CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasah, Seret Ibu Sebab Enggan Belikan Motosikal

9-7-2020 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4282| Komen: 38

Description: Seorang penagih dadah ditahan, semalam selepas didakwa menampar dan memukul ibunya pada Sabtu lalu.
Seorang penagih dadah ditahan, semalam selepas didakwa menampar dan memukul ibunya pada Sabtu lalu.

Memetik BH Online, suspek dilaporkan mengamuk sekitar jam 5 petang di Jalan Kaki Bukit selepas ibunya enggan membelikannya motosikal baru.



Gambar hiasan

Mangsa berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pereka dalaman bukan saja ditampar, malah diugut, dipukul dan diseret di lantai kerana permintaan anak lelakinya itu tidak dipenuhi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew mengesahakn pihaknya menahan suspek sejurus menerima laporan daripada mangsa, semalam.

"Siasatan awal mendapati, suspek yang tidak bekerja datang berjumpa ibunya dan meminta sejumlah wang bagi membeli motosikal baru.

"Mangsa bagaimanapun, memaklumkan tidak memiliki wang menyebabkan suspek menuduh mangsa berbohong dan menampar muka serta memukulnya pada bahagian kepala, kaki dan tangan," katanya.


Suspek juga mengugut 'mampus hang' selepas memukul mangsa berulang kali.

Kata Wari, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital dan walaupun tidak mengalami kecederaan serius, dia masih trauma dengan kejadian itu.

"Suspek direman empat hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana memukul, menumbuk dan mengugut mangsa," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 9-7-2020 02:12 PM
sapa2 yg stay area kaki bukit/ wang kelian ni sila bg detail stori mori sket..
Quote husna_amal 9-7-2020 02:20 PM
Rasa nak maki baca kes macam ni. Anak tak guna, penagih macam ni jangan simpan lagi humban je dalam penjara seumur hidup.
Quote ellez 9-7-2020 02:20 PM
Berapa umur penagih ni ya..

Quote Kurex 9-7-2020 02:28 PM
Edited by Kurex at 9-7-2020 02:40 PM

Penagih + biawak = vuto!
Quote salamon 9-7-2020 02:30 PM
mohon penagih dadah dipenjarakan!
Quote chinta89 9-7-2020 02:32 PM
keji punya anak
Quote syaz_lina 9-7-2020 02:34 PM
Kesian mak..elok letak racun tikus dlm nasik bdk ni, biar mampus cepat
Quote syamzana 9-7-2020 02:37 PM
muda lagi emaknya. anak umur brp ni?
celaka sgguh ye main pukul2 mak laguni.
Quote capiloton 9-7-2020 02:54 PM
manja kan anak masa kecik,
taknak dicipline the kid masa dia kecik.
nak cubit and sebat pun takut, marah pun tidak.

bila anak dah besar, parent pulak  yang kena sebat.

anak masuk umur 7 tahun, kalau perangai haramjadah,
tegur, marah dan sebat.
jangan di biarkan jer,
parents bendul biasa nya guna dialog "ala biasa la budak2"  
Quote chekacheku 9-7-2020 02:56 PM
Ramai mak2 yg simpan ank2 penagih ni atas dasar syg xbertempat..end up selalu mcm ni la..
Quote matchstick 9-7-2020 03:30 PM
Kalau masa ko lahir mak ko dpt see the future ko akan buat dia mcm tu, elok di flush aje ko ke lubang jamban
Quote sukacactus 9-7-2020 03:55 PM
matchstick replied at 9-7-2020 03:30 PM
Kalau masa ko lahir mak ko dpt see the future ko akan buat dia mcm tu, elok di flush aje ko ke luban ...

Teringat kata2 abg aku
Dia ckp kat mak aku kenapa kecik2 dl xtolak je dia dlm telaga....bodoh!
Dah ko yg buat perangai, kenapa nak tya mak plak kenapa begini, kenapa begitu
Sdr yg salah, nak salahkan org plak....hangin je aku
Quote MissyMolly 9-7-2020 04:00 PM
Gila isim ni
Quote budaktua 9-7-2020 07:14 PM
mak dia pereka dalaman...

bukan calang2 jugak la.. bknnya wanita tk de ilmu....
Quote noor2 9-7-2020 07:27 PM
Pertama kali tahu anak menagih tu patut seret anak ke balai polis. ..
Quote akies 9-7-2020 11:51 PM
Jenis anak dh biase minta apa2 dgn parents.
Pastu tk dpt mengamuk.
Kesian tu si ibu
Quote anonims 10-7-2020 01:05 AM
Nampak tak kesan dadah terlarang ni.. Jangan family  jamin budak ni pulak.
Kesalahan2 macam ni, berapa tahun jer dalam penjara?
Kes mcm ni bila masuk penjara sekejap sangat, kebiasaannya keluar penjara mendadih balik dan makin liar.
Quote Supersirap 10-7-2020 04:03 AM
Ingat lah anak muda semua, dadah ni membangsatkan kita semua, jangan lah sesekali ambil dadah
Quote highcastle 10-7-2020 07:21 AM
Ni lah bahana dadah.. Bila terdesak nak duit tak kira mak pak pun dia belasah.........

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.071556 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top