CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Semua Bertudung Itu Baik" - Zila Bakarin

1-8-2020 08:35 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15718| Komen: 75|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Kerana saya bertudung, mereka terpaksa batalkan tawaran."


"Kerana saya bertudung, mereka terpaksa batalkan tawaran."

Aktres Zila Bakarin, 45, mengakui pernah beberapa kali ditolak syarikat produksi selepas tampil dengan imej bertudung sejak Februari lalu.

Zila berkata, kebanyakan tawaran lakonan itu ditawarkan sebelum dia bertudung dan selepas berbincang, dia melepaskan tawaran itu dengan hati terbuka.

"Ada beberapa tawaran yang saya terima awal tahun ini ketika belum bertudung. Jadi, bila saya bertudung ada beberapa tawaran dibatalkan kerana mereka mahukan Zila Bakarin yang dahulu." 


Foto : IG


Menurut Harian Metro, Zila berlapang dada walaupun tawaran lakonan buatnya dibatalkan kerana imej terbarunya ini.

"Peringkat awal bertudung, bimbang juga akan beri kesan pada karier lakonan. Tapi, saya buka mata dan reda walaupun beberapa bulan tak ada tawaran memandangkan kita pun berdepan dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika itu."


Foto : Ig

Bercerita mengenai watak yang akan diterimanya selepas ini, Zila berkata, dia masih lagi terbuka sekiranya ditawarkan watak jahat.

"Walaupun bertudung, kita kena terima hakikat bahawa tak semua orang yang bertudung itu baik."


Foto :IG

Ramai pula artis yang menyuarakan tidak mendapat tawaran berlakon dengan pelbagai sebab. Jadi, adakah memang salah produksi atau kita yang kekurangan karya hebat? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote limau_lemon 1-8-2020 08:53 AM
Salah satunya cerita yg sedang di tayang kan tu ke?
Quote belilies 1-8-2020 09:00 AM
Takpe zila. Lelama nanti adelah tu. Watak datin bertudung ada je tu. Janji talent zila vass vasss vassss je. Iols ada soft spot kat zila ni. Tapi baru iols perasan. Mendosah mcm iras zila.
Quote dudaberhias 1-8-2020 09:08 AM
janji kak zila punya lakonan tetap meletop letop jahatnya hingga nak baling TV belakang rumah dan kambus...

tapi tu la. lakonan kayu yang boleh di buat perabot lagi menambat hati penonton, orang kata asalkan berupa. kak zila pun lawa dulu2 tapi dah cocok sana sini jadi nampak overdose sikit.
Quote mijot 1-8-2020 09:10 AM
liza abdullah tu bertudung..bawa watak mak mertua jahat dlm drama, ok jer...
klu dah rezeki zila, takkan lari ke mana..
Quote umbut 1-8-2020 09:17 AM
Zila ni ada pendirian... x nak watak selekeh2.. nak yg vas vas walau antagonis... tapi baguslah... sentiasa nampak wangi..
Quote Suchi 1-8-2020 09:32 AM
Selama ni asal watak naif baik2 mesti pelakon tu kena pakai tudung mengarut tul.

Tudung tu cuma pakaian.
Quote kiah_mai_pulak 1-8-2020 09:41 AM
tolong buat cter awek tudung kaki kikis jantan gemok n snaggup bermadu dgn bini hot seksi n moden. please
Quote Skuau 1-8-2020 09:41 AM
watak,karektor vs berlakon@ mengajuk.......ada perbezaan....sebenarnya.
Quote nmi 1-8-2020 10:00 AM
Manis betul sheols bertudung, kontra dgn image sheols dulu..
Quote Mawar91 1-8-2020 10:05 AM
limau_lemon replied at 1-8-2020 08:53 AM
Salah satunya cerita yg sedang di tayang kan tu ke?

Yup..yg ganti Ngan Jasmin Hamid tu
Quote Normabaru 1-8-2020 10:19 AM
So ni sesi nk bkak aib sendiri ke ape
Quote Meiizu 1-8-2020 10:26 AM
Anak2 pun gebu cam dia..comeii
Quote kuzaime 1-8-2020 10:34 AM
Cantik aje dah bertudung. Masa free hair dulu2, suka tgk rambut dia, jenis tebal.
Quote fadz84 1-8-2020 10:39 AM
kiah_mai_pulak replied at 1-8-2020 09:41 AM
tolong buat cter awek tudung kaki kikis jantan gemok n snaggup bermadu dgn bini hot seksi n moden. p ...

Antagonisnya watak heroin cmtu.. hehehe.. adaptasi kisah hidup AI ye.. haha.. kang kena banned ngn netizen drama tu Klu watak heroin jht sondol laki org..
Quote timah03 1-8-2020 10:39 AM
Betul la tu.... Tengok lah perempuan bertudung bila main tiktok..... Tertonggek2....terdada2....
Quote adeqo 1-8-2020 11:01 AM
betul tu.. bertudung tp x tutup aurat.
Quote YomiuriLandMae 1-8-2020 11:02 AM
owh sbb ni ke dia x berlakon dlm 7HM2..
Quote kiah_mai_pulak 1-8-2020 11:22 AM
fadz84 replied at 1-8-2020 10:39 AM
Antagonisnya watak heroin cmtu.. hehehe.. adaptasi kisah hidup AI ye.. haha.. kang kena banned ngn ...

rasanya kalau dpt slot kul 7 kat tv3 boleh trending worldwide cter ni.. penonton tertunggu kesudahan watak perempuan bertudung kaki kikis tu. hahahhaa
Quote jerukkedondong 1-8-2020 11:41 AM
Zila ni pakai baju kurung pun aura seksi dia tetap menyerlah...arwah pak yus dulu selalu sangat membahan zila dlm slot lawak dia....
Sabun dibilik mandiiii..
Hahaha...

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055857 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top