CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambar Diguna Sugarbook, Pelajar Buat Laporan Polis

18-2-2021 08:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1760| Komen: 0

Description: Seorang pelajar membuat laporan polis selepas mendapati gambarnya dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.
Seorang pelajar membuat laporan polis selepas mendapati gambarnya dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pelajar kolej swasta berusia 18 tahun itu membuat laporan polis semalam.



Kredit foto: HMetro

Beliau berkata, mangsa menerima mesej WhatsApp daripada rakan yang ternampak status dimuat naik di Facebook (FB) memaparkan beberapa akaun dan gambar aplikasi berkenaan.

"Salah satu gambar iaitu wanita bertudung adalah gambarnya yang pernah dimuat naik di Instagram miliknya.

"Laporan polis dibuat untuk menafikan dia mempunyai akaun di aplikasi berkenaan dan bimbang gambar disalah gunakan," katanya.

Ahmad Shukri berkata, kes dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.151589 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top