CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Gaji Menteri Berpuluh Ribu Tapi Makcik Kantin Takda Gaji, Nak Meniaga Sekolah Tutup"

13-1-2021 09:43 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5225| Komen: 42|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri disambut dengan perasaan berbelah bahagi.


Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri disambut dengan perasaan berbelah bahagi. 

Bagi yang tidak terjejas sumber ekonomi, pastinya tiada masalah untuk bekerja dari rumah. Namun, bagi yang hanya bergantung harap pada mencari rezeki di jalanan, peritnya akan terasa.

Sementelah dengan pengumuman darurat, ianya tidak begitu memberi erti kepada golongan marhein. Sebaliknya pula terhadap ahli politik yang gaji mereka tetap berjalan walaupun dalam tempoh darurat. Sedangkan rakyat makin lama makin susah. Di mana keadilan?


Foto : Twitter


Bukan sengaja mahu mempersoalkan gaji kayangan mereka jika tanggungjawab dijalankan sesempurna mungkin. Namun, dengan keadaan rakyat jelata yang makin susah, wajarkah golongan ini terus mendapat tanpa menyumbang apa-apa? Sedangkan menteri kabinet negara lain pun boleh membuat pemotongan gaji.


Foto : Twitter

Sedangkan jika mahu dicari permasalahan rakyat, tentu ada sahaja yang memerlukan pertolongan. Tetapi, di mana mereka Yang Berhormat?



Foto : Bernama

Jadi, netizen mempersoalkan keperluan mereka mendapat gaji tinggi tersebut sedangkan dalam masa sama, kebajikan penduduk di parlimen terabai.

Ada juga cadangan daripada netizen untuk mengecilkan kabinet, boleh ke?

"Kecilkan kabinet segera, gugurkan jawatan yang tak penting. Tak perlu timbalan menteri, gabungkan kementerian. Kurangkan gaji wakil rakyat kepada level marhaen."


Foto : Berita Harian

Walau apa pun, kita ibarat mentimun, digolek luka, menggolek pun luka.

Moga yang baik-baik sahaja untuk rakyat Malaysia. Kita Jaga Kita. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 13-1-2021 09:47 AM
hurm, moga yang baik2 aje utk semua. stop salahkan sesiapa. kita masing2 kena berusaha tuk kelangsungan hidup
Quote depresio 13-1-2021 09:48 AM
Nak buat camne.. life cycle kita ni gitulahh
Yg betul susah tu jgn segan minta bantuan
InshaAllah ada jln
Quote Tinot7 13-1-2021 09:51 AM
betui ka gaji pm 100k? ritu kata gaji dsn 24k?
Quote krustykrab 13-1-2021 09:55 AM
Setuju sgt....yg tak de function tu gugurkn je ..nnt ekonomi dah ok vaksin kobid pun dah ada haaa open balik la...
Quote lonely_surina 13-1-2021 10:12 AM
bagi lulus jer laa pengeluaran kwsp tus tanpa syarat..
tiap2 bulan still juga majikan n pekerja mencarum..
Quote LadyCarefree 13-1-2021 10:19 AM
Tu baru gaji. Kiralah segala elaun bagai. Kawan mak saya kerja gomen dia punya elaun2 bulanan lagi banyak dari gaji asas. Hehe siap ada kereta ada drebar lagi.
Quote merrissa 13-1-2021 10:51 AM
untung makcik kantin 10K kot sebulan...

mestilah makcik kantin marah...

politician sembang lebih x keje...tp gaji masih jalan
Quote Jemahjemah 13-1-2021 10:55 AM
Tu la realiti sbnr. Yg rakyat mcm kita ni gini la. Org yg dh sedia ada kaya tu. Em pejam mata je. Duit masih tebal.
Quote Megikari 13-1-2021 11:01 AM
Aku setuju kecikkan kabinet, buang jawatan2 yg tak perlu tu
Quote zidane_ziege 13-1-2021 11:06 AM
Hantar resume kat menteri la makcik..mana tau dpt jawatan besar mcm anak zahid
Quote selyusi 13-1-2021 11:12 AM
Gomen tak nampak rakyat marhein takut nak keluar pkp ni jadi banyak sme terjejas walaupun boleh operate macam biasa, yang berani keluar tu puak2 untouchable, bisnes2 b2c ni banyak dah mati
Quote ctaz 13-1-2021 11:18 AM
yb2 yg duk dlm parlimen yg asyik bertekak pasal diri sendiri....
patut kena potong gaji je...
bukan nyer masuk parlimen bertekak pasal hal rakyat pon...
Quote MissYouSayang 13-1-2021 11:18 AM
Untung la Menteri mkn gaji bute je la time darurat berbulan2 ni sbb parlimen kena gantung...
Quote harisbee 13-1-2021 11:18 AM
habis tu mcm mana? kalu gaji menteri rm100. Mak cik2 kantin ni akan jadi kaya raya ke guane? kiranya gaji menteri transfer ke mak cik2 kantin?
Quote creep_bite 13-1-2021 11:19 AM
Jangan ada pulak yg umum naik gaji dan bonus untuk  Menteri dan Exco2 kerajaan negeri dlm pkp ni dah ler...
Quote harisbee 13-1-2021 11:19 AM
Edited by harisbee at 13-1-2021 11:21 AM

apa kata korang yg bergaji ni gi derma gaji korang kat mak cik kantin..tidak pun PRU15 soh mak cik kantin bertanding...jom sokong acik kantin
Quote xy_daen 13-1-2021 11:42 AM
Yang paling kimak adalah KKM ada 2 Timbalan Menteri tapi Menteri2 Kabinet dijangkiti Covid19...
Quote putericahaya999 13-1-2021 11:43 AM
Sampai hati depa
Di mana akal dan hati masa buat keputusan
X faham la
Quote rukia2 13-1-2021 12:30 PM
sapa2 yg ada idea cemana nk turunkan kes/kawal jangkitan selain drpd buat pkp cuba la dm wak yidin/td hisham....mnetau dyorg baca...
rasanya kkm pun da x tau cemana lg nk buat sementara tunggu vaccine..
da cuba bg kelonggaran kpd masyarakat beberapa bulan dgn pkpp tp semakin teruk lg ada...hari2 kes beribu..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.067151 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top