CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Pesakit Hipertensi Alami Kesan Lebih Buruk Akibat Covid-19

17-8-2020 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7298| Komen: 40|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Hipertensi membabitkan kira-kira satu dalam setiap tiga orang dewasa Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas
Hipertensi membabitkan kira-kira satu dalam setiap tiga orang dewasa Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas

Persatuan Hipertensi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan 35.3 peratus daripadanya menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi (140/90 atau lebih tinggi). 




Bagaimanapun, bagi setiap dua pesakit yang didiagnosis, ada tiga lagi pesakit yang kekal tidak didiagnosis dan tidak dirawat kerana penyakit ini berkembang tanpa sebarang simptom meningkatkan risiko diserang penyakit jantung dan strok.

Dalam tinjauan OMRON Healthcare baru-baru ini, hipertensi menjadi semakin lazim dalam kalangan orang muda. Jadi, penting bagi rakyat Malaysia untuk memahami kepentingan pemantauan tekanan darah berkala supaya boleh menerapkan perubahan gaya hidup dan mendapatkan rawatan pada peringkat awal.

Perkara ini menjadi sangat penting sekarang kerana pesakit hipertensi didapati mengalami kesan lebih buruk akibat COVID-19 berbanding individu yang sihat.


“Disebabkan kadar pesakit hipertensi kian meningkat dalam kalangan orang dewasa yang lebih muda, maka setiap orang dewasa perlu memantau tekanan darah mereka secara berkala, dari umur 18 tahun ke atas," kata Dr Mohd Arifin Mohd Ali, Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH). 


Mohd Arifin Mohd Ali

Dalam usaha membantu mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi, OMRON bekerjasama dengan MSH menghasilkan senarai semak-diri untuk menggalakkan responden memeriksa tekanan darah dan berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat mengenai cara mencegah atau merawat hipertensi yang tidak didiagnosis. 

“Di OMRON, kami mempunyai visi yang dipanggil GEN 0 (Gen Sifar) merujuk kepada generasi yang tidak ditentukan oleh usia, satu generasi yang bebas daripada serangan jantung dan/atau strok. 



"Sebagai peneraju dalam alat pemantauan di rumah, ini adalah harapan kami untuk masa hadapan dan kami sangat berterima kasih kepada semua pakar kesihatan yang membuka laluan menuju ke sasaran ini,” kata Alexis En, Pengarah Pemasaran Serantau, OMRON Healthcare Asia Pasifik. - CARI
4

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 17-8-2020 08:00 PM
Hari tu iols tak.cukup tido
Pastu sakit kepala
Pegi klinik..darah tinggi naik
Terus doc kalut mintak.jadual.soh tulis tiap.tiap.hari tekanan darah iols berapa
Mujur normal..hahahah...
Quote Perawankota 17-8-2020 08:18 PM
Aku siap beli mesin tekanan darah ni letak kt umah. Dah tua2 ni risau..
Quote adila39 17-8-2020 09:04 PM
hmm... takutnyaaaaa
Quote Supersirap 17-8-2020 09:22 PM
Yang penting jaga cara pemakanan kita, mungkin dahulu kita boleh makan apa sahaja tetapi apabila umur sudah semakin meningkat, pastikan kita ambil tahu apa makanan yang boleh dimakan banyak dan apa makanan yang perlu diambil sedikit
Quote zamzam 17-8-2020 10:02 PM
Aku minum pati delima untuk stabilkan bp.
Quote sarah82 17-8-2020 10:18 PM
Aku baru plan nak beli omran wireless BP mesin.. Hahaahaha..
Quote Scheherazade 17-8-2020 10:22 PM
Selain pemakanan, hipertensi ni pun boleh jd hereditary jugak.
Quote Dwdrum 17-8-2020 10:24 PM
Edited by Dwdrum at 17-8-2020 06:26 AM
shernazz replied at 17-8-2020 04:00 AM
Hari tu iols tak.cukup tido
Pastu sakit kepala
Pegi klinik..darah tinggi naik


Uol pakai glass?
Ini bukan case hypertensy tapi i rasa aeperti ada symptom check bp ok... Rupa nya power mata iturun
Quote shernazz 17-8-2020 11:33 PM
Dwdrum replied at 17-8-2020 10:24 PM
Uol pakai glass?
Ini bukan case hypertensy tapi i rasa aeperti ada symptom check bp ok... Rupa  ...

Yezza..i pakai glass...
Ye tak.ye kan..
Nnt i kena check lah power nya..
Maybe power turun..maklum lah dah meningkat umur..
Cam.mak.iols dah kena pakai multifocal...
Quote LostStar 17-8-2020 11:58 PM
Mmg ada benda ni.. mak dan husband darah tinggi.. Tekanan darah daku slalu rendah.. kadang rasa pusing.. bila check rendahnya.. zapzusss tros jaga makan balik..
Quote glump 18-8-2020 12:18 AM
Bp tinggi walau ngan ubat.. doktor sibuk suruh buat test sana sini to no result yet. Pi hemopathy, sbb Gerd..br start treatment so tengoklah cam ner
Quote Dwdrum 18-8-2020 12:21 AM
shernazz replied at 17-8-2020 07:33 AM
Yezza..i pakai glass...
Ye tak.ye kan..
Nnt i kena check lah power nya..

Autocorrect memang lahanat.. Pakai glasses..
I memang tidak cukup tidur since pkp wfh ikut waktu office.. night shift terus.. Hehehe
Perlu check power glasses.. Lepas tukar hilang tiada headache...
Quote 234126 18-8-2020 07:16 AM
ayah ada history stroke, mak pulak darah tinggi. kalau sendiri tak jaga makan memang bakal la dapat penyakit sama lagi 10-15 tahun.

Doctor ada ckp, BP tinggi ni dgn cholesterol tinggi walaupun kurus dan makan tak banyak mana,  maknanya ada underlying cause. Thyroid ke, ada ketumbuhan ke. Try check juga yang itu.
Quote yusryimran 18-8-2020 07:41 AM
ai dah lama ada hypertension ni.   Cuma kena jaga2 lah kurang2 kan masin2 tu. proses food pun kena reduce. Maintan makan garlic  sehari 2x and  selalulah minumlah jus apple hijau yg dicampur sekali batang saderi tu nak sedap lagi tambah sikit perahan lemon
Quote shernazz 18-8-2020 07:44 AM
Dwdrum replied at 18-8-2020 12:21 AM
Autocorrect memang lahanat.. Pakai glasses..
I memang tidak cukup tidur since pkp wfh ikut waktu  ...

Off la.autocorrect tu
Iols.dolu guna autocorrect tu habis semua keluar cara jadi carrot la, gatal jadi ghana la..

Kedai optical ada je kat taman ni..nnt iols gi..
Kurang power takpe..jangan jadi rabun dekat plak..mampuih nak  uat multifocal...huwaa
Quote rosasen 18-8-2020 08:00 AM
Perawankota replied at 17-8-2020 08:18 PM
Aku siap beli mesin tekanan darah ni letak kt umah. Dah tua2 ni risau..

sama...lately kerap pening.. doc klinik swasta siap bg ubat darah tinggi tp bila makan lg pening
Quote ninja9 18-8-2020 08:32 AM
sarah82 replied at 17-8-2020 10:18 PM
Aku baru plan nak beli omran wireless BP mesin.. Hahaahaha..

eh sarah.. mana link mask ari tu. Cari tak jumpa da.. sori oftopic
Quote sarah82 18-8-2020 08:36 AM
ninja9 replied at 18-8-2020 08:32 AM
eh sarah.. mana link mask ari tu. Cari tak jumpa da.. sori oftopic

Nak mask mcm mana.. Lai2..hahahaha.
Quote TravellingBear 18-8-2020 08:38 AM
ni macam iklan jek

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.061993 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top