CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Tak Sampai Sebulan Daler Yusof Hilang Ayah Dan Nenek Tercinta, Takziah

7-9-2020 11:12 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11126| Komen: 41|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Al-Fatihah to my father. I guess this is the hardest year I have to endure."




"Al-Fatihah to my father. I guess this is the hardest year I have to endure."

Belum pun habis dirundung kesedihan dek kehilangan nenek tersayang akibat Covid-19, kini aktor Daler Yusuf sekali lagi terpaksa menerima kepiluan berganda apabila ayahnya turut menghembuskan nafas terakhir juga kerana Covid-19.  

Difahamkan, kedua-duanya disemadikan di Uzbekistan.


Foto : IG

Dalam ucapannya, Daler menyatakan yang banyak hajat dan cita-cita ayahnya yang tidak kesampaian, namun ketentuan Allah SWT yang menyayangi makhluknya lebih besar dari perancangan lain.

Daler juga meminta semua yang membaca agar mendoakan diri dan keluarganya diberikan kekuatan.


Foto : IG

Sebulan lalu, neneknya juga meninggal kerana Covid-19. Menyifatkan neneknya sebagai ibunya sendiri kerana sedari kecil, Daler dibesarkan oleh neneknya disebabkan ibunya meninggal dunia ketika usianya masih muda.


"Moga Allah tempatkan Ochajon di syurgaNya. Moga Allah redha dengan setiap kebaikan Ochajon besarkan Daler. Moga kita berjumpa lagi dalam syurga. Salam sayang untuk kekasih hati Daler."


Foto : IG

Rakan-rakan artis seperti Anuar Zain, Daiyan Trisha, Zoey Rahman dan Ramona Zam Zam turut mengucapkan takziah di atas kehilangan kedua-duanya dalam masa terdekat ini.


Foto : IG

Sesungguhnya, kehilangan ahli keluarga dalam masa yang dekat-dekat begini memang menyakitkan. Namun, setiap dugaan pasti didatangkan beserta hikmah.

Penulis mengucapkan takziah dan moga Daler Yusuf tabah mengharungi pemergian orang tersayang. Buat yang lain, jaga diri. Kita masih belum menang. - CARI
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-9-2020 11:14 AM
Takziah...

Kurex ada sebagai penghibur..

Btw, bila baca tajuk, ingatkan daler yg hilang...
Quote Nana_Man 7-9-2020 11:30 AM
Kesian Daler...
Quote Nana_Man 7-9-2020 11:32 AM
Kurex replied at 7-9-2020 11:14 AM
Takziah...

Kurex ada sebagai penghibur..

Kurex boleh baca Yassin sama2 ngan Daler. Jgn nk suruh dia angkat kat kabinet dapur lak.
Quote lasagna 7-9-2020 11:35 AM
dah la dia kat Msia family kat Uzbek.. jauhnya lahai nak balik pun tak lepas.
alfatihah buat Daler. sedih plak dgr 2 skali ahli keluarga meninggal.
Quote husna_amal 7-9-2020 11:35 AM
Semoga tabah menghadapi kehilangan yang tersayang.
Quote RatuDunia94 7-9-2020 11:37 AM
Musim2 pkp ni heols kerja apa? Dh lama x nampak berlakon..
Quote sharlenetexas 7-9-2020 11:39 AM
Daler ni pure uzbek ke ada mix dgn melayu?
Quote matchstick 7-9-2020 11:41 AM
Kurex: Takziah...Kurex ada sebagai penghibur..Btw, bila baca tajuk, ingatkan daler yg hilang...

Bung nuar lagi pantas drpd kurex
Quote bakingsoda 7-9-2020 11:53 AM
Kurex replied at 7-9-2020 11:14 AM
Takziah...

Kurex ada sebagai penghibur..

beli la honey cake yg dia jual, tak silap kalau beli 2 biji kek daler sendiri yg buat penghantaran
Quote Kurex 7-9-2020 12:04 PM
bakingsoda replied at 7-9-2020 11:53 AM
beli la honey cake yg dia jual, tak silap kalau beli 2 biji kek daler sendiri yg buat penghantaran ...

Silap2 daler yg masak dekat rumah i sambil tak sabar guna kabinet dapur
Quote Kurex 7-9-2020 12:16 PM
matchstick replied at 7-9-2020 11:41 AM
Bung nuar lagi pantas drpd kurex

Bung nuar dah rasa daler ke??
Quote Kurex 7-9-2020 12:17 PM
Nana_Man replied at 7-9-2020 11:32 AM
Kurex boleh baca Yassin sama2 ngan Daler. Jgn nk suruh dia angkat kat kabinet dapur lak.

Tak gamak nak suruh dia buat bukan2 melainkan dia buat dengan kerelaan diri sendiri
Quote Nana_Man 7-9-2020 01:05 PM
sharlenetexas replied at 7-9-2020 11:39 AM
Daler ni pure uzbek ke ada mix dgn melayu?

Arwah mak dia asal Kelantan.
Quote inspektoremos21 7-9-2020 01:11 PM
Sedih nya Dah la berjauhan
Quote cik_kuntum36 7-9-2020 01:17 PM
Salam Takziah...
Quote elzy 7-9-2020 01:48 PM
Salam takziah Daler
Quote MarryPottet 7-9-2020 03:00 PM
Salam takziah buat daler n family dan moga roh keduanya dicucuri rahmat
Kat IG takleh edit reply ke? Si zoey kucing tu al-fatimah ditaipnya
Quote mieymiey 7-9-2020 03:37 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah buat Daler sekeluarga.


Al Fatimah bak kata si fonen meow tak bayar hutang
Quote NekNgah 7-9-2020 03:38 PM
RatuDunia94 replied at 7-9-2020 11:37 AM
Musim2 pkp ni heols kerja apa? Dh lama x nampak berlakon..

Buat kek madu Uzbek resepi nenek.  Nampak kat IG ramai order.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.090889 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top