CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saja Nak Main-main Je" - Penat Peniaga Pergi COD, Pelanggan Nak 'Melawak' Je

4-3-2021 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5807| Komen: 32

Description: Alangkah kecewanya seorang peniaga apabila 'dimain-mainkan' individu tidak bertanggungjawab. Rugi masa, tenaga dan menjejaskan perniagaan saja!
Alangkah kecewanya seorang peniaga apabila 'dimain-mainkan' individu tidak bertanggungjawab. Rugi masa, tenaga dan menjejaskan perniagaan saja!


Kredit foto: Gambar hiasan/kuasabelimuslim


Noor Bazilla menerusi kumpulan Komuniti Kuantan meluahkan rasa kesal apabila ditipu pelanggannya yang hanya mendiamkan diri setelah dia tiba di tempat dijanjikan ketika proses cash on delivery (COD) dibuat.

Menerusi tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp, wanita ini menerima pesanan daripada seorang lelaki.

Pada mulanya, lelaki ini membuat pesanan makanan yang dikehendakinya seperti biasa. Bukan itu sahaja, dia juga cuba ‘mengorat’ wanita ini, namun tidak dilayan wanita terbabit.



Apa yang menjadi persoalan apabila lelaki ini menjelaskan dia menetap di Damansara, namun lokasi dihantar adalah Semambu. Perkara tersebut menimbulkan syak wasangka peniaga itu pada mulanya. 

Lebih mengecewakan apabila peniaga ini sudah sampai di tempat yang dijanjikan, namun pelanggan itu mendiamkan diri dan memberikan alasan dia hanya mahu berjenaka dan sempat mengucapkan terima kasih atas masa yang diluangkan. 

40 minit tunggu pelanggan 'misteri'!



Selain meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi dia memberikan nasihat kepada peniaga lain supaya lebih berwaspada supaya kejadian seumpama ini tidak berulang.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 4-3-2021 02:12 PM
pantang betul aku dgn lelaki bodoh cmni... melawak tak kena tempat !
Quote missinpiece 4-3-2021 02:21 PM
Iols memang serik nak entertain customer yg request cod2 ni. Lagi2 kalau kena keluar modal banyak. Selalu sangat kena krik2 dek customer macam la kita ni 24jam keje menunggu dia datang je
Quote nowhite 4-3-2021 02:21 PM
Jahatnya perangai macam ni
Quote tompie 4-3-2021 02:27 PM
Apasal cover no mamat bodoh ni. Patutnye viralkan aje.


Quote dua_chzy 4-3-2021 02:29 PM
Kalau ini bukan propah seller, akak doakan jantan tu kena instant cash kaw2.
Quote namieamuro 4-3-2021 02:50 PM
keji gile main2 order makan tp niat melawak. moge kne balasan teruk la dr ni. bodoh nye jantan.
Quote tagas 4-3-2021 02:52 PM
gangbang prank
Quote Bholatchomel 4-3-2021 03:09 PM
harap si pembeli itu kena instant cash ..

kita permudahkan urusan org . Allah akan permudah urusan kita.

Org yg suka buat prank gini.. bodoh.
Quote tokchik 4-3-2021 03:17 PM
Buat polis repot

Biar dia bermain dengan polis pulak
Quote Kurex 4-3-2021 03:24 PM
Sepatutnya jantan celaka mcm ni yg jadi mangsa jejantas runtuh tu
Quote uori 4-3-2021 03:45 PM
Lain plak kampung aku ni, terkejut betul bila first time nak beli makanan, seller sombong bongkak bongok belaka. Macam nak sembah ratu time nak beli. Waktu kat KL seller peramah je, tanya sepatah berjela dorang jawab. Ni tak, tanya sepatah tak jawab2, ulang tanya kena maki. Bukan sorang, tapi lima enam orang. Nak kata aku kurang ajar, takde kot. Bagi salam,.perkenalkan diri, tanya makanan dan siap bagitau awal2 aku nak berapa dan bagi lokasi untuk senang dorang kira COD. Serius tak faham
Quote LadyCarefree 4-3-2021 04:13 PM
But report polis. Boleh trace siapa.
Quote LadyCarefree 4-3-2021 04:14 PM
Seller kalau takat makanan takyah layan cod la. Bayar online dulu. Bukannya barang mahal nak kena tengok dulu macam phone, laptop ke apa.
Quote saviour_09 4-3-2021 04:17 PM
mat ni memang scammer cod

dalam apps pun memang dah terang2 org label scammer

seller pun rajin sangat melayan tak bertapis dah
Quote Megikari 4-3-2021 04:41 PM
Tak payah susah2 report polis. Tunjuk je nombor tepon beruk tu, biar netizen jalankan tugas mereka. X sampai 24jam merangkak dia mintak ampun kat fb
Quote zehra2 4-3-2021 04:44 PM
tak boleh report  polis ke.. ni menipu org lain..
Quote siputpepel 4-3-2021 05:53 PM
satu hari nanti dia akan rasa kesusahan yang sama dia dah buat dekat seller tu.
Quote pxlbb 4-3-2021 06:14 PM
Dia org dizalimi makbul kak. Ko doa je ko jadi jutawan amin.
Quote salmon-suki 4-3-2021 08:15 PM
Viral kan je n bt report polis kalau betul benda ni terjadi..
Kdg2 org mcm ni kita kena kasi pengajaran,biar terduduk haa..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.294323 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top