CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Kesihatan Cedera Sampai Sumbing Gigi Dikejar Pesakit Covid-9 Dengan Cangkul

3-9-2021 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5546| Komen: 51

Description: Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Dungun cedera selepas terjatuh ketika dikejar seorang pesakit Covid-19 dengan sebatang cangkul di Kampung Baru Serdang di sini semalam.

Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Dungun cedera selepas terjatuh ketika dikejar seorang pesakit Covid-19 dengan sebatang cangkul di Kampung Baru Serdang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa yang merupakan Inspektor Kesihatan dikejar suspek berusia 40 tahun tersebut ketika berkunjung ke rumah lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian lelaki berusia 39 tahun telah diarahkan untuk melakukan penilaian kesihatan terhadap suspek.

Foto: Kosmo

Beliau berkata, lelaki yang positif Covid-19 itu dilaporkan telah melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada Isnin lalu.

“Sebaik sahaja mangsa memperkenalkan diri sebagai Inspektor Kesihatan, suspek yang bekerja sebagai buruh enggan memberi kerjasama.

“Dia tiba-tiba naik berang sebelum mengejar kakitangan kesihatan tersebut dengan sebatang cangkul. Mangsa yang ketakutan lari untuk menyelamatkan diri sebelum terjatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan, suspek yang sepatutnya menjalani kuarantin di PKRC Bersepadu Stadium Negeri Kuala Terengganu sehingga 6 September ini telah melarikan diri pada Isnin lalu.

Baharudin berkata, mangsa yang cedera pada bahagian bibir, dagu dan kedua-dua telapak tangan selain sumbing gigi bahagian atas akibat terjatuh kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Besi untuk menerima rawatan. -CARI

Sumber: Kosmo


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 3-9-2021 04:30 PM
Kesiannya inspektor kesihatan
Quote edayildiz 3-9-2021 04:35 PM
kesiannya..pakcik tlg la bg kerjasama..org tu pun xhingin la nk paksa2 org tp dia kerja kot..btw sumbing gigi tu mcmana..sumbing bibir tau la..patah separuh kot gigi..we called it serepih gigi in malay
Quote becir 3-9-2021 04:37 PM
Elok cangkul diri sendiri jela..dah tua pun bodoh.
Quote terma2nkondisi2 3-9-2021 04:49 PM
fuhh.. bahaya betol
Quote sharlenetexas 3-9-2021 04:54 PM
Lepas tu masuk jel pak pakcik oi.
Quote sapeka 3-9-2021 05:02 PM
Tak mau kuarantin di pusat kuarantin
Nak kuarantin di penjara

Quote Ciktiekus 3-9-2021 05:05 PM
Elok kuarantin kat penjara je..tambah lg 2 minggu..
Quote Firenzza 3-9-2021 05:12 PM
edayildiz replied at 3-9-2021 04:35 PM
kesiannya..pakcik tlg la bg kerjasama..org tu pun xhingin la nk paksa2 org tp dia kerja kot..btw sum ...

Tu la bk tnya sumbing gigi camne plk...kot sompek gigi ada la
Quote ChemicalRomance 3-9-2021 05:24 PM
Ape punya manusia la.. dahla covid, lari pulak, then IK datang nak periksa, kau kejar dengan cangkul sampai cedera orang tu. Mohon dakwa si pelaku ni
Quote Samerosie 3-9-2021 05:30 PM
Lama nya iols tidur tadi thread sebelah dah sampai covid-29 iols baring tutup mata sekejab tadi dah gostan ke covid-9 pulak.  Kena adjust la time machine iols ni battery weak kut.
Quote noor2 3-9-2021 05:33 PM
Takut cangkul + takut pesakit covid juga...gila betul kejar orang dah la bawak penyakit dan cangkul
Quote mrsamz 3-9-2021 05:43 PM
Untung la kat terengganu masih kuarantin kat pkrc..tapi dia pegi lari pulak dah..siap ada staf kkm dtg nak jenguk dia...yg kat selangor ni sampai mati bila kuarantin kat rumah..tak terkejar staf kkm sini nak folowup
Quote matamata 3-9-2021 05:46 PM
Mmg masuk jel la kalau sabit kesalahan, merusuh dgn senjata
Quote Normabaru 3-9-2021 06:03 PM
edayildiz: kesiannya..pakcik tlg la bg kerjasama..org tu pun xhingin la nk paksa2 org tp dia kerja kot..btw sumbing gigi tu mcmana..sumbing bibir tau la..patah s ...


Hahaaaa...sumbing gigi tu sama mcm pinggan gelas yg retak or pecah sikit tu laaa...sian ins kesihatan tu..mesti xcukup tanah masa lari takut punya psl
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 06:05 PM
jumpa malaikat maut nanti pun ko kejar dengan cangkul ke
Quote Thunderclouds 3-9-2021 06:07 PM
Mesti lari smpi xcukop tanah. Dh la pki ppe. Naya pak kirim
Quote AyaqMeloSuam 3-9-2021 06:11 PM
Biaq pulis mai angkut.. mnyusahkan petugas kesihatan ja
Quote xAthenax 3-9-2021 06:36 PM
Bodo...
kami di Paka kena PKPD
sebab orang macam ni lah
menyusahkan orang lain
orang nak keluar masuk kerja pun susah
Quote Fortiori02 3-9-2021 06:41 PM
Orang tu jalankan kerja dia je, nak serang2 buat apa. Eloklah polis siasat kes ni.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057137 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top