CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Usaha Royal Canin Malaysia Demi Si Bulu Yang Dilupakan Ketika Pandemik

15-9-2021 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14108| Komen: 124|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Bukan kita sahaja terkesan dengan Covid-19, malah pandemik itu turut mengalihkan tumpuan dari haiwan liar yang amat memerlukan perhatian. Saban hari, ratusan anjing dan kucing terbiar memerlukan perli ...
Bukan kita sahaja terkesan dengan Covid-19, malah pandemik itu turut mengalihkan tumpuan dari haiwan liar yang amat memerlukan perhatian. Saban hari, ratusan anjing dan kucing terbiar memerlukan perlindungan dan penjaga untuk memelihara si bulu ini.


Justeru, jenama peneraju dalam kesihatan dan nutrisi bagi kucing dan anjing, Royal Canin Malaysia bekerjasama dengan PetFinder.my, sebuah portal digital khusus untuk mencari penjaga kepada kucing dan anjing jalanan, terbiar atau yang telah diselamatkan. 


Gambar hiasan: The New York Times

Sejak bermulanya kerjasama ini pada Jun 2020, Royal Canin dan PetFinder.my berjaya mendapatkan tempat tinggal kekal dan penjaga untuk lebih 900 haiwan di seluruh Malaysia. 

Kerjasama dipertingkatkan lagi melalui beberapa inisiatif bagi menambah baik keberkesanan dan mempromosi tahap penjagaan lebih berkualiti untuk haiwan peliharaan yang telah diadopsi di samping meneruskan usaha mencari keluarga baharu untuk kucing dan anjing daripada para penyelamat dan rumah perlindungan.


Pencinta haiwan yang melakukan adopsi menerusi PetFinder.my akan menerima sebuah pek pemula penjagaan haiwan peliharaan yang mengandungi satu beg makanan haiwan dan aksesori dengan peluang untuk menyertai keahlian Royal Canin Club.



Kelab ini memberi panduan menerusi sebuah aplikasi mudah alih proprietari yang menampilkan kandungan informatif dan menarik tentang amalan terbaik untuk penjagaan menyeluruh haiwan peliharaan.

Mereka yang membuat adopsi menerusi aplikasi itu akan menerima Baucar Pemeriksaan Kesihatan bagi menggalakkan pemilik membawa haiwan peliharaan mereka yang diadopsi untuk pemeriksaan kesihatan yang kerap dan berkala di klinik veterinar berdaftar. 

Ahli Royal Canin Club juga berpeluang mendapatkan makanan haiwan Royal Canin dan barangan premium untuk haiwan peliharaan mereka dengan menebus mata ganjaran.



Royal Canin juga memanfaatkan kedudukannya sebagai penyokong bagi kebajikan dan kesejahteraan haiwan peliharaan dengan menambah baik bahagian khusus “You Must Know” di PetFinder.my yang mengandungi maklumat penting bagi menyelamatkan haiwan jalanan. 

Bahagian ini dikemas kini setiap tiga bulan dan juga menampilkan “Jom Talk Pets!”, sebuah siri audio siar (podcast) yang dicipta oleh Royal Canin, untuk memberi panduan kepada mereka yang telah mengadopsi haiwan peliharaan. 



Walaupun terdapat peningkatan dalam kes pembuangan haiwan peliharaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dilaksanakan Mac tahun lepas, kerjasama yang dijalinkan dengan PetFinder.my menyaksikan peningkatan dalam adopsi kucing sejak bulan Januari 2021. 

Bagaimanapun, Francois-Regis Poncon, Pengurus Besar Royal Canin Filipina, Indonesia dan Malaysia menyatakan kekesalannya terhadap penurunan yang ketara bagi adopsi anjing. 

Pun begitu, orang ramai yang berminat mengadopsi dijemput untuk melayari https://PetFinder.my/RoyalCaninStarterPack bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

Bagi anda yang tidak dapat mengadopsi tetapi berminat untuk menyokong inisiatif ini, sila rujuk buku panduan untuk menyelamatkan haiwan jalanan di pautan https://www.petfinder.my/RoyalCaninEducation untuk mengetahui pelbagai cara bantuan lain yang berada di bawah kemampuan anda. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 15-9-2021 11:13 PM
Sedap tak RC?
Iols beli 10kg kibbles siam haram tak makan
Quote edayildiz 15-9-2021 11:38 PM
mcm nak join adopsi kucing..tp adik i xsuka kucing
Quote laradelara 15-9-2021 11:44 PM
KIM.K replied at 15-9-2021 11:13 PM
Sedap tak RC?
Iols beli 10kg kibbles siam haram tak makan

Sedap ke tak tu tak pasti.. Tapi mmg ramai vet yg suggest brand ni

Tp kucing ni selera mcm2.. Ada yg suka.. Ada yg idok.. Ada yg cpt jemu & asyik nk tukar brand. So kena experiment lah ngn diff brand gituu..
Quote KIM.K 15-9-2021 11:48 PM
laradelara replied at 15-9-2021 11:44 PM
Sedap ke tak tu tak pasti.. Tapi mmg ramai vet yg suggest brand ni

Tp kucing ni selera mcm2.. A ...

Sesal tak sudah beli niat nak jimat kos langsung tak direstui oyen.

Elok beli yang jenis bagus, dia puas makan. Atau beli pek kecil skt different flavors
Quote komotthecat 16-9-2021 12:03 AM
KIM.K replied at 15-9-2021 11:48 PM
Sesal tak sudah beli niat nak jimat kos langsung tak direstui oyen.

Elok beli yang jenis bagus ...

Cari brand lain la, rc ni manjang naik harga
Quote trexxxxxi 16-9-2021 12:06 AM
KIM.K replied at 16-9-2021 12:13 AM
Sedap tak RC?
Iols beli 10kg kibbles siam haram tak makan


RC overpriced kaka
Boleh try Equilibrio pack kecik dulu tengok serasi tak
Quote laradelara 16-9-2021 12:12 AM
komotthecat replied at 16-9-2021 12:03 AM
Cari brand lain la, rc ni manjang naik harga

Khensss.. Tu yg slalu dgr. Ntah kenapa lah jadi camtu.. Sbb recommended ke apo?
Quote komotthecat 16-9-2021 12:15 AM
laradelara replied at 16-9-2021 12:12 AM
Khensss.. Tu yg slalu dgr. Ntah kenapa lah jadi camtu.. Sbb recommended ke apo?

Sebab vet recommend kot, byk lagi brand yg bagus, boleh try
Quote laradelara 16-9-2021 12:18 AM
Edited by laradelara at 16-9-2021 01:01 AM

Kibbles ni better beli yg elok. Berkhasiat & cpt kenyang..bulus pun jadi lawo. Kalo murah sgt takot tinggi garam & kurang protein. Boleh sakit buah pinggang nanti.. Sian meow

Try cari pek kecik yg 1-2kg dlu kat petshop & online. Cari brand yg super premium tau.. Mmg elok. 3 brands yg vet ckp elok tp iols blum try: rc, brit care & hill's
Quote nakkomenjugak 16-9-2021 02:21 AM
Iol hanya mampu friskies jahhh takpun apa nama yang packaging oren hitam tu

kucing stray belakang rumah jahh
Quote jejaka_hensem 16-9-2021 04:19 AM
Anak2 kucing iols makan rc,sekejap je dah gemuk2.yg sulung tu lagilah,dah rupa rimau dah dgn besar,panjang,tinggi
Quote Queenmastani 16-9-2021 04:23 AM
KIM.K replied at 15-9-2021 11:48 PM
Sesal tak sudah beli niat nak jimat kos langsung tak direstui oyen.

Elok beli yang jenis bagus ...

Brit care or premium pn bagus jgk..rasanya lebih kurang kot rasa dia..
Quote KIM.K 16-9-2021 06:43 AM
komotthecat replied at 16-9-2021 12:03 AM
Cari brand lain la, rc ni manjang naik harga

Iols bagi ayam 3-4 hari order lg. Ayam dah naik harga
Quote KIM.K 16-9-2021 06:46 AM
trexxxxxi replied at 16-9-2021 12:06 AM
RC overpriced kaka
Boleh try Equilibrio pack kecik dulu tengok serasi tak

Brand2 ni betul2 overprice, RC 2kg RM110, Equilibrio 8kg RM225.
Boleh test small packs je
Quote KIM.K 16-9-2021 06:50 AM
Queenmastani replied at 16-9-2021 04:23 AM
Brit care or premium pn bagus jgk..rasanya lebih kurang kot rasa dia..

Utk kucing kampung harga above range sis.
Iols bagi ayam, pun dah naik harga.
RM18 twice/trice a week, +-RM200/mon
Quote mclaren 16-9-2021 08:01 AM
edayildiz replied at 15-9-2021 11:38 PM
mcm nak join adopsi kucing..tp adik i xsuka kucing

You guys identical or fraternal?
Quote mclaren 16-9-2021 08:04 AM
Last year masa beli ikan, ada makcik ni cari cencaru

Kata dia meow nya memilih hanya makan cencaru saje. Kibbles memang tak makan dan ikan2 lain pun dah pernah bagi, pun tak makan.
Quote bakingsoda 16-9-2021 08:43 AM
edayildiz replied at 15-9-2021 11:38 PM
mcm nak join adopsi kucing..tp adik i xsuka kucing

tu kat petfinder.my (kalau nk barang rc percuma tu la) atau search "adopt kucing percuma"  kat fb. atau lagi senang cari tepi jalan ke kat pasar. kesian kucing banyak lagi takde rumah, ramai tak hingin bela kucing stray kg HODOH katanya. yg mengata kucing hodoh tu lawa sangat keww. yg dah bela kucing stray kebanyakan dah terlajak2 kuota dah, ada sampai dikomplen jiran bagai.
Quote bakingsoda 16-9-2021 08:54 AM
KIM.K replied at 15-9-2021 11:13 PM
Sedap tak RC?
Iols beli 10kg kibbles siam haram tak makan

rc ni yg bagusnya yg veterinary range tu je, yg biasa2 petshop jual ni mmg overpriced. dah mahal2 zionist tu tak grain-free pon, penuh fillers gak. cari je kibbles yg grain-free. brand tak penting tapi mungkin ada perisa yg kucing tak suka dan ada yg sesuai/tak sesuai. beli pek kecik2 dulu tengok kucing paling suka jenama ape. acana, orijen, taste of the wild, carnilove, urbanwolf antara yg mmg jual kibbles grain-free je. brit, happycat, proud, cindy, n&d etc ada range biasa ada yg grain-free.

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.065201 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top