CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesian Pengantin Tengok Suami Terkam Bekas Kekasih Di Majlis Kahwin Sendiri

13-9-2021 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9691| Komen: 51

Description: Seorang pengantin lelaki di Indonesia bertindak di luar kawalan apabila secara tiba-tiba memeluk dan mencium bekas kekasih yang hadir ke majlis perkahwinannnya, lapor Suara.com.
Seorang pengantin lelaki di Indonesia bertindak di luar kawalan apabila secara tiba-tiba memeluk dan mencium bekas kekasih yang hadir ke majlis perkahwinannnya, lapor Suara.com.


Aksinya menjadi tular selepas rakaman majlis perkahwinan di Sulawesi Selatan itu dimuat naik di media sosial.


Kredit foto: IG Fakta Indo

“Katanya, si lelaki belum mampu melupakan mantan kekasihnya dan tidak mampu mengawal perasaan melihat wanita itu di majlis perkahwinannya,” tulis keterangan video.

Menerusi paparan video,lelaki yang lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau menerpa ke arah seorang wanita dipercayai bekas teman wanitanya yang sedang menyanyi karaoke.


Dia bertindak memeluk dan mencium wanita itu di hadapan semua tetamu yang terkejut melihat kejadian itu.

Perbuatan pengantin lelaki itu mengundang rasa meluat netizen yang berasa kasihan pada isteri lelaki tersebut.



“Saya memikirkan perasaan isterinya,” komen seorang pengguna media sosial.

“Sah terus bercerai selepas ini,” unggah seorang lagi.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 13-9-2021 04:07 PM
Ek eleeehhhh derama manuskrip kuno ini bikin satu cakerawala bisa muntoooohhhh ijoooooo
Quote xy_daen 13-9-2021 04:11 PM
Geli....
Quote MissyMolly 13-9-2021 04:15 PM
Vodo much.. kalau ak jd mil laki tuh ak sunat2 kan ajer
Quote darkness 13-9-2021 04:23 PM
Atukk mulau
Quote virgo19 13-9-2021 04:24 PM
Baca tajuk je dah agak mesti kat indon
Quote Artemesiaa 13-9-2021 04:30 PM
Dah rosakan majlis macam ni susah kalau boleh bertahan lama
Quote Fortiori02 13-9-2021 04:40 PM
Bininya tu baik pikir semula sanggup ke idup ngn laki gini, depan2 ko & tetamu dipeluk cium ex nya, langsung tak tau malu & x pikir maruah bini. Carik laki lain je la..
Quote edayildiz 13-9-2021 04:45 PM
kejadian gini mmg terjadi ke sbnrnya..pelik pulek la nk p terkam ex masa majlis..
Quote trexxxxxi 13-9-2021 04:47 PM
Euwwwwwww

News camni si friskie tak muncul pulak
Quote Cece1234 13-9-2021 04:48 PM
virgo19 replied at 13-9-2021 04:24 PM
Baca tajuk je dah agak mesti kat indon

Kannn..nape indon slalu jadi cmni..
Quote sekngucing 13-9-2021 04:50 PM
Aku rasa ini culture sana kot?

Bekas gf/bf dtg ke majlis.kawin

Pengantin akan peluk.cium utk.kali terakhir..sebab dah kawin dgn insan lain..kira mcm.perpisahan terakhirlah
Quote imanjannah 13-9-2021 04:55 PM
tak habis2
Quote tumpanglalu74 13-9-2021 05:00 PM
Kes ney..  Jumpe mana berite?

Quote KamikuP 13-9-2021 05:04 PM
Tengok tajuk dah tau konten dari seberang
Quote Mystery0410 13-9-2021 05:25 PM
kena kawin paksa ke tu
Quote Suchi 13-9-2021 05:31 PM
Berita baru ke nih? Sebab mcm kerap juga kejadian seumpama inih
Ex mai majlis kawen pastu kena cium la, pantin pitam la,eh mcm2 lagi.

Quote DayangKirana 13-9-2021 05:47 PM
ex gelpren pon saje...pegi karok plak kat situ..
entah lagu ape yang dia karok..ala2 pelamin anganku musnah agaknya...

mau nye tak meruntun hati ex boipren...
Quote R2D2 13-9-2021 06:22 PM
kerap kes upload dlm sosial media
jemput bekas kekasih
siap ada adegan lagi
Quote 3chanceno 13-9-2021 07:45 PM
Adehhhh jgn ada tuduh kena manderam suda
Cerita dari seberang kalau tak pelik bin ajaib, mungkin cerita hasanah

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049779 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top