CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Grup Suami Memasak Dah Jadi Lawak Melucah, Kenapa?

19-7-2020 11:01 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11690| Komen: 52|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Grup memasak yang dikendalikan oleh lelaki memang mendapat sambutan ramai pihak. Grup yang dinamakan Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) bertujuan menunjukkan bakat memasak dan berkongsi menu makanan ole ...


Grup memasak yang dikendalikan oleh lelaki memang mendapat sambutan ramai pihak. Grup yang dinamakan Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) bertujuan menunjukkan bakat memasak dan berkongsi menu makanan oleh para suami. 

Maka, ramaiah yang berkongsi menu masing-masing. Namun, yang menjadi masalahnya apabila grup memasak bertukar menjadi grup melucah!


Kredit foto: FB

Menurut warga Facebook, Al Irfan Jani, grup tersebut memang aman damai pada mulanya, namun apabila ada seorang yang memulakan lawak 'double meaning', ianya kemudian diikuti oleh ahli grup lain.


Walaupun tidak menggunakan kata-kata kesat, tetapi perkataan seperti 'third hand' merujuk kepada wanita yang berkahwin berkali-kali seolah-olah mengajak para suami lain turut berfantasi 'dirty talk' ini amat membimbangkan. Apatah lagi ianya keluar dari mulut seorang lelaki berusia yang tidak sewajarnya dituturkan.


Kredit foto: FB

Antara kemuncak 'double meaning' yang diperkatakan apabila ahli grup yang membahasakan dirinya Abah itu menyamakan Makcik Sherry (jirannya) dalam cerita tersebut wajahnya iras-iras arwah Latifah Omar. Ianya menimbulkan perdebatan antara kedua-dua pihak iaitu menyokong dan juga membantah.

'Abah' sudah meminta maaf tentang ketelanjurannya berkata-kata, tetapi cerita itu masih berlegar dalam grup yang sama. Jadi, ini grup memasak ke grup lawak 'double meaning'.


Kredit foto: FB

Bagaimanapun, ada juga ahli grup yang rasional, mahu memadam hantaran yang sebegini, sementelah lagi ia tiada kaitan pun dengan memasak.


Kredit foto: FB

Kredit foto: FB

Panas juga ya grup lelaki jika dibiarkan bersembang. Maklumlah, pasti ada lawak lucah di mana-mana, jadi ianya adalah peranan Admin grup supaya menjernihkan keadaan, sekali gus memastikan tiada lagi post sebegitu. 

Grup memasak sepatutnya kekal memasak, betul kan? - CARI
2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 19-7-2020 11:31 AM
ade mehhh group semacam ni?? nape x leh ke join grop yg cmapur lelaki prmpuan. tiber nk wat group lelaki shja mmg la jd 'lain' pengakhirannya
Quote annehuda 19-7-2020 11:48 AM
Baru tau ke lelaki pun pandai mengumpat bkn perempuan je. Diorg lg dahsyat siap berfantasi bukan2 pdhal kekdg yg diumpat tu kenal diorg pun tak
Quote Normabaru 19-7-2020 11:52 AM
Namapun laki...

Btw ni pon jadi news yer? Pfffttt
Quote KIM.K 19-7-2020 11:56 AM
Laki mengumpat lagi sakit hati dengar
Quote bondeh 19-7-2020 12:03 PM
Lelaki2 dari jaman dibangku sekolah lagi kalau kumpul ramai2 mula cerita luch. Waktu PJ alasan 1 group tak bwk baju sukan, duduk tepi padang dok tgk cikgu perempuan ajar hoki tertunduk2 tertonggeng pastu bisik2 gelak2.. jantan sakai
Quote RatuDunia94 19-7-2020 12:25 PM
Iols nyampah dgn group2 masak kat fb tu.. mula2 ok lama2 jd batak org2 dlm tu.. mcm group masak apa tak jadi hari ini.. mula2 kelakor.. lama2 jd tempat org meraih perhatian sengaja masak x jadi utk dapat like.. group masak apa hari ini pon sama.. kuat menganjing gambar org pakai gelang..
Quote sofyayra 19-7-2020 12:49 PM
Ni br group fb, group wassap pulak adududu
Quote mongoose_kidz 19-7-2020 01:37 PM
lepas bnda ni kecoh aku pun g stalk la group tu...mmg geli weh...buat ala2 cerita bersiri...ceritanya pjg...ade la 2 3 ayat pasal memasak.yg lain semua cerita x perlu..
i is geli tgk muka abah tu...da la tua...bawa2 la buat posting yg bermanfaat.xmalu ke  kat anak bini...umur da tua still nak melucah lagi...walaupun x direct tp aku tau itula tujuannya ..imaginasi tu boleh jadi x terkawal
Quote Cumikucingku 19-7-2020 02:02 PM
Group lelaki.... hmmm... mmg kesitu peginya...
Quote ina_na 19-7-2020 02:09 PM
Sama je semua group pun.. Yg msk x jadi pun sibuk la tunjuk rantai tangan emas gabak2.. Mcm la dia je ade.. Group memasak je kot.. Tunjuk je la resepi gan yg jadi atau x jd.. Tu sbb mls nak follow group ni.. Membatak je lebih
Quote rosasen 19-7-2020 02:23 PM
chinta89 replied at 19-7-2020 11:31 AM
ade mehhh group semacam ni?? nape x leh ke join grop yg cmapur lelaki prmpuan. tiber nk wat group le ...

ada....siap x approve lg kalau pompuan request nk join..tp ada je 2 org kwn pompuan iols terlepas dlm tu..hihihi
Quote adelea 19-7-2020 02:59 PM
annehuda replied at 19-7-2020 11:48 AM
Baru tau ke lelaki pun pandai mengumpat bkn perempuan je. Diorg lg dahsyat siap berfantasi bukan2 pd ...

nama pun laki anne, klu ada aktiviti masa zaman zaman belajar dulu, klu kat lab semua part kita tgh install uninstall (mechanical part system and electronic wiring) meluat dgn diorg memanjang imaginasi and double meaning sampai rasa nak panggil lecturer .. depa bagi penjelasan mudah guna human body system .. mmg sampai mati la ko ingat and confirm tak fail
exam ..
Quote AbukRokok 19-7-2020 03:02 PM
sbb yg masuk tu bukan bapak orang je.... yg belum mumaiyiz pun masuk
faham2 je lah peel lelaki belum mumaiyiz xpernah merendek tapi kote setiap jam asyik gatal je
Quote prettyuglybabe 19-7-2020 03:19 PM
sama je macam group mod..
badan dah bau tanah pun nak melucah..
geli nengoknya..
Quote lattehazelnut 19-7-2020 03:34 PM
Jgn kan group.. kat ofis i pun janda tu janda tu..
Padahal dah kawin baru pun still pakai nickname janda tu..
its weird sbb tu kawan i.. panggil je la nama..
Quote Potato_kering 19-7-2020 03:50 PM
Awww.. mangkuk2 dlm tu bangga takde makcik bwg. Tapi rupanya ada org sicko. Hahahahahahaha
Quote epuepy 19-7-2020 04:03 PM
Laki and their double meaning  or sex talk mmg x bole lari.

Waktu kt uni, mmg Hari2 lepak ngn bdk kelas. And sume laki sbb classmate mmg sume laki. So, stress sgt bile tgh mkn sosej tetibe diorg bole imagine bnda lain! Pnh gak ajak main lepas kelas. Celaka sgt!

Sekali Ai bwk bf Ai waktu tu, and diorg tgok bdn dia besar hasil gym. Baru x berani nk sex talk depan Ai. Padan muka diorg!

And guess what, x kira la malay ke India ke Chinese ke, mmg diorg suka ckp kotor bile kumpul
Quote gideoncross 19-7-2020 05:01 PM
Llki2 Meleis dgn lucah brpisah tiada, brtimbun kat FB. Bnyk sngt mkn ubt kuat agknya, tu yg melebih2 tu.
Quote Nes3in1 19-7-2020 05:09 PM
Ketahuilah... Org lelaki kalau membawang sesama org lelaki boleh kalah acik senah. {:hero

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.173701 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top