CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lamaran Romantik Bertukar Tragedi Kebakaran Gara-gara 100 Lilin

10-8-2020 10:37 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3498| Komen: 18|Original author: Oleh: cari-azza

Description: Kerana terlalu teruja mahu membuat kejutan lamaran terhadap teman wanitanya, sebuah rumah terbakar berpunca dari lilin yang dinyalakan sebagai dekorasi momen tersebut.



Kerana terlalu teruja mahu membuat kejutan lamaran terhadap teman wanitanya, sebuah rumah terbakar berpunca dari lilin yang dinyalakan sebagai dekorasi momen tersebut.


Kejadian yang berlaku di flat Sheffield, England bermula apabila lelaki itu, Albert Ndrew, 26, menghias apartmentnya dengan belon, sebotol minuman alkohol dan 100 batang lilin sebelum membuat lamaran kepada Valerie.


Ianya didedahkan oleh Bomba South Yorkshire di Twitter agar dijadikan pengajaran supaya orang ramai lebih berhati-hati menggunakan lilin selepas ini.


Kredit foto : Twitter

"Selepas melakukan dekorasi itu, dia keluar untuk menjemput kekasihnya bagi meraikan kejutan besar itu. Namun, ketika mereka kembali, flat mereka terbakar dipercayai berpunca dari lilin."


Kredit foto :tyla.com

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan teman wanita lelaki itu bersetuju mengahwininya. Malah, bomba turut menegaskan supaya lebih berhati-hati dengan tidak meletakkan barang yang mudah terbakar berdekatan api seperti langsir dan jangan menyalakan api tanpa pengawasan.


Kredit foto : Mirror.co

Dalam keseronokan merancang pun, berhati-hatilah agar tragedi seperti ini tidak berlaku kepada anda. Mujurlah teman wanitanya menerima lamaran tersebut. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 10-8-2020 11:05 AM
astaghhhaaa... tinggal rumah mcm tu je dgn lilin menyala 100
Quote Kurex 10-8-2020 11:20 AM
26 tapi nampak 40an
Quote meow_tompok 10-8-2020 11:21 AM
nasib baik masih ada mood lagi nak melamar
Quote prettyuglybabe 10-8-2020 11:43 AM
kalau melayu mesti dah panjang berjela thread ni..
tapi sebab kokesen, oh syuweeeettttt...
lagi pun mana mungkin kokesen bertamadun bodoh gini kan..
ni mesti jarum-jarum halus
Quote mizruncing 10-8-2020 11:47 AM
kahkah dh terbakar pn mood melamar still on
Quote mizzmimi 10-8-2020 11:55 AM
Bodonya.. Tak pasal2 nak kena baiki rumah pula. Kene tangguh kenduri pulak dah..
Quote epal21 10-8-2020 12:20 PM
Kalau iols,memang break aje lah dgn laki macam ni sebab kurang bijak & takde common sense.
Quote Decaffeinated 10-8-2020 12:29 PM
Nampak tua tapi umur dan otak level BBNU ja ni...

mungkin dia fikir unggun api pun boleh buat dalam rumah setakat lilin apalah sangat.

Quote Artemesiaa 10-8-2020 12:39 PM
Tinggalkan rumah dengan 100 lilin tengah menyala mana tak mengundang padah
Quote gummiebear 10-8-2020 12:40 PM
Lahh.. berani betul pasang lilin pastu tinggal camtu. Nasib baik she said yes
Quote dodolpandai 10-8-2020 01:08 PM
kenapa perlu lamar2 kahwin?

kenapa x ikut budaya barat

seks luar nikah je kan mudah?????

Quote doubleA 10-8-2020 01:51 PM
Dua2 dapat surprise. Sorang lamaran, sorang rumah terbakar
Quote husna_amal 10-8-2020 03:16 PM
Apa bende nak melamar bagai kalau kehidupan dah macam laki bini sebelum kahwin.
Quote arm_band 10-8-2020 04:04 PM
aahhhhh cinta itu buta..... bodo tinggal rumah dengan lilin menyala pun masih terima lamaran
Quote belilies 10-8-2020 11:20 PM
Kau boleh nyala lilin tinggalkan umah.... Adohlahai. Silap2 dah ada anak esok lusa terlupa letak dalam baldi
Quote Xim 11-8-2020 12:13 AM
epal21 replied at 10-8-2020 12:20 PM
Kalau iols,memang break aje lah dgn laki macam ni sebab kurang bijak & takde common sense.

Itula....lom kawen dah mcm ni....moga dijauhkan n bljr la drpd kesilapan lalu....
Quote sarah82 11-8-2020 12:45 AM
Menyusahkan org lain saja.. Patut beli ja la cincin ni dan bagi hadiah..

Quote BedahBedul 12-8-2020 08:06 AM
Kalu iols dh reject; namanya bad omen blom kawen dh diberi petunjuk buruk

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.111247 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top