CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pemandu Nazrin Ada Lihat Tong Minyak Dalam Bekas Putih

25-7-2020 10:59 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 5074| Komen: 10|Original author: Oleh: kp5x

Description: Saksi ke-28, Muhammad Nabil Faqih, 28, yang juga bekas pemandu peribadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau ada melihat tong minyak petrol ...

Kredit foto : The Star

Saksi ke-28, Muhammad Nabil Faqih, 28, yang juga bekas pemandu peribadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau ada melihat tong minyak petrol jenis aluminium di dalam bekas putih di perkarangan rumah majikannya selepas beberapa hari beliau memulakan tugas sebagai pemandu Nazrin.

"Saya mula bekerja dengan Encik Nazrin pada 23 April 2018 sehingga 13 Jun 2018, saya ada melihat tong minyak itu di dalam bekas yang diletakkan di belakang pasu di perkarangan rumah selepas tiga ke empat hari saya mula bekerja. 

"Saya nampak tong (minyak) itu ketika mahu mengambil barang-barang untuk mencuci kereta yang diletakkan dalam bekas (yang sama).

"Saya mencuci kereta menggunakan baldi kecil, kain dan syampu kereta yang disimpan di dalam bekas tersebut. Sebelum ini, Encik Nazrin ada memaklumkan kepada saya kalau nak cuci kereta, barang-barang (cuci kereta) ada Edree (bekas pemandu Nazrin sebelum ini) simpan dalam bekas itu dan saya hanya buka bekas untuk ambil barang cuci kereta... tong (minyak) saya tidak pernah guna sebab tiada keperluan," katanya ketika disoal Pengarah Pendakwaan Selangor, Datuk Salim Soib @ Hamid di hadapan hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman. 



Kredit foto : Crime Watch

Memetik Bernama, beliau memaklumkan kali terakhir bertemu Nazrin adalah pada 13 Jun 2018, sebelum majikannya ditemui meninggal dunia di dalam kebakaran di kediaman mangsa.


Peguam Samirah, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. 
Kredit foto : Malaysiakini

Pada 12 Mac 2019, isteri Nazrin, Samirah Muzaffar, 45, serta dua remaja lelaki berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, membunuh mangsa di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. - CARI

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Blumei87

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SuriNate 25-7-2020 11:16 AM
Kaum ni kalau takda drama Tamil tak sah...{:laugh
Quote matbad 25-7-2020 11:53 AM
Mesti samirah ni tak besalah lps tu besyukur seadanya n bla bla bla hidup bebas berkicauan..selagi tak ada bukti atau penampakkan dia yg bakar api atau tuang minyak,mmg tak salah la..undang2 dlm kes mcm ni senang terlepas..doniaaa
Quote rookiecake 25-7-2020 12:43 PM
Memang betul... Kalau nak prove intent for murder susah sekali . Prosecution team must have an airtight case
Quote che_gaia 26-7-2020 09:37 AM
Semoga dapat pembelaan yang sewajarnya.
Quote MariaClara 27-7-2020 07:14 AM
kenapa yer dia ada perasaan nk bunuh hubby dia? pelikkk btol
Quote husna_amal 27-7-2020 11:43 AM
Harap2 dapat cepat bongkarkan kronologi pembunuhan ni. Alasan sebelum ni kononya kebakaran disebabkan letupan hp masa cas. Sekali kantoi sebab ada kesan petrol.
Quote tupaiterbang 27-7-2020 11:59 AM
rasanya bebudak tu mmg marah sgt sampai memanah..
kt dinding pun dah di conteng perkataan FXXK YOU
Quote kp5x 27-7-2020 12:06 PM
Perbicaraan bersambung 11 September depan
Quote maju_chetah 26-12-2020 02:00 AM
husna_amal: Harap2 dapat cepat bongkarkan kronologi pembunuhan ni. Alasan sebelum ni kononya kebakaran disebabkan letupan hp masa cas. Sekali kantoi sebab ada kes ...


Abang nazrin nama aziz hassan yang cakap hp meletop bukan isteri{:question
Quote maju_chetah 26-12-2020 02:01 AM
tupaiterbang: rasanya bebudak tu mmg marah sgt sampai memanah..kt dinding pun dah di conteng perkataan FXXK YOU


Buat cerita atau betul, tak pernah baca dinding kena conteng!!!!!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049759 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top