CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Setiap Hari Kawan Sekampung Mesej Minta Bantuan Saya,"-Nabil Ahmad

24-7-2020 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8958| Komen: 39

Description: Walaupun diri sendiri susah kerana banyak komitmen seni tergendala sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Nabil Ahmad tetap membantu teman yang memerlukan bantuan.
Walaupun diri sendiri susah kerana banyak komitmen seni tergendala sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Nabil Ahmad tetap membantu teman yang memerlukan bantuan.

Katanya, hampir setiap hari dia menerima mesej daripada teman sekampung yang meminta bantuan akibat hilang pekerjaan.


"Kita tahu bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Disebabkan PKP, ramai yang hilang pekerjaan. Sekarang, hampir 70 hingga 80 peratus kawan-kawan saya di kampung menganggur.

"Jadi, ramai yang menghubungi meminta dipinjamkan wang. Kawan-kawan kampung saya kenal dari kecil, takkan tak dibantu. Apatah lagi, ada antara mereka mempunyai ramai anak. Tapi saya beri ikut kemampuan," katanya kepada BH Online.



Sementara itu hatinya tak tenang bila  ada pihak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Memang tidak patut. Kita tidak mahu gelombang kedua berlaku sehingga terpaksa mematuhi PKP sekali lagi. Kalau jadi balik, ekonomi kita akan lebih terjejas," tambahnya.

Menurutnya lagi, sepanjang PKP, dia tiada pendapatan kecuali sebagai pengacara Meletop.

Foto: IG
"Ada lebih 20 acara dibatalkan dengan kerugian ratusan ribu ringgit. Alhamdulillah selepas PKP, saya dapat rentak semula." 

Nabil bersyukur banyak jenama tampil menjalin kerjasama dengannya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 24-7-2020 04:32 PM
ok noted..
Quote dua_chzy 24-7-2020 04:43 PM
Ko anggap sedekah je Bang Bil. Memang susah nak dapat duit tu semula.
Quote Perawankota 24-7-2020 04:43 PM
Tapi still berduit kan
Quote pichee 24-7-2020 04:48 PM
Xyah story la kwn mntk duit...dan awk bg pnjm tu... Tiru la kwn pelawak ( x igt nama yg dh meninggal rupanya byk bersedekah)...
Quote c===8 24-7-2020 04:49 PM
tolong kawan sekampung pun nak heboh ke?
Quote kucingitam 24-7-2020 04:56 PM
cobaan nak minta hutang melalui social media ke?
Quote kiah_mai_pulak 24-7-2020 05:03 PM
ooooo... dh tu kami kat sini nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?
Quote silver_acid 24-7-2020 05:06 PM
pichee replied at 24-7-2020 04:48 PM
Xyah story la kwn mntk duit...dan awk bg pnjm tu... Tiru la kwn pelawak ( x igt nama yg dh meninggal ...

Ingat senang ke nak bagi pinjam duit hasil titik peluh kat orang. bukan dia sebut nama pon. dahla mungkin tak dapat balik pon duit tu.
Quote imransulaiman 24-7-2020 05:10 PM
pichee: Xyah story la kwn mntk duit...dan awk bg pnjm tu... Tiru la kwn pelawak ( x igt nama yg dh meninggal rupanya byk bersedekah)...

Arwah Yus...
Quote minguk 24-7-2020 05:10 PM
tahniah masih berperikemanusiaan
Quote Kurex 24-7-2020 05:20 PM
Aku hampir lupa kewujudan dia sampailah ada benang ni..

Makin wangi ranum nabil ni
Quote Nenasketum 24-7-2020 05:36 PM
Bila bercakap takderk substance, gitteww... hehehe
Quote ariellin 24-7-2020 05:51 PM
Dah bg bantuan tu diam2 tak boleh ke.. cuba jaga aib kawan2 walau tak da sapa yg tau kawan yg mintak bantuan tu kalau kawan tu baca apa plak perasaan dorg
Quote sleepandream 24-7-2020 05:58 PM
iols rasa heols ni lagi kaya dari shuib, zizan, johan tu semua...
tinggal lagi heols tak menunjuk jah
Quote eizarz 24-7-2020 06:00 PM
buruk naw muka bini ko capang?????
Quote Madel 24-7-2020 06:05 PM
Cara halus nak minta kawan2 bayar hutang eh bang Bil
Quote gadget 24-7-2020 06:09 PM
kalau aku tolong kawan2, mampus aku takkan cerita kat org..lelebih lagi kat public,nanti makin ramai kawan2 mintak tolong..tp lagipun,aku mmg susah nak bagi org pinjam duit...selalu aku cakap takde duit aje...never...korang ada kudrat lagi kan, so usaha sendiri..hikhk
Quote seemylevel? 24-7-2020 06:38 PM
nabil ni propa je

kalo niat btul nk tolong x yah citer kat umum

ko sembang sama kampung ko je

nabil ni sntiasa propa n poyo kalo ngacah buat2 baik ni

Quote Nana_Man 24-7-2020 07:41 PM
Kalau mampu, tolong jer lah. Sikit2 pun tolong jgk. Tapi sebaiknya, buat baik taknk tunjuk2.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055727 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top