CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari Tu Mengaku Tak Suka Solat- Eka Ekora Pukul Anak Pula

17-6-2021 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19547| Komen: 133

Description: Pasir Mas: Usahawan kosmetik bersama suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya pada Isnin lalu.
Pasir Mas: Usahawan kosmetik bersama suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya pada Isnin lalu.


Bagaimanapun, Nurul Atikah Hanafi atau lebih dikenali sebagai Eka Ekora dan suami, Mohd Hairie Razali masing-masing berusia 33 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Foto: IG


Mengikut pertuduhan, wanita itu dan suaminya didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya berusia 16 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Pauh di sini, pada 4.30 petang, 14 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.




Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hakimie Ab Hadi yang tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh.

Peguam tertuduh, Muhammad Hasif Hassan pula memohon supaya mereka diberi jaminan dengan kadar minimum kerana tertuduh wanita sedang mengandung lima bulan.




"Mereka memberi kerjasama dengan baik apabila menyerah diri kepada polis dan tinggal di Pasir Mas," katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diberi jamin sebanyak RM9,000 seorang masing-masing dengan seorang penjamin.




Mereka juga perlu melapor diri di Balai Polis Pasir Mas dua kali sebulan dan majistret menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media melaporkan usahawan kosmetik dan suaminya ditahan polis kelmarin kerana disyaki memukul anak perempuan berusia 16 tahun selepas berang dengan tindakan remaja itu memuat naik status di WhatsApp.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 16-6-2021 08:49 PM
tak habis sek kot founder ni ye dah nikah, tu umur 33 anak dah 16tahun, anak pun nikah cepat

Quote toynme 16-6-2021 08:52 PM
umo 33 ada anak umo 16...so dia kahwin umo 17 la kan?

dah tu nape dia nak marah anak dia kawen muda......

aku mati2 la ingat umo dia dalam 40 lebih....muka dah seram sgt tu
Quote tikusmontok 16-6-2021 09:24 PM
Kenapa sskjp perangai pelik2 dr org bertamadun?
Quote minnie_mouse 16-6-2021 09:30 PM
Ni yg dulu anaknya kawen siap suap nasik kt menantu kan?? Awat plak tiba2 naik antu??
Quote makiting 16-6-2021 09:32 PM
Apa yg anak dia tulis kat status tu sampai dia laki bini hangin kesian jugak budak tu dah kawin ada suami lg pun kena pukul dgn parents.
Quote depresio 16-6-2021 09:36 PM
Founder produknpunya cerita
Tak payahla layan
Semua ni kebulur viral je
Quote budaktua 16-6-2021 09:48 PM
jual ubat tk brp nk jln dh kot.... kena boikot...

itu yg cepat naik angin tu....
Quote akuchenta 16-6-2021 09:50 PM
[twitter]https://twitter.com/i/status/1380135610589978626[/twitter]

Bukan 1st time viral fonder ni
Ke ni nk free marketing ala ala hajah..
Bau2 bacang hajah jugak dia ni.. Ore Golden sand
Quote TomyamPuteh 16-6-2021 09:50 PM
Apa ni adik kakak weiii...
Quote sayawifenikmie 16-6-2021 09:51 PM

coppp ... nak tanya ... anak ni yg kahwin umo berapa belas tu ke ? yg sama2 meniaga online dengan suami dia tu?
Quote Innrukia 16-6-2021 09:56 PM
minah rempit kelas hujung pun jadi founder
Quote JunkMail 16-6-2021 10:00 PM
Amboi hip hop snagat rantai acik ni... Thug life
Quote rogayahtop 16-6-2021 10:11 PM
ponder ni lupa nak pakai kream merkuri satu tangan agaknya lmaoo lengan kaler asal lg sis.
Quote 3480 16-6-2021 10:16 PM
Huii.. br 33.. pic suap nantu tu syeremm.. cengkung weii
Quote sukacactus 16-6-2021 10:20 PM
akuchenta replied at 16-6-2021 09:50 PM
Bukan 1st time viral fonder ni
Ke ni nk free marketing ala ala hajah..
Bau2 bacang hajah jugak ...

Gi kenduri pun pakai lanyard ke hahaha
Quote caprut 16-6-2021 10:21 PM
3480 replied at 16-6-2021 10:16 PM
Huii.. br 33.. pic suap nantu tu syeremm.. cengkung weii

Aku lg seram klau dia pnh brsama dgn menantu. Jauhnye pemikiran
Quote allshares 16-6-2021 10:21 PM
Caca marbanya. Mak umo baru 33, dah dpt menantu. Anak baru umo 16, dah berlaki. Mmg ptt la kena cari duit sendiri ingatkan masih sekolah. Iols yg baca ni pun serabut kepala.
Quote makiting 16-6-2021 10:21 PM
Apasal beria2 mertua suap menantu tuuu sekali aje cukup laaa. Ni dah mcm bagi baby makan aje
Quote 3480 16-6-2021 10:25 PM
caprut replied at 16-6-2021 10:21 PM
Aku lg seram klau dia pnh brsama dgn menantu. Jauhnye pemikiran

Adudu.. terpk jgk td tp ishh ishh jgn lahh.. hishhh nehi nehi

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.059819 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top