CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Borang Suntikan Vaksin Yang Tersebar Tidak Benar

18-2-2021 09:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1670| Komen: 2

Description: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai.

Ia berikutan penularan borang persetujuan bagi program imunisasi di sebelum ini.






Ketua pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan media berkata, ia bukan dokumen persetujuan yang sudah dimuktamadkan untuk diguna pakai dalam pemberian suntikan vaksin COVID-19.

Jelasnya, suntikan vaksin berkenaan adalah untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 serta mengurangkan kesan seseorang mendapat penyakit itu.

Katanya, pemberian suntikan vaksin COVID-19 secara sukarela, jadi borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 adalah dokumen yang digunakan untuk diberi kepada penerima vaksin bagi mereka menyatakan persetujuan penerimaan vaksin dengan rela hati.


"Borang persetujuan juga digunakan di negara lain yang melaksanakan Program Imunisasi COVID-19.

"Penerimaan vaksin ini adalah secara 'opt-in' (ikut serta) iaitu penerima vaksin yang bersetuju untuk menerima vaksin perlu menandatangani borang ini," katanya.

Tambahnya, isi kandungan dalam borang itu bertujuan memastikan penerima memahami sepenuhnya apa yang dibaca atau diterangkan anggota kesihatan mengenai manfaat dan risiko vaksin.

"KKM ingin memaklumkan bahawa borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 yang muktamad akan diedarkan kepada bakal penerima vaksin dalam tempoh terdekat, bermula dengan penerima vaksin bagi fasa pertama.

"Sehubungan dengan itu, masyarakat diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai," katanya.

Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 18-2-2021 02:56 PM
Biasalah pemfitnah..ada dimana mana seh..kantoi pitnah buat buat xtau
Quote SayaSayangMama 19-2-2021 12:32 AM
Antivaksin ckp ni betul, tp
Katanya kkm amik jalan uturn.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055360 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top