tak smpai 20 hengget
yg proper hijab tu harga pun proper la...hahha
so far iols search tudung cmni pakai keyword bawal instant bidang 45
Quote kikuri 25-6-2020 08:32 AM
apasal pose die semua tengok bawah... tapi aku ade selai tudung faezah elai ni... ingtkan memang dia punya sebab murah jah... tak macam tudung retis lain juai mahal2 belaka...
Quote apedehal 25-6-2020 09:03 AM
Comel..nmpak muda mudi pakai stail gini..mayb aku rengsa sgt dah dgn org pakai penutup kipala jerut leher n jugak yg style malas malasan tu
Quote tuberoses 25-6-2020 09:20 AM
tok laki nya da kurus lain pulok mukanya
Quote Tinot7 25-6-2020 09:31 AM
Ni tudung labuh ke bawal instant? Tak tau pula tudung labuh senteng mcm ni. Senteng mcm skirt putih dia.

Pastu, baju still ikut bentuk badan.

Tangan anak tu kenapa pelik sgt?
Quote dewi_rina 25-6-2020 09:32 AM
bedahmenjuyah replied at 25-6-2020 07:39 AM
Tudung je labuh. Baju tetap sendat melekat

Kan, tudung dah lawa dah.. sekali tengok baju melekap nak tayang body kurus sheols

Quote umbut 25-6-2020 09:33 AM
Tudung labuh.. baju fit..konon slim melim
Baik ko buat je tudung ko.. aku tgk ramai jual tudung nama ko.. jual je lah.. dpt untung
Quote dewi_rina 25-6-2020 09:34 AM
redz85 replied at 25-6-2020 07:59 AM
pose asik sama.. tengok lantai..

Anak dia pun kena ikut pose pandang lantai, merendah diri kot
Takde mendongak langit
Quote umbut 25-6-2020 09:34 AM
Tapi anak pompuan dia cantik. Ada darah paki ke dia ni..
Quote dewi_rina 25-6-2020 09:35 AM
NazRysha replied at 25-6-2020 07:58 AM
Tudung yang FE jadi duta ni brand proper hijab
Tapi stress kain dia susah nak pakai walaupun dah sp ...

I suka tengok scarf dia, brand duchess
Quote husna_amal 25-6-2020 09:59 AM
Harap takde pihak salah guna pakai nama dia pula walaupun dia ok je.

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.079689 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top