CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjuang Untuk Myanmar, Penggodam Antirampasan Kuasa Lancar Serangan

18-2-2021 09:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1387| Komen: 1

Description: Kumpulan penggodam antirampasan kuasa pada Khamis melancarkan serangan siber ke atas laman dikendalikan pemerintah junta tentera selepas pihak berkuasa sekali lagi mengenakan sekatan ke atas internet ...
Kumpulan penggodam antirampasan kuasa pada Khamis melancarkan serangan siber ke atas laman dikendalikan pemerintah junta tentera selepas pihak berkuasa sekali lagi mengenakan sekatan ke atas internet untuk tempoh empat hari berturut-turut.



Kredit foto: AFP

Penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Myanmar Hackers itu menyasarkan beberapa laman web milik Bank Pusat, pentadbiran makanan dan ubat-ubatan, halaman propaganda Angkatan Tentera Myanmar (Tatmadaw), stesen penyiar MRTV dan Pihak Berkuasa Pelabuhan.

“Kami memperjuangkan keadilan untuk Myanmar. Ia seperti protes besar-besaran terhadap laman kendalian pemerintah junta tentera,” ujar kumpulan itu menerusi Facebook.

Dalam perkembangan lain, waran tangkap dikeluarkan terhadap enam selebriti yang didakwa mendorong mogok hingga melumpuhkan sebahagian besar pejabat kerajaan sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa dilancarkan Tatmadaw pada awal bulan lalu.


Individu terbabit termasuk pengarah filem, pelakon dan penyanyi dikehendaki di bawah undang-undang antimenghasut kerana menggalakkan kakitangan awam menyertai demonstrasi tersebut yang jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun.

Sehingga Rabu, jumlah individu yang ditahan pemerintah junta tentera sejak awal bulan lalu telah mencecah hampir 500 orang. - 


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 18-2-2021 10:33 PM
Tu lah pukul rohingya lagi sampai rohingya masuk malaysia. Cuba ambil balik rohingya jaga elok2 confirm junta tentera lembut hati

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.149216 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top