CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Propose Article Lihat artikel

Muzium Perang Pulau Pinang - Betulkah Berhantu atau Sekadar Mitos?

12-8-2020 03:08 AM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 1391| Komen: 0

Description: Baru-baru ini, penulis sempat melawat ke sebuah muzium paling berhantu di Asia menurut saluran National Geographic. Apalagi kalau bukan Muzium Perang yang terletak di Batu Maung, Pulau Pinang. Muzium ...
(BELUM HABIS EDIT) Muzium Perang Pulau Pinang - Betulkah Berhantu atau Sekadar Mitos?



Baru-baru ini, penulis sempat melawat ke sebuah muzium paling berhantu di Asia menurut laporan saluran National Geographic. Apalagi kalau bukan Muzium Perang yang terletak di Batu Maung, Pulau Pinang. Muzium perang yang pada asalnya dibina pada tahun 1930an ini merupakan bekas kubu pertahanan askar British sebelum perang dunia kedua sebelum diambil alih oleh tentera Jepun.

Muzium yang berkeluasan hampir 20 ekar ini ternyata menyimpan keseramannya yang tersendiri. Penulis berpeluang merasai sendiri keunikan muzium ini
pada tanggal 25 haribulan Julai yang lalu. Dibuka setiap hari seawal jam 9 pagi hingga 6 petang, muzium yang terletak hampir 20 minit dari bandar George Town ini pasti meninggalkan memori yang tersendiri buat pelawat yang berani berkunjung ke muzium ini.



Terdapat pelbagai artifak dan kesan sejarah yang dikekalkan pihak pentadbiran muzium dan pastinya usaha mereka seharusnya dipuji, apatah lagi artifak-artifak yang ditinggalkan merupakan artifak pra-merdeka yang sangat berharga dan tiada tolok tandingannya. Di antaranya terdapat meriam dan juga tinggalan kesan bom yang betul-betul berlaku pada suatu masa dahulu! Bukan itu sahaja, replika bom dan juga barangan yang pernah digunakan zaman dahulu kala turut dipamerkan untuk mewujudkan kesedaran kepada anak muda supaya dapat bersama merasai kesusahan yang pernah dilalui mereka yang hidup pada zaman pra merdeka.

Replika barangan dan patung yang diletakkan di sekitar muzium.


Selain berpeluang mempelajari sejarah dan menghayati semangat yang ditinggalkan mereka di sini, penulis juga dapat merasai kesyahduan serta keanehan muzium yang dikatakan berhantu ini. Penempatan beberapa patung yang sengaja diletakkan pihak pentadbiran muzium sememangnya membangkitkan perasaan seram dan misteri di kalangan pengunjung yang menjejakkan kaki ke muzium ini. Penulis sendiri merasai beberapa peristiwa seram sepanjang melangsungkan rakaman video di sana.

Jadi apa lagi? Jom kita serbu Muzium Perang Pulau Pinang! 

Alamat: 
No Lot 1350, Mukim 12, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.034659 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top