CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sosialit Hong Kong Peluk Bayi 5 Bulan Terjun Dari Penthouse

13-1-2021 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13496| Komen: 85

Description: Kematian taikun perniagaan, Luo Lili menggemparkan dunia sosialit Hong Kong.
Kematian taikun perniagaan, Luo Lili menggemparkan dunia sosialit Hong Kong. 

Lili dilaporkan media tempatan seperti dipetik The Sun, membunuh diri dengan terjun dari penthouse kediamannya.


Lebih mengejutkan, wanita itu mengakhiri riwayatnya pada usia 34 tahun bersama bayi perempuannya berusia lima bulan.



Difahamkan, usahawan berjaya yang mendirikan syarikat TriBeluga pada 2014 itu ditemui memeluk anaknya dalam keadaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tindakan nekadnya itu mengejutkan orang ramai memandangkan beliau dilihat bahagia di hadapan khalayak selain sering memuat naik foto bersama bayi berkenaan, Aier.

Menurut laporan, Aier kali pertama diperkenalkan ibunya di Instagram pada 2 September 2020.



Manakala, kali terakhir gambar mereka dikongsikan adalah pada 7 November tahun lalu iaitu sempena usia 100 hari anaknya itu.


Kredit foto: IG Lili

Menurut laporan, Lili yang melabel dirinya ibu tunggal membunuh diri akibat depresi selepas melahirkan. Pun begitu, pihak berkuasa masih belum mengesahkan dakwaan berkenaan.

Anak tunggal taikun dan pemilik Jinlin Real Estate itu sebelum ini terkenal kerana pernah bersemuka dengan Hillary Clinton dan berteman dengan Rita Ora serta pemenang Olimpik Guo Jingjing. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 13-1-2021 10:10 AM
stress kot beranak sesorg. muda2 dah jadi ibu tunggal.
Quote LadyCarefree 13-1-2021 10:12 AM
Kesiannya. That's why apa orang post kt medsos xsemestinya realiti.
Quote ^CUN_GILA~. 13-1-2021 10:12 AM
Gila meroyan.
Quote boojaat 13-1-2021 10:27 AM
Kesian baby tu
Quote R2D2 13-1-2021 10:35 AM
artis pun rajin upload sosial media
tunjuk bahagia
tak lama lps tu pakat pakai spek tebal ke mahkamah
ternyata byk yg kongsi bahagia palsu dlm sosial media
Quote supernaturalee 13-1-2021 10:37 AM
ada sorg tu upload xtvt renovate muka yg x siap2

latest dh kembung mcm pelakon lm tu

jgn ujung2 ko mcm ni udah




Quote genUmi 13-1-2021 10:37 AM
mesti ada sebab lain ni selain postpartum depression
Quote Tinot7 13-1-2021 10:39 AM
takziah kpd keluarga
Quote Heydidle 13-1-2021 10:45 AM
nanies replied at 13-1-2021 10:10 AM
stress kot beranak sesorg. muda2 dah jadi ibu tunggal.

mana laki sheols? Cerai hidup ka meninggal or tak pernah kawen?
Quote mamajawie 13-1-2021 10:47 AM
mmg da bercerai ngan somi ke?Allahuakbar kesiannya la kat dedua ni..I bet anak dia pun meninggal skali ngan omak dia ni..takziah buat keluarga..sapa ckap duit berkoyan bahagia?kena seimbang duit n emosi gak
Quote nazzse 13-1-2021 10:53 AM
supernaturalee: ada sorg tu upload xtvt renovate muka yg x siap2latest dh kembung mcm pelakon lm tujgn ujung2 ko mcm ni udah

Retis mana?
Quote Megikari 13-1-2021 10:54 AM
Cantik + kaya tapi tak bahagia. So sad..
Quote nazzse 13-1-2021 10:54 AM
mamajawie replied at 13-1-2021 02:47 AM
mmg da bercerai ngan somi ke?Allahuakbar kesiannya la kat dedua ni..I bet anak dia pun meninggal ska ...

Socialite who 'jumped to her death in Hong Kong holding her baby daughter' had a boyfriend 'who was not ready to marry her after she fell pregnant', her friend reveals
Quote papadomku 13-1-2021 11:01 AM
Kesiannya dia n her baby. Sayang, muda lagi, kaya pulak tu. Tapi tulah. Kaya tapi tak semestinya bahagia
Quote sharlenetexas 13-1-2021 11:11 AM
Berkenan tgk tunic top putih tu.
Quote ctaz 13-1-2021 11:15 AM
bangang...
nak mampos...mampos la sorang-2...
yg pegi heret baby tak berdosa tu dah kenapa....

moga mereput dlm neraka
Quote Zazama 13-1-2021 11:22 AM
Masa dia dh terjun separuh bangunan  tu, mesti dia rasa nyesal tp dah terlambat la dak amoi..
Quote dudaberhias 13-1-2021 11:30 AM
siannya... bukan calang2 orang pulak tu...
betul la meroyan lepas lahirkan anak...
jaga sorang2... kemungkinan anak bising lagi la mencetuskan perasaan sedih dan kemurungan dia tu...

orang macamni perlukan pertolongan...
Quote xtahumenahu 13-1-2021 11:34 AM
sedihnyaaa...kesian baby

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.102646 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top