CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Terkena Penyakit Ain, Shuib Tak Dedah Wajah Sampai Ayash Affan Merangkak

18-9-2021 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 582| Komen: 0

Description: Setelah mendengar pandangan beberapa kenalan dalam kalangan ahli agama, Shuib Sepahtu mengambil keputusan untuk tidak berkongsi wajah bayi pramatangnya, Ayash Affan kepada umum.
Setelah mendengar pandangan beberapa kenalan dalam kalangan ahli agama, Shuib Sepahtu mengambil keputusan untuk tidak berkongsi wajah bayi pramatangnya, Ayash Affan kepada umum.


Bukan sengaja mahu membiarkan peminat terus ternanti-nanti, Shuib berkata keputusan itu diambil demi keselamatan bayi berusia lebih sebulan itu.


Foto: IG

"Tentang wajah Ayash, wallahualam saya tak tahu bila boleh dedahkan.

"Saya ada bertanya dengan beberapa ustaz risau dengan penyakit ain apabila orang puji comel sebab dia belum matang lagi.

"Kalau ikut sunah Nabi SAW pun bayi kecil ni tak perlu expose dulu, kecuali keluarga," katanya.




Shuib atau Shahmira Muhamad, 37, berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin sempena 40 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah pada Jumaat malam.

Untuk pengetahuan, penyakit ain ialah sejenis penyakit berpunca daripada pandangan mata.

Tambah Shuib, apabila tiba masanya nanti dia tidak keberatan untuk berkongsi hadiah terakhir arwah isterinya kepada umum.


"Saya tahu ramai yang nak tengok wajah Ayash sebab semua orang nak tahu perjalanan cerita dan kronologinya.

"Penghujungnya mesti nak tengok Ayash. Tapi sebab bukan semua orang seronok tengok, mungkin itu (punca) kadang-kadang anak kita sakit.

"Jadi tunggu anak dah besar pandai merangkak dulu," katanya.

Dalam pada itu Shuib yang pada Januari lalu mengumumkan mula berehat daripada bidang seni berkata keputusan itu kekal hingga ke satu tempoh yang belum diketahuinya.

Ujar bapa tunggal kepada empat cahaya mata itu, fokus utamanya kini adalah untuk anak-anak selain perniagaan minumannya.


"Saya akan terus berehat daripada bidang seni sebab nak beri tumpuan kepada penjagaan Ayash.

"Ada beberapa program yang saya dah tarik diri sebab taknak nanti apabila kena beri komitmen tapi saya tak dapat. Jadi saya cakap awal-awal dan mereka faham," katanya.



Menurut Shuib, sebagai bapa kepada bayi pramatang dia perlu memberi tumpuan sepenuhnya agar tumbesarannya tidak terjejas.

"Apabila Ayash dah balik ni penjagaan dia perlu rapi sebab dia masih lagi bayi pramatang.

"Dari segi penjagaan banyak benda nak kena pastikan, tak boleh ada asap... tak boleh kena habuk sebab paru-paru dia masih lagi premature.




"Jadi buat masa sekarang saya tak boleh nak keluar sebab taknak ada benda-benda tak diingini berlaku.

"Perniagaan pula boleh berjalan macam biasa, saya boleh pantau dari rumah dan ada team boleh handle. Lagi pun sudah tiga ke empat bulan saya tak masuk pejabat, mereka faham," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.055072 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top