CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Bayi Putus, Bergolek Ke Lantai Ketika Dilahirkan

20-10-2020 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7078| Komen: 31

Description: Polis menyiasat kejadian kepala bayi terputus ketika dilahirkan di Santa Casa de Misericordia di Belem, Brazil pada pagi Jumaat lalu.
Polis menyiasat kejadian kepala bayi terputus ketika dilahirkan di Santa Casa de Misericordia di Belem, Brazil pada pagi Jumaat lalu.

Memetik The Sun, wanita berusia 26 tahun melahirkan bayi berkenaan secara normal walaupuan sebelum itu dia disarankan melakukan pembedahan caesarean.



Gamber hiasan

Keluarga mangsa memaklumkan kepada media tempatan bahawa dia disarankan menjalani pembedahan itu kerana bayi dalam kandungannya mengalami masalah kesihatan.

Bagaimanapun, mereka mendakwa hospital terbabit membiarkan wanita itu melahirkan anaknya secara normal.

Sementara itu, suaminya berusia 25 tahun mendakwa isterinya yang hamil lapan bulan dipindahkan ke hospital berkenaan dari hospital di Ourem dengan surat doktor mengatakan bayi itu hanya boleh dilahirkan dengan menjalani pembedahan.

Malah, rakan yang menemani wanita itu ke hospital memberitahu polis dan keluarga mangsa bahawa doktor di hospital berkenaan enggan mendengar kata-katanya yang wanita itu tidak boleh melahirkan secara normal.


Ketika proses melahirkan, kepala bayi itu bergolek ke tangan jururawat sebelum terjatuh ke lantai.

"Mereka kemudian melakukan pembedahan untuk mengeluarkan tubuh bayi terbabit," kata suami mangsa.

Tambahnya, wanita itu masih dalam keadaan terkejut selepas mengetahui kematian bayinya walaupun tidak tahu puncanya. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 20-10-2020 06:45 PM
Mau x trauma ibu bayi ni. Mcmana lah boleh terputus gitu kepala bayi tu?
Quote Shayang 20-10-2020 06:57 PM
Baby besar sangat ke? Pastu nak paksa juga kuar?
Tarik kepala ke? Aduh siannya baby dan ibubapa dia
Quote enchantedlurve 20-10-2020 07:29 PM
ngerinya.. actually bile bab2 bersalin, better la serahkan pada yg pakar.. kalau doc dh saran cezer tu.. serah diri je lah..asalkan semuanya selamat..

kkdg ade je bp tinggi, selagi boleh nk monitor bp turun etc, kesian kat baby stress...
Quote faraway1 20-10-2020 07:39 PM
Pernah berlaku kat Malaysia, anak my friend, terkejut bila baca newspaper, satu sebab kahwin muda gila, satu sebab anak putus kepala, so cita ni cam 20 tahun lebih camtu.
Quote ikanmasin 20-10-2020 07:44 PM
kesian si ibu padahal ada surat dari dr jg kan bgt mmg tak bole bersalin normal sbb ada masalah kesihatan sbb tu si ibu dipindahkan..dah lah menanggung sakit atas bawah koyak dgn szer lg.sedih kehilangan anak lg..mau trauma teruk siibu...sedih akk baca.
Quote sukacactus 20-10-2020 07:44 PM
Ngerinya lah hai!
Kenapa plak doc xnak ceaser je
Selalu doc yg push sgt suruh buat
Quote ninnamina 20-10-2020 07:45 PM
Dengar pun dah Ngeri. Kesian ibu trauma
Quote misc 20-10-2020 07:56 PM
Ngerinya. Trauma seumur hidup mama baby ni. Kesian.
Quote Tinot7 20-10-2020 08:03 PM
Takziah kpd keluarga...
Semoga si ibu dapat mencari ketenangan...
Tapi kalau dojtor nak nasihat bedah, nape nak lahir normal? Awat boleh sampai tercabut kepala? Baby kecik sgt ke? Kalau baby besar, takkan kepala boleh cabut?
Quote mbhcsf 20-10-2020 08:14 PM
oh my god!!!!!! ha  apa jadi ni ? tu dia sampai macam ni? makna kata ibu budak ni tak faham laa tu ...

Caesar laaaa kalau tak boleh cara biasa - ni ape ni - kalau pakar perbidanan uruh caesar , ikut jeeee...

jgn memandai - songsang jgn cuba dok pi memana alih situ sini ok? terbelit tapli pusat merana u seumur hidup..

anak siaz besar caesar lah takut takut komplikasi bahu tu tak dapat muat laluan faraj etc

Quote dudaberhias 20-10-2020 08:19 PM
Shayang replied at 20-10-2020 06:57 PM
Baby besar sangat ke? Pastu nak paksa juga kuar?
Tarik kepala ke? Aduh siannya baby dan ibubapa dia

ha'ah selalunya gitu la kaka... kecuaian staff situ la... ye la dah nak beranak khenn haruss ler tak sempat nak scan saiz baby, lubang pepet semua etc...
Quote my_irina 20-10-2020 09:21 PM
Takziah.....RIP baby
Quote matchstick 20-10-2020 09:46 PM
mbhcsf replied at 20-10-2020 08:14 PM
oh my god!!!!!! ha  apa jadi ni ? tu dia sampai macam ni? makna kata ibu budak ni tak faham laa tu . ...

Bukan ibu budak yg tak faham..pihak hospital yg 1 lagi tu..1st hospital dh recommend suruh bedah..bila dipindah ke hospital lain, pihak hospital tu suruh normal pulak
Quote kuzaime 20-10-2020 10:14 PM
Doc malas sgt ke nak czer?? Nak jugak push utk bersalin normal padahal si ibu dah pun disaran utk czer. Laluan tu aku syak x dapat bukak habis, tp dorang pi seluk jugak konon nak tarik kepala baby
Quote naina 20-10-2020 10:18 PM
Kdg2 pekerjaan yang menjadi kebiasaan tu sudah tidak mendatangkan rasa hati2. Maka dia rasa sudah pakar jadi ditarik2 aje kepala baby tu
Quote mongoose_kidz 20-10-2020 10:21 PM
sebenarnya mmg boleh putus ke kepala?? mmg terpisah ke dr bdn...
aku xleh nak bayang...sbb bnda kan bersmbung...ntahla
Quote Budakmomok 20-10-2020 10:37 PM
Takziah. Doktor pun x caya recommendation letter doktor lain
Quote zuriey 20-10-2020 10:45 PM
Omaigod sampI tergolek kepala budak tu
Ko belajar dari doula zacki ke ni tak bagi ibu tu cser..doula extreme malaysia ni mmg gak kasi ibu bersalin cser..
Quote Lylyna 20-10-2020 10:46 PM
Kalau aku dh trauma dh

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.399195 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top