CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Darurat Taktik Panjangkan Hayat PN?

13-1-2021 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3794| Komen: 22

Description: Kurang lebih tujuh bulan rakyat Malaysia akan hidup dalam suasana darurat yang bukan dibawah bidang kuasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau tentera seperti mana yang diumumkan secara rasmi oleh Per ...
Kurang lebih tujuh bulan rakyat Malaysia akan hidup dalam suasana darurat yang bukan dibawah bidang kuasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau tentera seperti mana yang diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dalam perutusan khas beliau yang disiarkan secara langsung semalam, Muhyiddin berkata, pengumuman darurat selama 201 hari itu, bermula 11 Januari 2020, telah mendapat perkenan persetujuan Yang di-Pertuan Agong dan baginda berpuas hati dengan langkah yang diambil mengikut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan.


Kredit foto: IG Muhyiddin

Bercakap tentang darurat, ada yang menyambutnya dengan sinis kerana kata-kata gurauan yang bertebaran berbunyi, “Apabila darurat ini, dapatlah diceritakan kepada anak cucu.”

Memang bunyinya agak lucu tetapi sememangnya pengumuman darurat pada 12 Januari, tetapi tempoh daruratnya bermula pada 11 Januari, bukanlah darurat yang pernah berlaku di Malaysia pada 13 Mei 1969.


Beza dan amat beza sekali. Bahkan darurat 11 Januari 2021 yang diumumkan semalam oleh Muhyiddin dipandang juga sebagai taktik untuk Pakatan Nasional (PN) bertahan sebagai kerajaan selepas mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan 22 bulan – Pakatan Harapan (PH).

Gebang kedai kopi di saat-saat sebelum bermulanya PKP yang diberi gelaran sebagai PKP 2.0 yang bermula hari ini, 13 Januari 2021 tentang darurat 11 Januari ini adalah kerana Muhyiddin perlu melakukan sesuatu untuk mempertahankan kerajaan pintu belakang.

Pintu belakang atau pintu depan, kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sedikit sebanyak dapat diterima rakyat tetapi dalam kalangan ahli-ahli politik dan parti-parti politik di negara ini, tidak habis-habis meletakkan kuasa di hadapan mereka.

Walaupun ada dalam kalangan ahli politik yang cuba untuk memberikan keutamaan kepada keadaan negara dan ekonomi yang terjejas disebabkan oleh pendamik Covid-19 ini namun keterampilan mereka ini agak dikaburi dengan kebimbangan hilang kuasa memerintah.

Tidak perlu disebut secara terang parti politik manakah atau ahli politik manakah yang mungkin takut kehilangan kuasa, yang takut tidak dilantik, yang takut mungkin juga dengan bayang-bayang sendiri dan bayang-bayang silam, namun pengumuman darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin dilihat sebagai serampang penyelamat kuasa dan menyekat penularan gelombang ketiga Covid-19.

Dalam ucapannya semalam, Muhyiddin turut menegaskan tentang pembubaran Parlimen dan isu yang menjadi modal ahli-ahli politik atau politikus iaitu pilihan raya.



Kata Muhyiddin, yang penting adalah mengawal pendemik Covid-19 dalam negara. Sehubungan itu, Parlimen tidak akan bersidang sepanjang tempoh darurat.

Apabila Parlimen tidak bersidang, maka ujar Muhyiddin, pilihan raya, PRU (Pilihan Raya Umum) dan PRK (Pilihan Raya Kecil) juga tidak akan diadakan.

Mengapa? Kerana sebagai pemimpin kerajaan, saya pentingkan nyawa rakyat. Saya perlu jaga nyawa rakyat, tegas beliau.

Inilah iktibar yang boleh diambil daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan tahun lepas sekitar September.

Ketika itu, ramai yang skeptikel untuk diadakan PRN Sabah kerana wabak Covid-19 yang melanda Malaysia tetapi apabila SPR mengumumkan PRN diadakan, bertandinglah calon-calon dan parti-parti untuk menentukan siapakah yang berhak memerintah negeri itu.

Habis PRN Sabah, ‘habislah’ usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 kerana kes-kes yang dicatat, meningkat.

Swab test dan kuarantin dilakukan tetapi yang positif Covid-19, tetap positif. Yang kontak rapat memang tidak boleh nak lari ke mana.

Kebimbangan gelombang ketiga Covid-19 seolah-olah tidak berlaku kepada rakyat Malaysia. Rentetan dari situlah ada yang menyelar diadakan PRN Sabah.

Nasi sudah menjadi bubur, macam-macam kluster timbul sehinggakan hari ini, jika ditanya kluster terkini, jawapannya entah dan tidak terhitung bilangan kluster yang wujud.

Semalam, Muhyiddin juga berkata, bukan beliau mahu menghalang atau menasihati baginda Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen, mengadakan pilihanraya tetapi pendemik Covid-19 masih menular.



Sama ada retorik Muhyiddin atau mendengar keluhan rakyat marhaen, semua ahli politik diajak ketepikan politik masing-masing.

Semua ahli politik di Malaysia diajak bersatu, bersolidariti, berkerjasama dalam menangani  Covid-19 yang angka kesnya mencatat peningkatan sehinggal lebih 3,000 kes baharu semalam.

Ajakan Muhyiddin itu, adakah ajak-ajak ayam? Apakah akan diterima oleh ahli-ahli politik berlainan parti dengan hati yang ikhlas atau bermain wayang dan sandiwara? 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 13-1-2021 09:48 AM
elok juga darurdat politik ni. kalo tak sebok la menteri2 tu sebok nk lompat pagar jadi lalang. pastu sebok nk pilihan raya. pastu kes mendadak, rakyat jugekkk yg di persalahkan
Quote depresio 13-1-2021 09:51 AM
Sudah2la
Klu betul pon mmg kebetulan sgt rezeki dia
Klu x darurat lagi mudharat
Baik isytihar je
Sbb ada puak yg tak faham bhasa n cuba nak menangguk di air banjir yg keruh itu
So bagusla darurat
Pakat pi tolong parlimen masing2 yg tenggelam tu ya.. putrajaya biar la wak yidin n team jaga dulu
Quote tripleid 13-1-2021 10:11 AM
Acah2 suci pulak..padahal dialah punca covid membiak dgn jayanyax kira masa PeeEsh or Pee eNd
Quote sub5zero 13-1-2021 10:36 AM
MP x pergi parlimen still dpt elaun ke? or kira mcm paid leaves, DUN pun bersidang jg ke?
Quote rotijohan 13-1-2021 10:56 AM
yelaaaaaaaaa........
Quote Jemahjemah 13-1-2021 10:57 AM
Lntak la weh. Percaya la darurat ni utk kebaikkan kita. Bg la baik siapa pun. Nature politik ni sm je. Yg gila kuasa je. Biar la pkp n keadaan negara stabil dulu. Covid ni berlanjutan. Aku xtau la camne nasib rakyat marhaen ni. Yg kaya tu xpela. Ni yg rakyat biasa kais pagi makan pagi. Kesian giler.
Quote creep_bite 13-1-2021 10:59 AM
Semoga semua kes mahkamah berjalan lancar.
Quote mawar_mustika 13-1-2021 11:30 AM
y not lepas ni yb2 yg suke lompat tu kite jgn undi dh...menyampah tgk
Quote Itzy 13-1-2021 11:56 AM
Aku tak faham la dengan geng2 politik ni terutama yang ph ni. Hari tu kau orang bising kata pn bn sibuk nak buat pilihan raya sampai bising2 di twityer kata tak fikir keselamatan rakyat la sebab ahmad maslan nak juga buat pru. Last2 bila sultan agong dah umum darurat politik untuk elak pilihan raya dalam masa terdekat sebab banyak sangat kes covid19 mencanak naik tak nak turun2, kau oeang geng ph juga yang bising kata pn bn nak lanjutkan panjangkan hayat kerajaan la. Apa kau orang nak sebenarnya? Bangangkah kau semua? Covid19 dah serang otak korang ke? Lewat atau awal tetap akan pilihan raya, kau orang takut sangat kenapa kalau lambat pru? Takkan lari pun pru....maaalahnya darurat untuk elak pru salam masa terdekat sangat penting sebab para doktor dan jururawat dah keletihan nak merawat rakyat2 dan menteri2 bangang yang tak faham erti wabak covid, masih tak kisah keluar makan dikedai, jumpa kawan2, berhuhu haha dalam kelab malam, bercuti jalan2 etc.
Quote darkness 13-1-2021 12:34 PM
Xkirala sapa yg dapat manfaat, yg sy tau politikus yg nak sangat G15 mmg mengeluporrr terima kasih Tuanku
Quote tripleid 13-1-2021 12:51 PM
......................
Quote ~boolean 13-1-2021 12:56 PM
bukan setakat tak ada pilihanraya,

parlimen tak payah bersidang,
gaji/elaun politaik berjalan macam biasa walaupun tak bersidang,
wak yidin terus buat kenyataan akhbar tanpa kehadiran wartawan untuk tanya soalan,
menteri2 caprut pegang jawatan tapi tak buat kerja,
bagi perintah SOP last minit...

caprut!!

Asal covid meningkat ni dari siapa?

macam ni pun masih ada orang sokong...sialan...



Quote highcastle 13-1-2021 12:58 PM
Bagi aku elok darurat.. Ni kalau rampas kuasa, nanti AP lain tak puas hati buat protes lompat parti lagi, tukar lagi gomen, pastu AP lompat lagi parti lain, tukar lagi gomen SAJM......... Sori lah aku mmg tak percaya ngan ahli poliTAIK ni dan aku bukan nak sokong sangat Muyidin sbb muka2 yang kemaruk nak kuasa  tu pun muka2 nak lepaskan tengkok.......... Tunggulah reda covid-19, pastu korang nak bergasak lantaklah..........
Quote silencekiller 13-1-2021 01:02 PM
masih ramai sokong AbahCow ni... semua ni berpunca dari dia... laa ni nak acah2 suci murni pastu pakat puak2 bodoh p sorak kununnn prihatin lagi perjana ka apa kaa...

1. kes meningkat nai selepas PRN Sabah ; siapa dalang kemaruk kuasa? Bunga Raya juga trigger... takkan partai2 lain nak angguk bagi bunga raya sapu semua...

2. buat keje belakang kalu dok sibuk offer duit untuk beli ahlul2 umno & lobai2 peringkat bawahan supaya sokong ahlul2 depa untuk tubuh caw smp 8k di seluruh negara...  

3. nak sembang pasal mahkamah.. mana keadilan.. awat puak2 macam Mat Stopa lompat masok bunga raya teruih hilang dakwaan?? bukan dia saja ada beberapa ekoq lagi... semburit pun wpun dah terang lagi bersuluh... mana pendakwaan kununn mahkamah adil..

Depa yang trigger semua masalah politaik.. ujung2 orang lain kena hantam... partai jenis pintu belakang ni wajib ditolak .. depa ni lagi bahaya dari munafik.. depan baca doa & acah2 suci .. belakang kalu lain cerita...
Quote Tinot7 13-1-2021 01:04 PM
ok je darurat. mmg perlu sbb nak senyapkan politicians. kalau bkn darurat pun, bknnya kome voley kluar umah sesuka ati, kan? kata pkp...
Quote She-Ra 13-1-2021 02:54 PM
aku tak menyebelahi sesiapa.. undi adalah rahsia kan
cuma aku sokong je darurat utk sebarang aktiviti politik ni
contoh dh pernah jd kannn.. PRN Sabah tuuuuuu, masihkah korang ingat??
Quote Supersirap 13-1-2021 03:49 PM
Nak mengundi pun dah x boleh percaya, sebab sekarang ni sudah ada budaya lompat parti, so apa yang boleh buat kita sebagai rakyat?
Quote monreyes 13-1-2021 04:19 PM
so obvious
Quote najib888 13-1-2021 10:20 PM
Satu2 peristiwa, walaupun terjadinya peristiwa itu disebabkan oleh sesuatu yang nyata dan jelas, dihuraikan panjang lebar, tetap akan ada yang cuba mentafsir/mencari sisi lain yg akan memuaskan hawa nafsunya. Nama pun manusia.

Umpama laki bini bercerai. Asbab penceraian itu kerana keduanya dah tak ada kesefahaman. TAPI, akan ada ( jiran2, ahli keluarga lain, kawan2, dll) yang akan cuba mentafsir, mencari sudut pandang yang lain, bahkan menambah rencah sesedap rasa hatinya, tentang kenapa depa bercerai. Yg menariknya, ramai lagi suka dengar cerita sensasi berbanding cerita yg sebetulnya . Ada istilah ni dalam kajian sains sosial, tapi aku dah lupa..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.375165 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top