CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Dan Anak 6 Tahun Maut Tertimbus Stok Baju

12-9-2021 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4125| Komen: 17

Description: Tiga beranak maut tertimbus stok baju di sebuah gudang pakaian di Kawasan Ratu Zaleha, Gang KH Dewantara 2 RT 19, Kelurahan Karang Mekar, Kalimantan Selatan, lapor DetikNews.
Tiga beranak maut tertimbus stok baju di sebuah gudang pakaian di Kawasan Ratu Zaleha, Gang KH Dewantara 2 RT 19, Kelurahan Karang Mekar, Kalimantan Selatan, lapor DetikNews.

Kejadian malang itu mengorbankan sepasang suami isteri, Ahmad Saubari, 42, dan Siti Khadijah, 33, yang merupakan penjaga gudang bersama anak mereka berusia enam tahun.


Polis mengeluarkan mayat mangsa yang maut tertimbus dalam timbunan stok baju di gudang pakaian di Kalimantan Selatan. - BANJARMASINPOST.CO.ID/NOOR MASRIDA

Menurut Ketua Polis Banjarmasin, Komisioner Besar Rachmad Hendrawan, mangsa dikhuatiri sudah dua hari meninggal dunia sebelum ditemui anak pemilik gudang bernama Suri.


“Menerusi soal siat bersama jiran tetangga, tiga beranak itu sudah dua hari tidak pulang ke rumah lalu mereka menyatakan hal tersebut kepada pemilik gudang.

“Pemiliknya menghantar Suri untuk memeriksa keadaan di gudang sebelum mendapati timbunan baju yang terbalik dan tiada kelibat mangsa selepas beberapa kali dipanggil,” jelas Rachmad.

Ketiga-tiga mangsa ditemui selepas Suri memanggil ahli keluarga lain untuk mengalihkan timbunan kain dan mayat terperangkap di bawahnya sudah membusuk.

Jenazah tiga beranak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Uli Banjarmasin untuk proses bedah siasat punca kematian.


Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 12-9-2021 03:32 PM
innalillah, mati ketika mencari rezeki.
Quote hareeeesah 12-9-2021 03:51 PM
Innalillah… mati itu pasti. Semua Allah dah tentukan..
Quote edayildiz 12-9-2021 05:23 PM
Innalillah

Quote ciksaenara 12-9-2021 05:31 PM
innalillah
Quote Nana_Man 12-9-2021 05:48 PM
Sedih nya…..
Quote LadyCarefree 12-9-2021 07:05 PM
@Friska Salam takziah.
Quote edayildiz 12-9-2021 07:06 PM
LadyCarefree replied at 12-9-2021 07:05 PM
@Friska Salam takziah.

kakak friskies tu ke mangsa sis? takziah
Quote LadyCarefree 12-9-2021 07:07 PM
edayildiz replied at 12-9-2021 06:06 PM
kakak friskies tu ke mangsa sis? takziah

Entah. Katanya dia Indon. Kita ucap takziah je lah.
Quote edayildiz 12-9-2021 07:09 PM
LadyCarefree replied at 12-9-2021 07:07 PM
Entah. Katanya dia Indon. Kita ucap takziah je lah.

baik..takziah sekali lagi
Quote Whitepinkrider 12-9-2021 07:16 PM
Innalillah..
Quote TeropongThaico 12-9-2021 07:23 PM
Takziah.... Siannya deme.
Nasib baik jiran2 prihatin. Tapi dlm 2 hari tu takde sesape ke gi ke gudang tu Cuti ke?
Quote caramello 12-9-2021 07:28 PM
Innalillah .ksiannya..3-3 berani skali ajal..
Quote nakkomenjugak 12-9-2021 09:39 PM
Takziah diucapkan...
Quote haruslah 12-9-2021 09:52 PM
Mesti berat/tinggi stok baju tu
Sampai semua meninggal
Quote OyaTonggek 12-9-2021 10:43 PM
Kesiannya...takziah...
Quote Cieejiee 13-9-2021 12:30 AM
Takziah....
Quote KamikuP 13-9-2021 02:55 PM
Salam takziah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048141 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top